Anak amanah Allah buat ibu bapa. Allah kurniakan zuriat untuk beri satu tanggungjawab besar buat pasangan suami isteri memberi pendidikan sempurna dan memastikan anak-anak kita menjadi anak soleh.
Sikap anak-anak kita ini berdasarkan gambaran dari sikap ibu bapa. Jika contoh yang baik kita tunjukkan, maka baiklah anak kita. Jika sebaliknya mungkin ada kesilapan yang kita terlepas pandang.
Dalam cabaran dunia hari ini, dengan kecanggihan teknologi ia lagi membuatkan ibu bapa perlu lebih memberi perhatian dan sentiasa bersabar. Insya-Allah dengan niat yang baik, didikan dunia dan akhirat seimbang, anak kita pastinya menjadi individu berjaya.
ARTIKEL MENARIK [Sebenarnya Anak Lelaki Lebih Perlu Sokongan Emosi Dari Ibu Ayah, Berbanding Anak Perempuan!]
5 tip mendidik anak soleh :
1. Bangun pagi, peluk anak sekurangnya 3x dan usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk anak)
2. Lembutkan hati anak
*hembus pada ubun-ubun, makanan dan pakaian
– Surah Al-Fatihah
– Surah Al-Hasyr (ayat 21-24)
– Surah Taha (ayat 1-5)
– Ayat Qursi
– Zikir Ya Latif
3. Setiap kali nak nasihat anak, baca 3 nama Allah dan hembus :
– Ya ‘Aziz
– Ya Jabbar
– Ya Mutakabbir
4. Doa khas agar keluarga jaga solat dan elok perangai. (Surah Ibrahim : ayat 40)
LAGI ARTIKEL MENARIK [Suami Belajarlah Lihat Kebaikan Isteri, Tengok Kepenatannya. Inilah Tanda Sayang Suami!]
5. Sentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil doa dan nyatakan harapan. Sebaiknya setiap malam dalam keadaan baru hendak tidur ketika otak sedang berehat dan lebih mendengar kata.
(Dipetik dari Buku Mendidik Anak Cara AlFateh)