Sebagai ibu bapa, kita mengimpikan anak-anak yang soleh dan solehah. Antara ciri-ciri anak yang soleh dan solehah adalah mendengar kata ibu bapanya.
Namun, sejauh mana kita mampu memantau anak-anak? Hanya doa dan tawakal yang berterusan kepada Allah menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala sosial.
Berikut di senaraikan beberapa himpunan doa-doa yang baik diamalkan.
1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Ibu bapa boleh mengamalkan membaca Surah Asy Syura ayat 19.
“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak ketika dia tidur.
2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh.
Ketika memasak, sentialah basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
Ads
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.
Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.”
Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Jika anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal
Ads
Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud:
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab )hari kiamat)
Ads
Doa ini bagus dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak.
Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan mengutamakan solat.
5. Doa anak taat perintah Allah
Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
Moga ikhtiar ibu bapa untuk menjadikan anak-anak kita semua insan yang baik budi pekertinya serta berjaya di dunia dan di akhirat akan dipermudahkan. Kita bertawakal selebihnya berserah pada Allah.
Ibu ayah yang sudah dedahkan anak dengan gajet kena tahu kawal dan hadkan tempoh masa anak main gajet supaya tidak memudaratkan mereka.
Biasanya anak kecil akan mengamuk dan marah bila ibu ayah secara tiba-tiba meminta mereka berhenti daripada bermain gajet.
Perlu ada cara dan pendekatan yang betul untuk meminta mereka berhenti bermain gajet kerana kanak-kanak kecil masih belum faham erti masa atau kata-kata “sekejap sahaja”.
Perkongsian daripada Puan Ujie Ibrahim ini walaupun mungkin ramai yang sudah tahu tetapi mungkin berkesan jika diguna pakai oleh anda.
Siapa tahu cara simple ini dapat mengelakkan situasi anak mengamuk dan marah ketika diminta berhenti bermain gajet.
Masa kawan mak ajar mak cara ni, mak rasa simple sangat dan mungkin ramai mak bapak dah guna teknik ni.
So mak malas la nak kongsi, lagipun anak kita ni tak sama kerenah, korang lebih tahu anak korang mcm mana kan.
Tetapi anak-anak kecil memang kita kena pendekatan had masa pada mereka, jika diberi had masa selalunya mereka lebih suka sekaligus mendengar kata.
Mak praktikkan khas pada Umarr sebab usia dia memang best sangat deal guna had masa.
Alhamdulillah kebanyakkan masa dia memang follow had masa dan tak tantrum berbanding dia diberi tiada had masa dan diminta berhenti bermain secara tiba-tiba.
Boleh rujuk gambar untuk langkah-langkah simple ini.
Mungkin ramai dah tahu, maka mak share buat mak bapak yang masih cari jalan limitkan anak dengan gadjet.
Ni mak guna Iphone, Samsung mak tak sure ada tak button Stop Playing tu, kat samsung mak guna timer biasa.
1) Di Iphone anda pilih Clock
2) Di bahagian bawah akan ada screen macam ni, pilih timer
3) Akan kluar screen macam ni pilih last sekali yg tertera STOP PLAYING
4) Set masa pilihan anda. Biasa mak limitkan 10 minit. Nanti lps 10 minit iphone akan locked sendiri.
Bila locked tu anak akan cari mak mintak unlocked. So make sure anak-anak tak tahu password Iphone ok.
Alhamdulillah dengan cara ni biasanya anak-anak akan minta 2 kali, maksudnya 20 minit. Tapi masa kali kedua tu kalau bagi peluang kena ingatkan dia yang tu mmg last. Mesti pulangkan handphone pada mak.
Setakat ni memang berjaya pada anak-anak mak. Korang cuba ya. Nanti share pengalaman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ayam yang sudah disimpan lama di dalam peti ais biasanya akan sedikit kusam malah isinya sudah kelihatan tidak segar seperti baru dibeli.
Bagaimana menampakkan isi ayam kembali segar kemerah-merahan seperti baru dibeli. Ada cara mudah, dengan hanya menambahkan satu bahan ini ke dalam perapan. Jom cuba perkongsian Pn Rohaida Ieda ini.
Petua saya untuk bagi isi ayam kembali segar.
1) Ambil sedikit garam dan gaulkan ayam yang telah dicuci.
2) Biarkan selama 5 minit.
3) Cuci ayam seperti biasa hingga bersih.
4) Isi ayam akan kembali kemerah-merahan dan nampak segar.
Sering kali kita berjanji dengan anak-anak untuk membawanya ke tempat menarik atau makan makanan yang sedap-sedap dan bila kita terlupa untuk menunaikan, pasti anak-anak akan menuntut. Daya ingatan anak-anak sangat kuat dan emosinya sangat rapuh.
Jika kita berjanji dengan harapan dia akan menyiapkan kerja sekolah atau membantu kita, setelah selesai tugasnya pastikan kita tunaikan janji kita pula. Jika tidak ditunaikan, perjanjian tersebut akan terkesan dalam minda anak-anak. Menurut perkongsian seorang bapa di laman facebook, Encik Mohd Fhais berpendapat, kita sebagai ibu bapa raikanlah anak-anak walaupun penat.
Budak ni kalau dah berjanji sampai ke kolam udang dia tuntut. Jam 10 malam, orang lain semua dah lemau. Dah tiba masa untuk recharge tenaga, landing time. Tapi budak ni masih lagi terkinja – kinja lompat katil, panjat katil. Kacau semua orang.
Argh.. Stress! Esok nak keje, mata dah rabak.
Maknya, neneknya puas dah pujuk suruh tidur. Satu pun tak jalan. Haru biru rumah semalam.
Bila di selidik-selidik rupa-rupanya ada janji yang belum di tunai.
“Papa cakap nak tengok udang?”, Rania buat muka comel
Aduh, memang lupa dah petang tu ada janji nak bawa dia tengok udang. Dekat kawasan rumah ni ada satu kolam mancing udang. Pernah bawa rania sekali ke sana.
Memang terserlah dia punya teruja dan gembira tengok udang hidup. Malam tu juga, 10.30 malam start kereta pergi kat kolam mancing udang tu. Ingat nak mancing sekali dah alang-alang sampai tu.
Belum sempat capai pancing rania dah tarik tangan dan cakap, “Tak payah papa, tengok je”. Jadi tengok je la malam tu. Dia punya seronok, siap cakap best papa tengok udang.
Tak lama pun, lebih kurang 10 minit dia dah ajak balik. Balik rumah, basuh kaki, buat susu terus tidur. Aik, senang pula tidur.
Tadi maknya dan wan duk terjerit-jerit suruh tidur selama 30 minit tak di endahnya, ni tak sampai 5 minit dah tidur.
Itulah budak-budak. Selain badan, otak dan emosi pun ada stamina. Selagi otak dan emosi ni tak dipenatkan, jangan harap mereka nak tidur dengan mudah.
Kadang tu bukan anak yang tak dengar cakap, tapi sebenarnya kita yang tak dengar apa diorang cuba cakap.
Jangan mengeluh, tapi raikan mereka. Inilah tenaga yang boleh gegar dunia satu hari nanti.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.