Selain kuah nasi kukus yang sedap berlemak, tidak dinafikan, ayam berempah menjadi kekuatan utama sedapnya resipi Nasi Kukus. Tersalah cara, nasi kukus boleh terasa tidak nikmat.
Rupanya ini cara masak Ayam Berempah yang sedap. Jom cuba resipi perkongsian As Rashid ini. Padu!
Inilah rupa ayam goreng berempah simple kita, kita suka buat je, makan tak suka sangat.
Bahan-bahan:
Bawang putih
Serai
Halia
Lengkuas
(Blender semua)
Serbuk cili
Serbuk kari daging
Jintan manis(biji bkn serbuk)
Garam
Gula sikit
Tepung jagung
Daun kari
Gaul semua bahan dengan ayam dan perap.
Ads
Nak dapatkan ayam yang cantik dan serdak-serdak tak hangus tu kena pandai main api lah.
Masa minyak dah panas kecilkan api masukkan ayam, biar lebih kurang 10 minit api kecil, baru besarkan api.
Daun kari tu tabur dalam kuali masa nak angkat ayam tu, jangan letak awal nanti daun kari hangus tak cantik.
Bila dah angkat ayam tu nak tambah lagi ayam dalam kuali kecilkan api lagi dan begitulah seterusnya.
Ads
Bahan Kuah Nasi Kukus:
Rempah empat sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
Bawangmerah, bawang putih, lengkuas, halia (blender)
Serbuk kari daging, serbuk rempah kerutup
Cili kering yang direbus blender
Serbuk cili sedikit
Kerisik
Santan
Ayam potong kecik-kecik
Tumis 4 sekawan dalam minyak yang dah panas
Lepas tu masukkan bahan blender, cili kering, serbuk cili, serbuk kari daging, rempah kerutuk, tumis sampai pecah minyak.
Ads
Kemudian masukkan air sikit, biar jadi macam pes tu kacau-kacau, lepas tu masukkan ayam, santan, kerisik. Kuah jangan cair sangat, perasakan dengan garam dan gula.
Biarkan menggelegak dan bahan tadi sebati masak. Tutup api. Siap!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak, bila duduk rumah kejap-kejap lapar. Daripada bagi anak makan jajan atau gula-gula, apa kata ibu cuba buat muffin milo yang paling mudah ini. Tak perlu nak guna mixer pun, cuma kacau dengan senduk je. Tersangatlah mudah.
Kalau yakin, nak buat duit poket jual muffin ni pun boleh. Resepi yang dikongsikan oleh Azlina Ina ni sekurang-kurangnya boleh bagi idea untuk ibu-ibu.
Muffin milo coklat mudah
Bahan-bahan:
8 biji telur gred A atau B
450g gula perang atau gula halus kalau xnak manis guna gula perang atau kurg kan(2 cawan )
1 sudu besar emolco coklat
330g/3 cawan self raising + 1 sk soda bikarbonat(ayak)
100g milo
50g serbuk coklat
*Campurkan tepung dengan serbuk coklat dan milo dalam 1 bekas ya
350g majerin cair/2 cawan (cair kan dulu awal-awal sukat dalam cawan atau dah cair baru timbang)
1/2 cawan air panas
Cara-cara:
Telur+ gula+satukan. Kacau-kacau sebati dengan senduk ke whisk ke dengan hand mixer pun boleh
2. Tambah emolco dan kacau sebati
3. Tambah kan tepung yang disatukan tadi berselang dengan marjerin sampai habis.
4. Akhir sekali tambah air panas dan kacau rata
**Nak tambah coklat chips boleh nak tambah coklat rice pun boleh
5. Masuk dalam paper cup atau muffin cup. Nak tabur badam nips atau coklat chips pun boleh
6. Bakar suhu 170 masa 25-30 minit atau kukus 15-20 minit
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah buntu nak masakkan sarapan apa untuk anak-anak? Resipi Omelette yang satu ni kalau mama cuba mesti rasa nak lagi dan lagi. Omelette versi mantap sebab terlebih rangup!
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Nurasykin Ali ni memang tersangatlah sedap. Paling penting guna tiga bahan je, senang pulak tu nak buatnya. Rangup..tu yang kita mahu!
OMELETTE BISKUT KERING RINGKAS DAN SEDAP!
Hari-hari sarapan roti pastinya bosan kan? Bukan anak-anak je.. Kak ekin pon sama. Try buat sarapan lain sikit untuk diorang. Rasa dia macam kita makan roti telur tapi tak secrunchy macam ni. Husband lepas makan, dia kata “eh sedap lahhh! ” Hahaha memula tu eksyen tak nak makan sekali….
Kak ekin guna 3 bahan utama iaitu biskut kering hup seng, telur dan bawang. Sebagai pelengkap boleh tambah blackpepper, perasa atau cili. Untuk resipi ni kak ekin tak guna cili sebab nak bagi anak makan. Resipi kat bawah ya.
Bahan-bahan :
1. Biskut Hup Seng 7 keping
2. Telur 2 biji
3. Bawang merah 3 biji
4. Serbuk Blackpepper/garam/perasa/ cili (optional)
Bahan utama. Biskut hup seng, telur dan bawang
Cara-caranya:
1. Basahkan sedikit biskut kering yang dah dipatah-patahkan kasar.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang, blackpepper, sedikit perasa dan garam. Pukul telur sampai kembang.
3. Panaskan minyak dan goreng biskut sampai kering dan garing. Mesti bagi garing baru sedap.
Untuk resipi ni korang boleh tambah cili. Lagi kick rasa dia. Mudah dan sedap! Time cuti sekolah ni bole la try buat menu simple macam ni untuk anak-anak.
Selamat mencuba! ❤
Kredit: Nurasykin Ali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang tempoh PKP, perut asyik lapar saja. Rajinlah si ibu mencari pelbagai resipi kuih-muih untuk dicuba. Cara terbaik adalah mencuba satu resipi yang sama untuk menghasilkan pelbagai jenis kuih yang menarik.
Pn Ziela Lewis via grup Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM) telah berkongsi resipi membuat doh untuk kuih seperti donat, rol sardin, roti Thai, donat sambal, roti sosej dan banyak lagi.
Ikuti perkongsian resipi satu doh ini.
1 Resipi, Olah Jadi Macam-Macam Kuih
Hanya brbekalkn 1 rsepi… Macam² kta bole olah….😍😍😍 Lpas ni bole ibu² tkr² menu utk anak2 plk🤭🤭
Bahan-bahan:
½ kg tepung gandum (sya guna cap kunci)
3sb majerin
*½pack yis
*1sb gula
2sb susu pekat
1st garam
Air secukupnya
Cara-cara:
1. Satukan bahan yang bertanda * dgn air suam. Biarkan hingga kembang (asingkan).
2. Campurkan tepung & majerin ,susu pekat,garam. Ramas shingga menjdi serbuk roti.
3. Campurkn yis td uli lagi. Masukkan air sikit-sikit dan uli lagi sampai adunan sebati. (Air kena agak-agak sendiri ye).
4. Uli shingga doh tak melekat di jari.
5. Perap doh tadi dlm 45 minit. Lepas 45 minit, ambil doh buang angin sikit-sikit.
6. Kemudian bolehlah start bulatkan dan bentukkan doh tadi.
7. Bila da siap bentuk, tunggu lagi dalam 30 minit untuk dia mengembang.
8. Baru boleh menggoreng. Siap!
Selamat mencuba 🥰🥰👍🏻👍🏻…
Tonton video ini untuk mengetahui tentang TERSEDAK SUSU:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!