Rahsia Almond London Crunchy Mesti Gaul Sekali Bahan Ni. Makan Sekali Puas Hati!

Share

Biskut Almond London antara biskut yang sentiasa menjadi pilihan. Tak semestinya hari raya saja tapi pada hari lain ia dijadikan sebagai buah tangan atau cenderahati untuk majlis tertentu.

Bagi yang menggemarinya pasti akan tahu kesedapan biskut ini yang didalamnya mempunyai kacang badam dan diluarnya disalut coklat serta ditabur sekali lagi dengan badam.

Bagaimanapun, anda pasti tertanya apa rahsia resipi ini kerana ada sesetengahnya bila makan ia begitu ranggup sekali. Nak tahu apa istimewa biskut Almond London resipi Nor Hazwani Ali, berikut disertakan bahan dan cara membuatnya.

Ade ke yang dah buat biskut almond London? Tapi macam awal pulak celup coklat ni tak apa ke? Buat awal sebab mood tengah rajin sekarang, takut esok-esok datang mood malas.

Almond London

Bahan-bahan:

300g tepung gandum
200g tepung jagung
150g gula halus
250g butter
50g corn flakes(di kisar)
1sk baking powder
1sk esen vanila
1 biji telur
Badam hancur untuk hiasan

Cara membuatnya: 

1) Pukul butter dengan telur hingga sebati (saya guna senduk kayu je)

2) Masukkan esen vanila, baking powder(ayak dulu takut berketul) dan gula halus pukul lagi sampai kembang

3) Masukkan cornflakes, tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil uli-uli sehingga tepung tidak melekat pada tangan.

4) Bakar pada suhu 190’c selama 20 minit..

1 adunan
8g dpt 125 biji
6g dpt 155 biji

5) 500g coklat masakan (saya guna KC candy)

Cairkan coklat tak perlu tambah apa-apa. Kalau jenama lain kena tambah shortening atau Coco butter. Lepas coklat dah cair bolehlah celup biskut dan tabur badam..siappp.

Selamat mencuba ya! Sempat lagi nak buat untuk juadah hari raya nanti. Confirm puas hati.

Kredit: Nor Hazwani Ali

 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy