Setiap ibu bapa harapkan yang terbaik untuk anak-anak. Bila anak dah semakin besar, harapan ini akan bertukar kepada apa yang kita mahu anak buat pula sebagai bukti mereka dapat balas jasa kita.
Semua niat ini dah ada seawal ibu bapa dapat tahu ada bayi yang menghuni rahim ibu. Betul kan? Tapi sejauh mana tindakan kita untuk memastikan hasrat dan impian ini terlaksana.
Pendapat yang dikongsikan oleh Saleha Idris ini cukup mudah dan boleh diamalkan seawal anak dalam kandungan lagi hinggalah mereka besar.
Rahsia Al-Fatihah yang sentiasa meniti di bibir ibu ayah akan menjadi kekuatan dalam diri anak-anak kita. Insyaallah!
“Sebelum kita ibu bapa ni terima sedekah Al-Fatihah daripada anak kita. Kitalah sebagai mak hadiahkan Alfatihah dulu pada anak kita.”
Begitulah ungkapan seorang ibu hebat yang dikenali.
Membuat diri ini sebagai mak terfikir.
Kita selalu berharap anak kita buat baik kepada Kita.
Kita harap apabila kita hantar anak tahfiz. Kita akan masuk syurga.
Kita harap apabila anak kita besar dia akan teruskan bisnes kita.
Kita harap apabila kita hantar anak tuisyen cari duit anak kita akan dapat straight A.
Kita harap anak kita besar akan bagi duit pada kita.
Tetapi ibu hebat ini ‘Kita’. Harapan perlu bermula dengan kebergantungan kepada Allah dan usaha yang ikhlas.
Tidak mengharapkan apa-apa. Tapi ada visi misi yang ditanam buat anak anak.
Ketika berbual. Saya bertanyakan kunci menjadi kunci ibu mithali. Katanya sedekahlah Alfatihah buat anak kita setiap hari. Doakan kejayaan dan diri mereka. Selepas Al-Fatihah doa buat mereka.
Manakan kita berharap tetapi kita tidak pernah memberi apa kita ada.
Sumber: Saleha Idris