Pusat Pakaian Hari-Hari sememangnya sudah cukup dikenali ramai. Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana butik yang satu ini menawarkan variasi kelengkapan pelbagai peringkat usia yang sememangnya menjadi pilihan. Paling utama harga mampu miliknya menjadikan ia terus-terusan menjadi pilihan semua.
Bukan biasa-biasa bahkan pusat pakaian yang mula diperkenalkan pada tahun 1996 ini kini mempunyai lebih 90 cawangan di seluruh Malaysia. Malah bernaung di bawah syarikat Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd menjadikan butik yang satu ini terus sukses dalam memberikan pilihan buat semua.
Menurut Puan Hayati Mohamed, Area Manager Pusat Pakaian Hari-Hari Seksyen 7, Shah Alam yang juga turut menyelia tiga cawangan lain di Shah Alam, pemilihan pakaian pelbagai peringkat usia sentiasa menjadikan butik yang satu ini sebagai pilihan buat semua masyarakat.
Malah harga berpatutan dan mampu milik yang diperkenalkan oleh pusat pakaian ini menjadikan ia bukan satu bebanan buat pembeli. Paling utama di sini tersedia segala pakaian harian buat semua tidak kira bagi dewasa juga kanak-kanak.
Peralatan & Persalinan Lengkap Sekolah
Sejak lama dahulu, Pusat Pakaian Hari-Hari sememangnya cukup dikenali dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Bukan hanya baju sekolah, seluar, kain dan tudung pelajar bahkan di sini tersedia kelengkapan lain seperti kasut, beg sekolah juga alat tulis untuk pelajar.
Menariknya kata Puan Hayati, segala kelengkapan persekolahan boleh dimiliki serendah RM150 yang merangkumi persalinan dan kelengkapan lengkap termasuk kasut dan beg sekolah. Kos sebegini pastinya merupakan kos yang cukup menjimatkan bagi golongan sederhana.
Katanya lagi fabrik berkualiti tinggi, selesa serta harga berpatutan menjadi penyebab utama Pusat Pakaian Hari-Hari menjadi pilihan utama ibu bapa menjelang sesi persekolahan yang baru.
“ Seperti yang orang ramai sedia maklum, kami mempunyai dua jenama pakaian sekolah yang menjadi pilihan ramai ibu bapa iaitu Joni & Jeni dan juga No Problem. Rata-rata yang datang ke sini sangat berpuas hati dengan kualiti kedua jenama tersebut dan sentiasa menjadi pilihan bukan sahaja ibu bapa, malah anak-anak juga.”
Umpama ‘one stop center’ untuk kelengkapan sekolah, ibu bapa boleh mendapatkan variasi pilihan baju sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama untuk anak-anak di sini.
“Botol air juga antara salah satu produk kami yang baru diperkenalkan tahun ini. Paling menarik harga serendah RM5 hingga RM10 diperkenalkan agar tidak membebankan ibu bapa,” katanya lagi.
Bukan sahaja tiga produk baru ini bahkan produk kasut berwarna hitam turut menjadi produk utama selain pakaian asas sekolah. Harga yang ditawarkan pula hanyalah sekitar RM15 hingga RM37.90 sahaja.
Menurut Pn Hayati lagi, kesemua pakaian dan kelengkapan sekolah ini sudah pun berada di pasaran sekitar bulan Disember tahun lalu sehinggalah kini. Ini bagi membolehkan ibu bapa berbelanja di saat akhir sehingga sesi persekolahan bermula setiap tahun.
Pemilihan kain kapas dan kapas campuran membuatkan anak-anak lebih selesa malah paling utama lebih mudah digosok.
Selain kelengkapan sekolah, selaras dengan keadaan semasa dengan situasi penularan virus Covid-19, Pusat Pakaian Hari Hari juga turut menyediakan kelengkapan bagi perlindungan diri untuk anak-anak di sekolah seperti face mask, face shield dan banyak lagi.
Koleksi Baju Raya Harga Patut
Selain baju sekolah yang menjadi keutaamaan di sini. Pusat Pakaian Hari-Hari juga cukup dikenali dengan persalinan busana raya. Setiap kali menjelang musim perayaan ini, permintaan hebat daripada pelbagai golongan membuktikan bahawa pusat pakaian ini sentiasa menjadi pilihan semua.
Bukan hanya lengkap persalinan seisi keluarga, malah turut diperkenalkan dengan pakaian bagi bayi berusia satu tahun. Jadi dapatkan seisi keluarga beraya sedondon ketika hari raya.
Paling utama harga yang ditawarkan kepada pelanggan teramatlah berbaloi malah mampu milik. Selain itu juga mampu memberi keselesaan ketika beraya. Pusat Pakaian Hari-Hari juga amat menitik beratkan fabrik dengan hanya memperkenalkan fabrik yang lembut dan tidak panas.
Pelbagai Kaedah Pembayaran
Turut menawarkan pelbagai kaedah pembayaran, selain secara tunai Pusat Pakaian Hari Hari juga menerima pembayaran secara atas talian dan juga melalui pengimbasan kod seperti QR Pay, Grab Pay dan lain-lain.
Selain itu juga, penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) juga boleh berbelanja di sini untuk pakaian sekolah dan juga pakaian dalam wanita.
“Kami di sini menerima hampir semua bentuk pembayaran bagi memudahkan pelanggan yang berbelanja. Sekarang kebanyakkan pelanggan menggunakan keadah pembayaran selain tunai seperti QR Code, Boost, GRAB Pay dan banyak lagi.
“Bukan itu sahaja, penerima bantuan KISS juga boleh berbelanja di sini untuk pakaian sekolah anak dan juga pakaian dalam wanita,” tambah Puan Hayati lagi.
Pusat Pakaian Hari Hari sememangnya tempat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah. Mempunyai pilihan untuk semua peringkat umur bukan sahaja kelengkapan sekolah, malah juga kelengkapan harian lain.
Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang http://www.hari.com.my/
Pusat Pakaian Hari Hari merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Pusat Pakaian Keluarga Pilihan Pa&Ma. Nak tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih? Jom tengok di SINI