Keibubapaan

Raees Perform Hening Rindu Dengan Marsha, Ramai Puji Bakat Anak Autisme Irin Putri!

Share

Ramai yang mengenali Irin Putri Azmi melalui rancangan TV satu masa dahulu tetapi kini dia lebih ramai follower kerana pendedahan tentang autisme yang dibuat melalui media sosialnya. Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak autisme, Irin mengambil peluang sebagai seorang pempengaruh untuk berkongsi ilmu dan pengalaman membesarkan Raees Aryan.

Mempunyai semangat juang yang tinggi, Irin sering bercerita tentang aktiviti anak sulungnya itu yang mempunyai bakat dalam bidang muzik. Bahkan Raees boleh memainkan sesebuah lagu hanya dengan mendengarnya tanpa perlu merujuk not muzik.

Baru-baru ini Irin telah membawa Raees untuk berjumpa dengan penyanyi hebat, Marsha. Menurut Irin, lagu Marsha berjudul Hening Rindu merupakan lagu kegemaran Raees buat masa ini. Apabila dapat bertemu dengan penyanyi lagu tersebut, Raees nampak gembira tetapi malu-malu.

Tonton video ini;

Marsha kemudiannya meminta Raees untuk memainkan lagu tersebut dan dia kemudiannya menyanyi bersama-sama. Namun yang menyentuh perasaan ramai orang adalah apabila Marsha tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika melihat Raees memainkan lagu tersebut dengan begitu baik.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji bakat Raees serta turut melahirkan rasa tersentuh mereka melihat Marsha menyanyikan lagu itu bersama Raees.

Selesai menyanyi, Raees terus bangun dari kerusi dan kelihatan segan semula. Tidak dinafikan bakat Raees sangat besar dan harus diberikan pujian. Good job Raees!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

IKLAN