Keibubapaan

Puteri Sarah Rela Hantar Ambil Anak Ke Sekolah Sendiri Dari Upah Pemandu, “Mereka Nyawa Saya!

Share

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa dia sanggup berulang-alik menghantar dan mengambil anak-anaknya ke sekolah walaupun mampu untuk mengupah pemandu.

Menerusi video yang dimuat naik di Tik Tok, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang berkongsi rutin hariannya berkongsi dia lebih senang melakukan aktiviti itu sendiri.

Bagi dirinya, dua anaknya adalah tanggungjawab sepenuhnya yang perlu dijaga malah dia mahu merasai sendiri momen berharga itu.

“Sekarang ini rutin saya pagi-pagi selepas bangun subuh, saya akan kejutkan Syaikhul bangun tidur dan suruh dia mandi.

“Kadang-kadang dia menangis, saya mandikan dan siapkan dia kemudian hantar pergi sekolah.

“Dah hantar Syaikhul pergi sekolah, saya akan telefon Sumayyah pula sama ada dia sudah siap atau belum dan hantar pula dia (ke sekolah). Sebab masa lain-lain, Syaikul pula dah masuk darjah satu,” kata Sarah bercerita.

Tambah Sarah lagi, bukan sekadar rasa tanggungjawab bahkan kata Puteri Sarah ia demi menjaga keselamatan anak-anaknya.

“Memang boleh cari pemandu tapi yang dia dihantar itu adalah anak-anak saya, nyawa saya, tak boleh kalau jadi apa-apa..kemalangan ke.

“Saya akan rasa bersalah seumur hidup. Kalau tak saya, acu atau mak akan hantar,” katanya lagi.

Rata-rata warganet mengagumi pengorbanan ibu tunggal ini dan memuji sikap rasa tanggungjawab yang ditunjukkan Puteri Sarah buat dua anaknya, Syaikul dan Sumayyah.

Menarik: Moga Jadi Anak Soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang

Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil, Bakal Ibu Kena Tenang-Tenang Saja/

“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Sumber: TikTok Inayah Beauty Trading

Published by
SRM