Keibubapaan

Puteri Aishah Throwback Pengalaman Bersalin, Terpaksa Bersalin Czer Sebab Apendiks Pecah!

Share

Pelakon Puteri Aishah mendedahkan dia terpaksa melahirkan cahaya mata sulungnya, Muhamad Faliq secara pembedahan disebabkan apendiksnya pecah.

Menerusi video temu bual di TikTok, Puteri Aishah berkata, dia berdepan detik cemas itu pada Ramadan lalu sebelum mengambil keputusan untuk melahirkan secara pembedahan czer.

“Ramai yang tak tahu sebenarnya saya terpaksa bersalin secara czer (pembedahan) sebab apendiks saya pecah.

“Apendiks itu pecah di bawah, sewaktu bulan puasa kemudian alang-alang saya terus bersalin,” kongsinya.

Empat bulan bergelar ibu kepada Muhamad Faliq, akui Puteri Aishah dia kini mahu memberikan sepenuh perhatian kepada bayinya.

“Buat masa ini saya masih tidak mahu terima sebarang tawaran berlakon, sebab baru empat bulan anak saya.

“Saya masih mahu jaganya sehingga dia pandai berjalan. Lagi pun dia tak nak dengan orang lain.

“Andai dia sudah besar sikit, dah pandai jalan dah kenal orang, saya akan kembali berlakon,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati, Firdaus pada November 2021. Pasangan ini menyambut kelahiran bayi pertama mereka pada 4 April lalu.

Menarik: Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu”?

Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu

Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Sumber: TikTok

Published by
SRM