Ibu bapa guru pertama anak. Nak pastikan anak kita soleh, baik tingkah lakunya biasakan dengan didikan sempurna.
Apa amalan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk jadikan anak kita soleh dan solehah. Berikut antara 5 tipnya:
1) Bangun pagi, peluk anak sekurangnya 3x dan usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk anak)
2) Lembutkan hati anak
*hembus pada ubun-ubun, makanan dan pakaian
– Surah AlFatihah
– Surah Al-Hasyr (ayat 21-24)
– Surah Taha (ayat 1-5)
– Ayat Qursi
– zikir ya Latif
3) Setiap kali nak nasihat anak,
baca 3 nama Allah dan hembus :
– Ya ‘Aziz
– Ya Jabbar
– Ya Mutakabbir
4) Doa khas agar keluarga jaga solat dan elok perangai. (Surah Ibrahim : ayat 40)
5) Sentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil doa dan nyatakan harapan. Sebaiknya setiap malam dalam keadaan baru hendak tidur ketika otak sedang berehat dan lebih mendengar kata.
(Dipetik dari Buku Mendidik Anak Cara AlFateh)
Sumber: Tazkirah Ustaz Ebit Lew (Kredit : Wan Musyahadah)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makan Jajan Banyak Boleh Rosakkan Sel Otak Anak. Elak Bagi Goodies Untuk Anak Kecil
Jajan atau makanan ringan merupakan antara kudapan yang digemari ramai tak kira golongan dewasa apatah lagi kanak-kanak.
Kekerapan makan jajan boleh memberi banyak kesan buruk kepada kesihatan. Jika si kecil terlalu kerap makan jajan, ia akan menjejaskan selera makan mereka pada makanan berkhasiat.
Bila kurang makan makanan berkhasiat sudah tentu akan menjejaskan tahap tumbesaran dan perkembangan mereka secara sihat.
Dr Mazliana Mazlan berkongsi kenapa pengambilan jajan boleh merosakkan sel otak anak.
Jajan macam ni, boleh rosakkan sel otak anak.
Tak boleh jadi goodies untuk anak tadika.
Keropok ketam.
Keropok udang.
Keropok ikan.
Keropok cheese.
Keropok kentang.
Apa-apa je yang seagkatan dengan keropok macam ni, elakkan bagi pada anak tau.
Anak-anak kecil tak boleh makan keropok yang penuh dengan perasa tiruan.
Label ditulis ketam, udang, ikan, cheese, kentang, nampak sihat dan macam real food.
Tapi bila kita baca label tengok bahan ramuan yang digunakan, tak terkira betul banyaknya bahan yang kita langsung tak faham.
Bukan datang dari bahan makanan sebenar. Tapi banyak perasa dan perisi tiruan yang digunakan.
Bukan untuk anak kecil kita. Mereka tak boleh kenal dengan jajan ni semua okay.
Kita buat sama-sama ya. Cuba elakkan sehabis baik makanan tinggi perasa dan perisa tiruan macam ni.
Sumber: Mazliana Mazlan
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di SINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pakar Kongsikan Petanda Anak Hatinya Sangat Terluka. Marah Boleh Tapi Beringat!
Bila anak sudah 5 tahun dan masih suka merajuk dan mengamuk, memukul orang, menyakitkan orang, ini petanda semasa anak itu mengamuk semasa dia kecil, emosi amuk itu tidak dikendalikan dengan baik. Ibu bapa hanya menggunakan kaedah marah dan tengking untuk senyapkan anak.
Pada masa itu anak memang senyap, tapi emosi itu tidak dilepaskan dengan baik. Oleh itu anda akan mendapati anak ini mengamuk dengan lebih kuat dan mula ada ciri-ciri degil dan mungkin mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.
Ini petanda hati anak ini sudah banyak terluka dan dia sudah banyak merasakan tidak dikasihi. Jika ini berlaku, anda perlu mengatur langkah membetulkan pesepsinya.
Di sini anda perlu bijak dan mengawal marah namun anda perlu tegas dan perlu mendisplinkan anak itu. Kerana anak ini sudah terluka disebabkan banyak kekecewaan terutamanya di dalam perhubungan diantara dia dan anda atau pasangan anda, perkara itu perlu dibetulkan. Pada usia ini, anak itu mungkin akan mengatakan rasa hatinya, bahawa dia tidak dikasihi.
Jika ini berlaku, tarik nafas dan duduk di sebelah anak itu dan tenangkan hatinya dan cari punca yang menyebabkan dia merasakan dia tidak lagi dikasihi. Kadang-kadang puncanya mungkin semudah anda sudah tidak memandikannya dan menyuruh dia mandi sendiri.
Terutama sekarang sudah ada adik baru. Ini kita namakan salah faham. Maka selesaikanlah salah faham ini.
Walaupun bila anak merajuk dan mengamuk kita perlu membetulkan anak dengan kelembutan, adakalanya semasa ini, kerana jeritannya begitu kuat dan membaling barang tidak mengikut kira, maka jika perlu anda boleh meninggikan suara untuk mendapatkan perhatiannya, siapa yang memimpin di sini.
Namun, bila meninggikan suara, lihat mata anak itu dengan kelembutan kasih-sayang. Dalam hati anda boleh berkata kepada hati, ‘aku meninggikan suara kepada anakku ini kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan memimpinnya dengan baik Aku sayang anak ku ini’.
Mengapa anda mahu mengatakan di dalam hati demikian? Kerana ini membentuk niat dan ini membantu anda memastikan bahawa bila suara kuat itu keluar, ianya keluar dengan tenaga kasih-sayang yang menerjah masuk ke hati anak yang terluka itu dan menjadikan hati itu menerima tenaga kasih-sayang itu. Inilah diantara cara kita mengawal keadaan dengan tegas dan penuh kasih-sayang. Kata kunci ialah pandang dengan kasih sayang. Anda perlu ‘take control’ dengan ‘tough love’.
Jika anak itu ditengking dan dimarah atau bila dia merajuk diturutkan semua kehendaknya. Pada usia ini, anak itu sudah tahu dia mempunyai kuasa ke atas ibu bapanya dan ibu bapa boleh diatur-atur olehnya. Ini sangat merbahaya kerana anak itu boleh menjadi seperti ‘Anakku Sazali’.
Mengapa ini boleh berlaku, kerana bila anak meminta sesuatu, semua permintaannya dipenuhi walaupun ada yang tidak baik untuknya dan anda telah mengatakan tidak boleh, namun sebab hendak anak berhenti membaling barang, anda ambil jalan singkat, ikutkan saja kehendak anak itu.
Kata kunci di sini, BERTINDAK SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN dan bukan seorang yang mudah dimanipulasikan
Nota Ringkas;
Bagaimana berhadapan anak 5 tahun yang mengamuk?
1.Tarik nafas dan ubah kedudukan kita untuk dapatkan ketenangan.
2. Lihat mata anak dengan penuh kasih sayang.
3. Kata dalam hati, “Aku meninggikan suara kepada anakku ini kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan memimpinnya dengan baik. Aku sayang anak ku ini”.
4. Tinggikan suara untuk dapatkan perhatian anak.
InsyaAllah, kalau yang keluar dari hati, akan sampai ke hati juga.
Kredit: Ibu Rose
Mahu anak jadi bijak dan berakhlak mulia. Mari belajar ilmu, skil dan sikap positif untuk mendidik anak-anak kita.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Isteri Nangis Bila Sedar Itu Hanya Bantal”. Perginya Anak Syurga Selepas 1 Tahun 4 Bulan
Isteri sebagai ibu akan lebih terasa kehilangan si kecil. Dia yang mengandung dan melahirkan, apatah lagi bila si kecil selepas lahirnya ditatang bagai minyak yang penuh.
Sokongan suami amat diperlukan untuk isteri saat menghadapi kehilangan. Sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk memberikan sokongan dan galakan kepada isteri yang selama ini sanggup bersusah senang bersama.
Perkongsian daripada bapa ini sungguh menyentuh sanubari. Sanggup bercuti selama setahun bagi memberi sokongan kepada isteri selepas kehilangan anak sulung yang mengalami komplikasi kesihatan. Segalanya adalah demi melihat isteri sihat dan tidak mengalami kemurungan ekoran kehilangan anak mereka.
Petang semalam kami luangkan masa ziarah anak syurga. Setiap kali datang ziarah wajah bidadari saya selalu berubah,nampak sangat dia rindukan anak syurga ini. Sebelum ini langsung tak boleh masuk kawasan perkuburan,mesti dia akan menangis.
Ini anak sulong kami. Komplikasi jantung,paru paru dan ada masalah tulang belakang. Walaupun 1 tahun 4 bulan tapi tak boleh duduk,tak boleh mengunyah makanan pejal, tak boleh tidur dengan lena siang malam kerana batuk. Hanya ubatan,puri dan susu sahaja makanan dia. Beliau meninggal dunia 24jam selepas pembedahan.
1 tahun 4 bulan isteri tidur tak lena. Makan pun tak menentu. Minggu pertama berpantang kena ulang aling ke hospital susukan anak. Kesian sangat tengok baru kali pertama dapat anak Allah dah beri ujian. Isteri kuat sangat,macam mana pun dia nak susukan anak juga.
Begitulah mana ibu pun akan berjuang untuk anak. Sakit,demam,lapar,tak cukup tidur itu semua bukan penghalang untuk dia tunaikan tanggungjawab terhadap anak. Janji anak sihat,anak dapat susu,anak kenyang,anak tak nangis,anak tidur dengan selesa.
Hargai Isteri
Masih terpahat dalam ingatan saya. Bagaimana malam pertama kehilangan anak. Isteri angkat bantal dan riba disangka itu anak,sedangkan itu bantal yang digunakan untuk tidurkan anak. Isteri nangis bila sedar itu hanya bantal.
Saya peluk isteri. Saya peluk erat. Saya pujuk isteri dengan hadith Nabi Muhammad s.a.w bahawa anak kita sedang menunggu kita di pintu syurga. Anak kita tak sakit dah,dia tak batuk dah. Dia boleh jalan dah. Mesti dia sedang bermain main di taman syurga. Mesti dia rindu nak jumpa kita kat syurga. Allah kan janji kita redha,Allah akan bina sebuah rumah pujian dalam syurga untuk kita.
Saya ambil keputusan cuti kerja selama 1 tahun demi untuk jaga emosi isteri. Saya taknak dia bersedih,sunyi dan akhirnya mengalami kemurungan teruk.
Tak pernah lupa ucap terima kasih
Sehingga ke saat ini saya tak pernah lupa setiap hari ucap kepada isteri. Terima kasih susah payah jaga anak siang malam tanpa sedikit pun mengeluh. Terima kasih sebab jadi isteri solehah untuk saya. Saya janji akan jaga awak kerana Allah. Saya nak awak tahu,saya sayangkan awak lebih dari nyawa saya sendiri.
Saya dan suami diluar sana. Ketahuilah. Isteri sanggup buat apa sahaja demi kita. Dia sanggup hidup susah payah bersama kita. Dia dah berikan sepenuhnya jiwa,masa untuk kita.
Isteri adalah amanah Allah dikurniakan kepada kita. Jagalah mereka,bimbinglah mereka supaya Allah redha dan sama sama masuk syurga.
BETULKAN KESILAPAN DENGAN LEMAH LEMBUT
Apakah kita tidak mahu hargai seorang wanita yang sanggup tinggalkan kesenangan bersama keluarga demi bersusah payah bersama kita?
Hargai isteri, sayangi mereka, betulkan kesilapan mereka dengan penuh lemah lembut, kasih sayang. Bagi sepenuhnya perhatian saat mereka mengeluh, mengadu. Mereka siang malam jaga anak kita, jaga makan minum, pakaian kita,mereka pernah ‘mati’ untuk lahirkan zuriat kita. Jangan lihat kekurangan mereka, tapi lihat betapa banyak jasa mereka kepada kita.
PELUKLAH SAAT MEREKA BERDUKA
Peluklah mereka saat mereka sedang berduka, pimpinlah mereka saat mereka jauh dengan ugama.Setiap Pelukkan buatkan rahmat Allah dan rezeki mencurah-curah terhadap keluarga kita. Jangan tengking mereka, jangan pukul mereka,jangan tinggikan suara terhadap mereka. Bukan itu cara mendidik mereka.
Sumber: Muhammad Hassan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI