Di dalam setiap titis susu ibu, tersimpan kasih sayang yang tidak terukur nilainya. Ia hadir bersama doa, harapan, dan kekuatan seorang ibu yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, dan keselesaan demi memberikan yang terbaik buat anak.
Sempena Minggu Penyusuan Sedunia pada bulan Ogos ini, Pa&Ma ingin menghargai semua ibu-ibu hebat yang teguh semangat, sabar menghadapi cabaran, dan terus setia menyusukan anak walau apa jua rintangan. Penyusuan bukan sekadar memberi makan, tetapi ia adalah bahasa cinta yang hanya difahami oleh hati seorang ibu dan anaknya.
Kepentingan Penyusuan Eksklusif 6 Bulan Pertama
1. Perisai Semula Jadi Bayi Sejak Lahir
Susu ibu adalah “vaksin pertama” bayi. Ia dipenuhi antibodi dan nutrien unik yang tiada tandingan. Bayi yang disusukan secara eksklusif lebih terlindung daripada jangkitan telinga, cirit-birit, selesema, dan penyakit berjangkit lain. Ibarat benteng kukuh, setiap titis susu ibu membina daya tahan tubuh si manja, melindungi mereka siang dan malam.
Ads
2. Nutrisi Lengkap Mengikut Keperluan
Keistimewaan susu ibu adalah keupayaannya berubah mengikut usia dan keperluan bayi. Minggu awal, susu ibu mengandungi kolostrum – cecair emas yang kaya dengan antibodi. Apabila bayi membesar, kandungan protein, lemak, dan vitamin dalam susu ibu turut menyesuaikan diri, memastikan si kecil mendapat nutrisi sempurna setiap masa.
Ads
3. Mengukuhkan Ikatan Emosi
Saat menyusu adalah waktu yang penuh magis antara ibu dan anak. Sentuhan kulit, tatapan mata, dan kehangatan tubuh ibu memberi rasa selamat kepada bayi. Ikatan ini bukan sekadar membina kasih sayang, tetapi juga membantu perkembangan emosi dan keyakinan diri anak pada masa hadapan.
Ads
4. Kebaikan Kesihatan untuk Ibu
Penyusuan bukan hanya bermanfaat untuk bayi. Ia membantu rahim ibu mengecut dengan lebih cepat, mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin, dan menurunkan risiko penyakit seperti kanser payudara dan ovari. Tambahan pula, ia membantu ibu kembali ke berat asal dengan cara yang lebih semula jadi.
Buat semua ibu, perjalanan penyusuan mungkin penuh cabaran – puting melecet, bengkak susu, atau bayi kerap bangun malam. Namun, percayalah bahawa setiap titis susu ibu adalah hadiah berharga yang akan memberi kesan sepanjang hayat anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema biasanya terjadi pada bayi atau kanak-kanak dan selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan dan ketidakselesaan.
Menurut Dr Hafiz Sulaiman, disebabkan ekzema juga boleh menyebabkan emosi dan tingkah laku anak turut terkesan.
Sebagai seorang yang melihat pesakit ekzema secara harian, terdapat beberapa persamaan yang saya perhatikan pada pesakit ekzema anak kecil.
EMOSI TAK STABIL
* Lebih sensitif, lebih tak stabil.
– Cepat marah.
– Mudah sedih.
– Kuat sentap, terutama jika kena marah.
– Cepat terkejut.
– Clingy..asyik nak dukung je. Tak boleh ditinggalkan.
– Obsesif: fanatik dan mungkin sangat fokus benda dia minat.
– Susah sesuaikan diri tempat baru.
– Penakut dan fobia sangat.
– Ahli fikir: suka termenung dan berkhayal.
– Sangat responsif: umur beberapa bulan dah toleh bila orang panggil nama dia. Comel kan.
– Dramaqueen: Sangat hepi tiba-tiba boleh nangis kuat-kuat. Emosinya ekstrem banget.
SIMPTOM LAIN
– Tidur lewat, walaupun tak gatal waktu malam.
– Clumsy. Kerap jatuh bila jalan. Kerap terlanggar.
– Selera makan ekstrem. Kurang atau lebih.
– Waktu baby nafas berbunyi macam ada lendir.
– Baby kerap muntah susu (mungkin refluks).
– Perut kerap kembung.
– Sembelit. Atau bila ekzema flare cirit birit (bahaya).
– Kerap demam.
Biasanya simptom atas ni hilang bila ekzema pulih. Anak-anak jadi playful dan ceria kembali insha Allah.
Ini pemerhatian saja bukan kajian saintifik atau simtom biasa dalam buku teks. Jika ada masalah di atas boleh lah rujuk doktor perubatan berkenaan ya.
Semoga ekzema anak-anak diberi kesembuhan secara total. Ameen.
Antara soalan yang sering ditanya oleh para ibu–bapa adalah mengenai kekerapan yang normal bagi pembuangan najis dalam bayi dan kanak-kanak serta konsistensi dan warna najis. Ciri–ciri najis serta frekuensi pembuangan najis mungkin dapat memberikan indikasi tahap kesihatan kanak-kanak/bayi tersebut.
Adalah penting untuk mengetahui bahawa ciri-ciri najis juga bergantung kepada pemakanan, tahap penghidratan, keadaan emosi, ubat-ubatan serta pewarna makanan.
Apakah ciri-ciri najis bayi?
Secara am, bayi yang baru lahir akan membuang najis dengan banyak dan agak kerap. Dalam beberapa hari yang pertama, bayi akan membuang najis yang berwarna hijau tua atau hitam (meconium).
Setelah bayi telah mula menyusu dengan kerap,ciri-ciri najis juga bergantung kepada penyusuan bayi tersebut. Bayi yang diberikan penyusuan ibu secara eksklusif selalunya akan membuang najis dalam 5 ke 6 kali sehari. Selain daripada itu, najis bayi yang diberikan susu ibu lebih cair berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula.
Najis bayi yang kurang daripada 6 bulan adalah lebih cair kerana pemakanan hanya daripada susu ibu atau susu formula. Konsistensi najis bayi yang diberikan susu formula adalah seperti campuran sos mustard dan cottage cheese manakala najis bayi yang diberikan penyusuan susu ibu secara eksklusif berwarna kuning seperti marjerin, lebih cair dan berketulan kecil.
Adakah bayi sedang mengalami sembelit?
Frekuensi pembuangan najis adalah berbeza antara bayi. Sesetengah bayi mungkin akan membuang najis selepas setiap kali menyusu manakala ada juga bayi yang membuang najis setiap 3 hari.
Seseorang bayi itu dikatakan mengalami sembelit sekiranya dia membuang najis yang seakan batu kecil (pellet-like stools) tetapi sekiranya najisnya cair dia tidak semestinya tidak mengalami sembelit kerana najis cair dapat melepasi najis keras dalam usus dan seterusnya mengalir keluar. Selain daripada itu,sembelit juga boleh menyebabkan najis berdarah. Oleh itu, adalah penting untuk untuk ibu-bapa peka terhadap sebarang perbezaan ketara dalam frekuensi pembuangan najis bayi.
Sembelit mungkin masalah penyahhidratan (dehydration) atau pertukaran susu daripada susu ibu ke susu formula. Sembelit boleh juga berlaku apabila makanan pelengkap (weaning diet) dimulakan di mana warna najis juga akan berbeza.
Sembelit juga boleh disebabkan oleh masalah usus seperti Hirschsprung’s disease, penyakit cystic fibrosis, atau kekurangan hormon tiroid(hypothyroidism). Ada juga ubat-ubatan yang boleh menyebabkan sembelit.
Adakala, bayi akan kelihatan seperti meneran dan sakit apabila membuang najis.Ini tidak semestinya menunjukkan masalah sembelit tetapi kerana bayi belum pandai menggunakan otot bahagian abdomen untuk menolak keluar najis dan tiada tarikan graviti kerana bayi dalam keadaan berbaring semasa membuang najis.
Bagaimana Mengelakkan /Merawat Sembelit Dalam Bayi?
Bagi bayi yang kurang dari 6 bulan dan diberikan susu formula, penukaran susu formula mungkin dapat mengurangkan sembelit. Bagi bayi yang lebih daripada 6 bulan, adalah disyorkan untuk memberikan lebih banyak air atau jus seperti jus prun atau epal. Selain daripada itu, makanan yang mempunyai serat tinggi(high-fibre) seperti bijirin barli.Aktiviti fizikal juga dapat menolong mengurangkan sembelit seperti menggalakkan anak merangkak serta menggerakkan kaki anak seperti mengayuh basikal dalam keadaan berbaring. Urutan bahagian perut juga dapat melegakan sembelit. Sekiranya masalah sembelit masih berlaku, doktor mungkin akan memberikan ubat untuk melembutkan najis (lactulose)
Adakah Bayi/Kanak-Kanak Mengalami Cirit -Birit?
Cirit-birit berlaku apabila najis bayi/kanak-kanak menjadi lebih cair serta lebih kerap. Ia mungkin disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria, alahan makanan atau susu lembu dan kesan sampingan ubat. Najis bayi juga boleh mengandungi banyak lendir sekiranya bayi mengalami demam selsema.
Apakah Rawatan Bagi Cirit-Birit?
Adalah penting bagi ibu-bapa untuk memastikan bayi/kanak minum dengan secukupnya. Sekiranya ada tanda-tanda penyahhidratan seperti kurang kencing, tidak aktif , lemah, mata cengkung dan kurang air mata bila menangis hendaklah segera membawa anak berjumpa doktor. Doktor mungkin akan memberikan “Oral Rehydration salt (ORS)” bagi menggantikan air dan garam-galian yang hilang dalam cirit-birit. Sekiranya ada penyahhidratan yang banyak, rawatan di hospital mungkin diperlukan.
Ibu –bapa disyorkan agar tidak memberikan ubat untuk mengurangkan cirit-birit (antidiarrheal medication) kepada kanak-kanak/bayi yang mengalami cirit-birit kerana ia tidak akan merawat jangkitan usus dan mungkin memberikan kesan sampingan.
Apakah sebab-sebab najis berdarah ?
Najis yang mengandungi darah boleh berlaku dalam bayi dan kanak-kanak. Antara sebab-sebab najis berdarah adalah seperti berikut:
Alahan kepada susu lembu(Cow’s milk allergy)
Ada bayi yang alah kepada susu lembu diberikan susu formula.Penyusuan susu ibu secara eksklusif adalah digalakkan dari lahir sehingga umur 6 bulan dan makanan pelengkap dimulakan semasa umur 6 bulan. Ibu yang menyusukan bayi juga perlu mengelak daripada makanan yang mengandungi protin lembu seperti susu, keju, dadih/yogurt dan daging lembu.
Sembelit
Sekiranya seseorang bayi/kanak-kanak itu mengalami masalah sembelit,najis yang keras boleh melukakan bahagian dubur (anal fissure).Ini boleh menyebabkan najis berdarah serta kanak-kanak mengalami kesakitan semasa membuang najis.
Jangkitan virus/bacteria(gastroenteritis)
Jangkitan bakteria atau virus atas usus boleh menyebabkan cirit-birit berdarah. Sekiranya ia berlaku dengan banyak dan kerap iaitu setiap satu ke dua jam, ibubapa disyorkan membawa anak berjumpa doktor.
Intussusception
Ini adalah situasi di mana sebahagian daripada usus masuk ke dalam bahagian usus yang seterusnya menyebabkan usus tersumbat. Ini adalah satu kecemasan yang perlu dirawat segera. Ia lebih kerap berlaku dalam kanak-kanak yang berumur 5 ke 9 bulan. Apabila ia berlaku,kanak–kanak tersebut akan menangis kesakitan dan meneran semasa membuang najis. Najisnya akan bercampur darah dan lendir dan sering digambarkan sebagai “red currant jelly stools”.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dek kerana keletihan melampau, wajah seperti hilang serinya. Apatah lagi dikala kepenatan menguruskan rumahtangga yang tiada hentinya.
Sesekali, mak-mak manjakanlah tubuh dan aura dengan mandi air bunga. Tambah sedikit limau nipis untuk membuang segala aura negatif dalam badan. Jom cuba petua ini.
Mudah sahaja. Jom cuba!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Limau purut 3/5/7 biji
Air mawar
Bunga mawar
Garam bukit
Cara penyediaan:
1. Potong limau purut dan masukkan ke dalam bekas berisi air.
2. Kemudian tabur bunga mawar atau sedikit air mawar yang dibeli di kedai.
3. Masukkan garam bukit dan mandi menggunakan air ini.
4. Baca Bismillah dan selawat. Niat di dalam hati:
“Ya Allah, bersihkan rohani dan jasmaniku. Naikkanlah aura dari dalam diriku.”
InsyaAllah dengan izinNya, aura negatif dalam diri dapat dibuang.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.