Di semua hospital sama ada awam atau swasta, terdapat papa kenyataan: “Kanak-kanak bawah umur 12 tahun dilarang masuk” di pintu utama dan wad. Peraturan ini bukan saja-saja di buat oleh pengarah hospital. Ini kerana kanak-kanak merupakan kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kuman.

“Puting Anak Jatuh Lepas Tu Masukkan Balik Dalam Mulut” Lantai Hospital Nampak Bersih Tapi Ianya Bekas Darah, Nanah, Lendir!

Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kanak-kanak di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.

Tapi masih ada lagi segelintir ibu bapa yang memandang ringan tentang larangan ini. Masih ada lagi yang membawa anak kecil ke hospital untuk melawat pesakit di sana. Ikuti perkongsian En. Faisal Firdaus tentang betapa bahayanya kuman-kuman yang terdapat di hospital walaupun nampak sangat bersih.

Berkilatkan lantai depan ICU ni?

“Puting Anak Jatuh Lepas Tu Masukkan Balik Dalam Mulut” Lantai Hospital Nampak Bersih Tapi Ianya Bekas Darah, Nanah, Lendir!

IKLAN

Sampaikan ada pelawat boleh duduk. Bawak kanak-kanak lepastu baring-baring atas lantai.

Puting anak jatuh lepastu masukkan balik dalam mulut ank. Tak basuh pun! Kemam-kemam je, bg ank.

ADOIIII!!!!

Kak, abang, pakcik, makcik…

IKLAN

Ape yang kalian nampak tu tak sebersih rumah anda. Ye memang betul kami, mop, buffing lantai tu setiap hari.

Tapi, apa yg tertumpah atas lantai tu?
Darah..
Nanah..
Lendir..
Urine..
Nampak? Tak Nampak? Ooo sebab dah dibersihkan. Tapi kuman yang ade kat situ? 100% bersih?

Ni ha, korang google la sendiri monster-monster yang boleh MEMBUNUH anak kalian menurut otai bius kami Dr Mohd Sany;

IKLAN

-Pseudomonas
-Acinetobacter
-Klebsiella
-E coli
-Staph aureus
-Streptocococus
-Bukholderia etc

Tak sayang anak-anak? Biarkan diorg bergolek gelantang atas kuman-kuman tu? Maaf saya pakai bahasa pasar. Hospital bukan tempat rekreasi tuan puan. Ni tempat berkumpulnya penyakit. SEMUA PENYAKIT ade kat sini. Anda sebagai cerdik pandai bawak anak-anak untuk mencari penyakit. Then bawak balik dan kongsi dengan yang lain?

Sy sebagai staff hospital mohon anda minimakan kehadiran ke hospital bersama kanak-kanak. Yang sakit anda lawatlah. Tapi kanak-kanak yang sihat biarkan mereka sihat.

Penyakit disini bukan calang-calang. Dan kebanyakkanya sangat tinggi risiko yang membawa maut kepada ANAK anda!!

Sumber: MA@Penolong Pegawai Perubatan Anestesiologi@Bius , Faisal Firdaus

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI