Bila dah jadi ibu ayah ni, kita akan buat sehabis baik untuk menyediakan keperluan untuk anak-anak. Bukan hanya untuk hari ini semata-mata tetapi juga untuk persediaan masa hadapan mereka.
Biasanya ibu ayah akan buat buat tabungan atau membuat simpanan pendidikan, tetapi salah satu cara lain untuk melabur demi masa depan anak adalah dengan membeli emas.
Pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana memilih untuk membuat pelaburan emas demi masa depan anak-anaknya. Dia yang turut dilantik sebagai duta rangkaian kedai emas Siti Jewels mengatakan kesedaran untuk membeli emas bermula sekitar 2012.
“Saya mula kumpul emas dan sedar yang emas ni adalah satu pelaburan dari tahun 2012. Dulu masa remaja kita tak rasa yang emas ni adalah satu investment.”
Ads
Tambahnya lagi, apabila semakin meningkat dewasa barulah sedar emas satu pelaburan yang boleh menjadi simpanan untuk hari tua. Kata Puteri Sarah lagi, dia mula beli dan simpan emas sikit-sikit sehinggalah sekarang dah semakin banyak. Pada waktu inilah dia terfikir untuk melabur dengan emas.
Ibu kepada dua orang anak ini pernah berkongsi bahawa dirinya dahulu tak sukakan emas kerana dia lebih sukakan berlian dan emas platinum. Dia kemudiannya mula suka pada emas apabila ada banyak pilihan barangan kemas yang mempunyai rekaan moden dan dia mula mengumpul emas sedikit demi sedikit.
Ads
Pandangannya terhadap emas berubah dan Puteri Sarah mulai sedar kelebihan emas apabila ketika musim PKP 1.0 dahulu dia melihat ramai wanita yang sanggup beratur di kedai emas untuk menggadai barangan kemas mereka. Dia mengakui keadaan itu telah menjentik hatinya untuk lebih banyak mengumpul emas kerana ia satu pelaburan yang baik.
“Sebelum PKP tu saya dah start invest, sebab kita tahulah apa yang akan jadi pada tiba-tiba kita kan. Dulu masa remaja tak tahu pun emas tu penting, kita lihat sebagai hiasan je.”
Ketika ditemui di salah sebuah acara Siti Jewels, Puteri Sarah turut berkongsi yang dirinya turut membelikan emas buat puteri kesayangan, Sumayyah. Namun dia mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak memakaikan emas kepada Sumayyah pada hari biasa kerana khuatir dengan bahaya.
Ads
“Sumayyah pun pakai emas, tapi bila dia asyik pakai takutlah kita kan. Sekarang kan bahaya, tapi bila hari raya kita keluarkanlah semua.”
Sememangnya pelaburan emas sangat bagus kerana ia bukan sekadar barang hiasan yang menambah gaya seseorang wanita tetapi juga dapat digunakan apabila berdepan dengan situasi tidak terjangka yang memerlukan wang secara mengejut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” — surah al-Nisa’ ayat 19. Dalam agama Islam juga menyuruh para suami melayan isteri dengan cara yang terbaik.
Bila suami melayan isteri dengan baik dan disaksikan oleh anak-anak, pastinya perbuatan tersebut menjadi contoh yang baik buat mereka. Ayah yang hebat akan melahirkan anak-anak yang hebat. Ayah merupakan contoh buat anak-anak maka jadilah ayah yang terbaik.
“Isteri dukung anak, Suami suapkan makanan”
Kita boleh belajar di mana-mana. Allah kalau nak tunjuk suatu pengajaran, ia akan beri walau dengan 1 pandangan.
Baru kejap nie aku pergi makan kedai Pak Long, Ukay Perdana. Tempat biasa aku lepak, makanan sedap harga berpatutan. Macam biasa lepak sorang.
Sedang aku lepak, aku terpandang belakang, tengok sepasang suami isteri bersama 2 anaknya. Si isteri sedang pegang anak keciknya. Yang sweetnya si suami suapkan isterinya makan. Allahu, bagi aku moment yang best sangat. Aku pun trase nak rakam, buat pengajaran dlm diri, time aku rakam, elok pulak anak dia nak suap juga maknya. Begitulah kehidupan,
1. Jadi suami yang memahami, saling bantu membantu, ambik berat dan tahu main peranan dan bukan penting diri. Sentiasa untuk bahagiakan isteri dan anak-anak.
2. Contoh yang baik dari ayah, anak-anak akan ikut sekejap tu juga. Begitulah juga sebaliknya. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
3. Keluarga bahagia nie 1 nikmat yang tidak terbanding dengan semua nilai harta di dunia. Kita yang memilih untuk bahagia atau tidak.
Aku nak doakan kepada semua kawan aku yang dah kawen, ada anak kecil, agar terus tersemai rasa kasih sayang dan membentuk keluarga bahagia.
Terima kasih pasangan suami isteri nie, kerana memberi makna dlm kehidupan hari ini pada aku dan semua.
Semoga kasih sayang dalam rumah tangga anda membawa hingga ke syurga.
kredit : Instagram @sharimi_shaharudin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon popular Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga bersama Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada september 2013. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini dibawah jagaan Rita.
Semalam Rita telah memuat naik gambar anak-anak di Instagram miliknya dengan caption luahan hati Ryan dan Arjuna. Perkongsian itu mendapat hampir 20ribu like dan rata-rata kagum dengan Ryan dan Arjuna.
Masa tgh mkn dan masa nak tido,masa tu lah kami bertiga akan bercerita dan bersembang serius tentang masa depan dan mcm-mcm…topik mlm ni,ryan n arjuna dok bercerita nnti dorg besar dorg nak bli kereta sport nk bli rumah besar
Pastu ryan ckp..nnti mommy kena duduk dgn ryan,adik pon kena duduk umah ryan…paling sis touching bila dia ckp,bila mommy tua,ryan yg akan dukung mommy bwk g mandi dan salin pampers,cuci berak n kencing mommy mcm paklong buat kt tokwan
adik plak ckp klau ryan buat yg tu,adik kemas rumah lah… mommy nak telan mknan pon xle sbb sedih dgr dorg bercerita sampai ke situ…sis is sebak n emo mlm ni.
Perkongsian dari Rita di instagramnya buat ramai netizen sebak dan sayu. Rata-rata mendoakan semoga kata-kata anak kecil ini dimakbulkan Allah. Netizen juga memuji cara Rita mendidik anak dan mengucapkan tahniah kerana dapat mendidik mereka jadi sebaik itu walaupun Rita hanya ibu tunggal.
Semoga kata-kata mereka Allah makbulkan
Alhamdulillah dpt anak-anak macam ni
Amin.. semoga Ryan dan Arjuna jadi anak soleh untuk mummy
You raised them well, proud mom
Bila contoh terbaik diserapkan kat anak.. terbaik la pak long layan tokwan dia sampai ke hati anak-anak
Bertuah dapat anak-anak yang jauh pemikiran mcm orang dewasa
Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal akibat terdapat kandungan dadah dalam badan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Mangsa yang tinggal di Kampung Sri Bintang, Kuala Krai dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) jam 5 pagi semalam oleh ibunya untuk rawatan sebelum pihak hospital melaporkan kepada polis.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan sebaik pemeriksaan dibuat mendapati dalam badannya terdapat kandungan dadah jenis methampethamine.
“Siasatan mendapati kanak-kanak lelaki ini dipercayai dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat dan belum dapat dipastikan lagi sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiarkan terdedah dengan bahan larangan itu sebelum memasukkannya dalam badan.
“Susulan itu, bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan jam 10 malam tadi dan soal siasat yang dibuat, suspek mengaku membawa anak saudaranya itu ke sesuatu tempat tapi menafikan ada memberinya dadah,” katanya ketika sidang media.
Bapa saudara ada rekod lampau dadah
Muhamad Zaki berkata, mangsa yang kini masih kritikal sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan pihaknya sedang menunggu laporan lanjut.
Katanya, hasil ujian saringan yang dibuat ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methampethamine dan turut memiliki tiga rekod lampau bersabit dadah.
“Permohonan reman akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.