Ragam Anak Sulung, Adik Nangis Berlari Masuk Bilik. Setiap Seminit Datang Kiss Pipi

Share

“Abang jangan marah adik.. Kakak, kenapa pukul adik sampai macam itu? Ini antara situasi yang sering kali berlaku kepada anak sulung setelah kehadiran anak kedua atau seterusnya.

Kebanyakan ibu bapa akan rasa sikit tertekan diawalnya apabila melihat perubahan sikap anak sulung yang kelihatan seperti tidak dapat menerima ahli baru dalam keluarga.

Sebenarnya semua itu disebabkan rasa cemburu, walaupun ia adalah sifat semula jadi yang ada pada diri, situasi akan menjadi sedikit rumit apabila berlaku kepada kanak-kanak disebabkan perkongsian kasih sayang.

Ibu bapa kena faham tak semua anak sulung akan berasa gembira dan teruja dengan kehadiran adik barunya. Ada yang perlu ambil masa untuk menyesuaikan dirinya.

Bagi Isteri pelakon Hafizul Kamal, Mieja Ibrahim dia berkongsi ragam anak sulung mereka, Raisya Amanda sewaktu bersama adiknya, Sara Erina.

Mieja berkongsi momen tersebut menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.

Menurut Mieja, dia sendiri tidak menyangka Raisya menunjukkan sifat seorang kakak walaupun masih kecil.

“Saya tak ada idea macam mana Raisya boleh build the love towards her baby sister sampai macam ni sekali.

“Adik menangis dalam bilik, dia orang pertama yang akan berlari masuk bilik lepas tu keluar balik beritahu ‘mummy, daddy, adik kwai (cry)’.

“Kalau letak adik dalam swinger, setiap seminit datang kiss pipi adik. Tapi masa adik dalam perut, hari-hari dia mintak kiss baby, jadi saya rasa dari situ lah dia tahu yang dia akan ada adik one fine day,” tulisnya.

Terdahulu, Mieja atau nama sebenarnya Nurul Fariza Ibrahim mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem PASKAL The Movie ini pada 13 Februari 2016.

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017. Manakala Sara Erina dilahirkan pada 10 Disember 2019.

Sumber: Mieja Ibrahim

 

Published by
Wan Amy