Qayyum & Yusoff Digigit Ameena Buat DS Aliff & DS Shahida Risau. Netizen Kongsi Tip & Petua

Share

Risaunya ibu ayah apabila anak-anak digigit.  Ameena kini dalam fasa menggigit, Qayyum & Yusoff turut jadi mangsa. Perkara ini buat Datuk Sri Aliff Syukri & Datin Sri Nur Shahida risau akan puncanya, bimbang memudaratkan.

Menggigit ialah satu fasa perkembangan yang dilalui anak kecil. Kebiasaannya kanak-kanak dari usia 1 hingga 3 tahun akan melalui fasa ini dan ia akan berakhir dengan sendirinya. Ia satu tabiat yang normal.

Walau pun ia adalah salah satu perkembangan kanak-kanak, ibu dan ayah tentu risau kerana bimbang akan menggigit orang lain pula, lebih-lebih lagi Qayyum & Yusoff masih kecil lagi.

Datuk Sri Aliff Syukri memuatnaik video yang menunjukkan Qayyum telah digigit pada bahagian jari telunjuk sehingga kemerah-merahan.

Sebelum itu, Yusoff juga turut digigit pada bahagian perut. Video memaparkan Yusuf digigit Ameena pada bahagian perut sehingga kemerah-merahan.

Ameena yang kini sedang berusia 1 tahun 3 bulan mungkin sedang melalui fasa gatal gusi atau sedang meneroka (explore).

Para netizen memberikan pandangan & panduan kepada hal ini. Ada yang berpendapat Meena perlukan lebih stimulasi.

BERIKAN URUTAN & DEEP COMPRESSION LUAR & DALAM MULUT

MUNGKIN NAK TEST GIGI, MARAH, KECEWA ATAU RASA TERUJA

OCCUPATIONAL THERAPIST SARAN BERI ANAK GIGIT CHEWY TUBES

Sumber: aliffsyukriterlajaklaris & yusoffalqardawi

Artikel berkaitan: Normalkah Anak Suka Menggigit? Rupaya ada 8 Sebab Dia Menggigit & Ini Caranya Mama Papa Boleh Bertindak


Leukemia akut merupakan penyakit kanser darah putih yang dihidap oleh kanak-kanak. Ketahui kupasan pakar dan perkongsian pengalaman ibu bapa tentang simptom dan punca terjadinya penyakit barah ini pada kanak-kanak dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Anak Leukemia,Apa Sebabnya?” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 25 Disember 2018.

 

Published by
Azma ML