“Babysitter anak minta belikan puting sebab anak saya kuat menangis dan susah tidur. Patut ke saya beli?” Ini antara luahan ibu terutama yang baru pertama kali bergelar ibu dan belum ada apa-apa pengalaman membesarkan anak.

Menurut Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Uswatun Hasanah, menganggap anak PASTI mudah tenang dan lena jika diberi puting SEMATA-MATA ( sila baca perkataan ini 10x) tidak tepat. Malah ia mungkin tindakan sia-sia. Puting, tak kira samada tiruan atau ‘original’ kepunyaan ibu, BUKAN gerenti bakal selesaikan masalah. Kenapa? Kerana fakta saintifiknya, ‘menghisap’ atau sucking adalah antara elemen terlemah untuk buat bayi bertenang.

Puting Tak Bantu Bayi Kuat Menangis Dan Susah Tidur. Pakar Kata Ini Patut Ibu Buat

Mana logik faktanya? Baik. PERTAMA, Ya, ketika ada ramai bayi yang cukup gembira setiap kali di sumbat puting ibu atau ‘pacifier’, masih ramai bayi yang:

IKLAN

Marah-marah di puting ibu kerana terpaksa menelan susu ketika mana bayi hanya mahu menghisap untuk bertenang (comfort sucking) dan rileks sebelum tidur. Sama juga halnya dengan bayi penghisap ‘pacifier’ seperti dalam video ini. Gembira menghisap nya hanya sekejap.

KEDUA:  menghisap adalah elemen yang bertujuan untuk membantu bayi rileks sebelum tidur (rasa tenang) tetapi TIDAK berfungsi memanjangkan tidur bayi. Sebab itu kita melihat ‘pacifier’ pasti terjatuh saat bayi betul lena atau patut sudah boleh lena sebelum kembali ‘tersedar’ dan mencari balik putingnya. SAMA halnya dengan bayi yang menjadikan puting ibunya sebagai ‘pacifier’. Seringkali bayi akan ‘tersedar’ dan mula menganga-nganga mulut tercari-cari puting ibunya.

Kitaran lelap-jaga cari puting-lelap-jaga cari puting akan berlaku. Jadi, di mana lenanya? Perlu ingat, bayi kecil bukan hanya perlu banyak menyusu untuk ‘grow’ tapi perlu juga cukup tidur. 80% hormon ‘growth’ (perkembangan pembesaran) di rembes ketika tidur.

IKLAN

Jadi nak buat macam mana ni?. Belajar dan faham keseluruhan konsep apa yang bayi kecil perlukan untuk bertenang dan lena. Anda akan dapati ada lagi elemen lain yang di perlukan oleh ramai bayi sebelum betul-betul boleh bertenang dan lena. Ayat mudahnya: ramuan kena bagi cukup!

Puting Tak Bantu Bayi Kuat Menangis Dan Susah Tidur. Pakar Kata Ini Patut Ibu Buat

IKLAN

Faktanya, bedung adalah elemen TERATAS dan paling penting buat semua bayi yang sukar lena. Kenapa? Kerana semua bayi telah merasa bagai di peluk selama 24/7 untuk 9 bulan akibat rahim yang sempit. Malah, lihat sendiri bagaimana akibat tidak di bedung, tangan bayi bikin serabut sampai menjatuhkan puting. Tapi, bedung saja tak cukup.

Sama macam puting saja pun tak cukup. Kena bagi semua ramuan dan benarkan bayi ‘beritahu’ berapa eleman yang dia perlukan! Jika ternyata bayi anda memang perlukan elemen hisapan di samping elemen-elemen lain, baru lah berbaloi membeli puting!

Sumber: baby language

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI