“Abang jangan marah adik.. Kakak, kenapa pukul adik sampai macam itu? Ini antara situasi yang sering kali berlaku kepada anak sulung setelah kehadiran anak kedua atau seterusnya.
Kebanyakan ibu bapa akan rasa sikit tertekan diawalnya apabila melihat perubahan sikap anak sulung yang kelihatan seperti tidak dapat menerima ahli baru dalam keluarga.
Sebenarnya semua itu disebabkan rasa cemburu, walaupun ia adalah sifat semula jadi yang ada pada diri, situasi akan menjadi sedikit rumit apabila berlaku kepada kanak-kanak disebabkan perkongsian kasih sayang.
Ibu bapa kena faham tak semua anak sulung akan berasa gembira dan teruja dengan kehadiran adik barunya. Ada yang perlu ambil masa untuk menyesuaikan dirinya.
Bagi Isteri pelakon Hafizul Kamal, Mieja Ibrahim dia berkongsi ragam anak sulung mereka, Raisya Amanda sewaktu bersama adiknya, Sara Erina.
Ads
Mieja berkongsi momen tersebut menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.
Menurut Mieja, dia sendiri tidak menyangka Raisya menunjukkan sifat seorang kakak walaupun masih kecil.
“Saya tak ada idea macam mana Raisya boleh build the love towards her baby sister sampai macam ni sekali.
“Adik menangis dalam bilik, dia orang pertama yang akan berlari masuk bilik lepas tu keluar balik beritahu ‘mummy, daddy, adik kwai (cry)’.
“Kalau letak adik dalam swinger, setiap seminit datang kiss pipi adik. Tapi masa adik dalam perut, hari-hari dia mintak kiss baby, jadi saya rasa dari situ lah dia tahu yang dia akan ada adik one fine day,” tulisnya.
Ads
Terdahulu, Mieja atau nama sebenarnya Nurul Fariza Ibrahim mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem PASKAL The Movie ini pada 13 Februari 2016.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017. Manakala Sara Erina dilahirkan pada 10 Disember 2019.
Sumber: Mieja Ibrahim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ajar dan bertegaslah bila anak buat salah. 6 tahun pertama dalam kehidupan anak umpama waktu kita menyemai benih. Sekiranya anda memberikan perhatian yang teliti untuk enam tahun pertama ini, maka percayalah enam tahun yang berikutnya dan tahun-tahun yang seterusnya, dia akan mudah diurus dan anda akan menerima ganjarannya.
Oleh itu, ketika menyemai benih, inilah waktu anda menyemai dan menanam pengetahuan yang betul, nilai kehidupan, disiplin, tabiat, cara berfikir, dan kepercayaan tentang kehidupan.
Inilah masanya untuk anak anda merasakan dirinya sangat disayangi dan dilindungi. Didik dan berikan tunjuk ajar tentang perkara yang benar dan salah, peraturan, batasan, cara berfikir yang betul, tabiat, keyakinan dan sebagainya. Ini merupakan tahun-tahun asas bagi mereka. Sekiranya anda membinanya dengan kuat dan kukuh, anda akan memperoleh anak-anak yang memiliki keperibadian yang tinggi seperti yang diidamkan oleh semua ibu bapa.
Menurut Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan dan Kasih, Dr Rozieta atau dikenali Ibu Rose, ramai ibu bapa mengabaikan enam tahun pertama ini dan membiarkan anak benih ini disemai dan dijaga oleh pembantu rumah atau orang lain kerana bagi mereka tidak banyak yang dapat difahami oleh anak sekecil ini.
Mereka cuma akan memberikan lebih perhatian kepada anak-anak apabila anak-anak telah mula bersekolah. Namun, ketahuilah enam tahun pertama di dalam hidup anak itu sangat-sangat penting kerana itu adalah ‘foundation’.
Pada ketika itu, apa-apa yang tertanam di minda anak anda mungkin kepercayaan-kepercayaan diri yang menyebabkan dia menjadi bengis, pemarah, dan tidak berkebolehan. Bayangkanlah bagaimanakah sikap anak ini apabila menghadapi cabaran-cabaran hidup pada masa hadapan?
Sesetengah ibu bapa bertanya kepada Ibu, “Bagaimanakah berkomunikasi dengan seorang anak kecil untuk memberitahunya tentang nilai-nilai kehidupan dan bentuk pemikiran yang baik?” Dengan mudah Ibu menjawab, “Bercakap dengan mereka.” Aktiviti seperti membaca dan bercerita, menonton kartun bersama, dan berkongsi tentang nilai-nilai yang baik dalam cerita kartun itu ataupun filem yang ditonton dengan mereka ialah cara yang baik. Bawa mereka berjalan-jalan di taman, pasar raya, dan kedai sambil berbual-bual dengan mereka. Bercakap dengan mereka apabila mereka bangun daripada tidur dan juga ketika mereka tidur.
Minda luar kawal mereka boleh mendengar walaupun mereka sedang tidur dan anak-anak ketika umur ini mengalami pembelajaran secara tidak sedar. Ceritakan kisah orang-orang yang agung dan ternama serta individu yang telah mengatasi kesusahan-kesusahan dalam kehidupan dan kini telah mengecapi kejayaan kepada mereka.
Inilah masanya untuk anda menyemai dan menanam biji benih yang betul. Ketahuilah bahawa sebenarnya ada beribu-ribu cara dan jalan yang lain untuk anda lakukan. Ingatlah, jika anda tidak menyemai biji benih yang betul, orang lain mungkin akan menanam benih yang salah di minda anak anda.
Enam tahun yang berikutnya ialah waktu pembentukan tingkah laku dan tabiat. Pada usia tujuh tahun, seseorang anak akan berupaya membezakan antara perkara yang baik dan buruk. Untuk orang-orang Islam, umur ini dipanggil mumayyiz. Inilah usianya di mana kanak-kanak dapat membezakan sesuatu perkara itu sama ada baik atau buruk.
Tumpukan perhatian terhadap usaha untuk membentuk tabiat untuk berjaya dalam diri mereka. Terangkan sebab anda telah menyediakan batas sempadan dan peraturan untuk kehidupan mereka. Anak-anak ini akan faham dan sekiranya anda telah memberikan penerangan dengan baik kepada mereka, jangan terperanjat sekiranya mereka patuh kepada anda dengan rela hati.
Pada usia 10 tahun, anak-anak yang tidak mahu mendengar nasihat perlu ditegur dan sekiranya perlu bolehlah menggunakan merotan tetapi janganlah secara keterlaluan.
Walau bagaimanapun, hendaklah diingatkan bahawa alasan dia dihukum adalah untuk memperbaiki tingkah lakunya yang salah; bukanlah kerana dendam, marah, benci atau sikap bengis kita. Sekiranya hukuman yang diberi tidak berupaya untuk mengikis tingkah laku yang salah itu, lihatlah kembali alasan di sebalik kelakuan itu.
Ada dalam kalangan ibu bapa yang menggunakan kuasa rotan untuk memotivasikan anak-anaknya untuk belajar dan mereka begitu berbangga kerana bersikap demikian. Ibu tidak percaya dengan memberikan motivasi yang menakutkan akan membantu anak-anak kita untuk cemerlang dalam pelajaran. Benar, ada tempat dan waktunya kita boleh mengenakan motivasi yang menakutkan, tetapi bukanlah dalam bidang ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah tak lama lagi, tentu ibu ayah mencari lokasi percutian untuk anak. Apa kata kali ini pergi ke muzium 3D untuk bergambar kenangan bersama keluarga. Sememangnya bercuti ke tempat menarik bersama anak-anak sudah tentulah kita mencari destinasi yang akan membuatkan kanak-kanak seronok dan gembira.
Jom kita intai muzium 3D di empat buah negeri ini. Salah satu destinasi MESTI bawa keluarga dan anak-anak .
MUZIUM 3D LANGKAWI ART IN PARADISE
Ia terletak di dalam Oriental Village dan seluas 21,000 kaki. Ianya mempunyai lebih dari 100 lukisan 3D yang dilukis oleh pelukis antarabangsa. Harga tiket di sini adalah RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Mula-mula je bila masuk ke dalam muzium 3D ni, semua pengunjung diwajibkan untuk membuka kasut. Petugas akan meletakkan kasut kita di dalam tempat khas. Sumber: mohdzarin.com
MUZIUM 3D CAMERON HIGHLANDS
Tempat ni beroperasi pada tahun 2015 dengan bayaran masuk RM18 tak silap. Kanak kanak bawah 90cm free. Masuk sini kena tanggal kasut ye. Sesiapa Yang plan nak pergi sini, silakanlah. KeNi bagi 4 bintang! Lokasi dia kat Nova Square di Brinchang. sumber:ceriteras.blogspot.my
MUZIUM 3D TRICK ART PENANG
Bayaran tiket dewasa RM15.00 dan kanak-kanak RM10.00. Setelah bayar tiket, kami pun mula la explore muzium ni. Menarik. walaupun dari luar nampak macam kecik aje tempat ni, tapi bila dah masuk, mcm besar pulak. Nama pum 3D art trick kan. Kalau boleh pakai la yang bright sikit supaya nampak outstanding dalam gambar tu. Anyways, mmg pengalaman yang best.Tak sia-sia la naik feri sampai georgetown nk pi sini kan.
Datin Shahida bercerita tentang Ammar Ahyan. Selalu mengalah dengan adik-adik, tapilah itulah dia istimewanya anak sulung.
Pasangan Datin Sri Shahida & Dato’ Sri Aliff Syukri dikurniakan 4 cahaya mata iaitu Ammar Ahyyan, 10, Qadejah El Zahra, 7, Ibraheem Adham, 6 dan Yusoff Alqardawi, 1 bulan. Pasangan ini juga turut mempunyai dua anak angkat pula ialah Ameena & Qayyum.
Berikut ialah perkongsian Datin Sri Shahida di Instagram;
Mama dapat temankan sampai @ammar_ahyan ditidurkan je…..Kesian pula dia tadi nangis sbb takut…Asyik tanya je doktor ada x yg buat salah mama? Saya jawab ammar doa je banyak2 Insya Allah tak ada apa2…
Kadang2 rasa kesian dgn dia sbb anak sulung selalu kena marah, selalu kena mengalah dgn adik2…mungkin banyak benar berjauh hatinya…Tapi itulah kan istimewanya jadi anak yg sulung.
Ammar Ahyan juga baru sahaja menjalani pembedahan pada mata bagi merawat matanya yang intermitten texotropia atau juling air. Datin Sri Shahida telah menemani anak sulungnya itu sehingga proses pembedahan selesai.
AJARKAN DOA NABI YUNUS KEPADA ANAK
Beliau juga turut mengajarkan Doa Nabi Yunus kepada Ammar untuk menenangkan hati dan mengurangkan kesakitan akibat pembedahan.
Bila ammar tanya ada doa x mama supaya x sakit…mama bg doa yg selalu mama baca setiap kali sakit bersalin je lah?… Lailaha ila anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin”
Maksudnya : “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.(Surah Al-Anbiya’ : 87).
RUPANYA SERING DIEJEK DI SEKOLAH DISEBABKAN MATA JULING AIR
Semoga Ammar cepat sembuh mata…..dia selalu mengadu dulu kawan2 selalu ejek mata dia…..Insya Allah lepas ni dah x ada orang ejek lagi ya.
Pemandu wanita ditumbuk anggota tentera, keluarga mohon saksi kejadian tampil beri keterangan. Keluarga kepada wanita yang memandu Perodua Axia dan menjadi mangsa serangan oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di Senawang pada 29 Mac lalu, menyeru agar individu yang menyaksikan insiden itu tampil memberikan keterangan.