Untuk mendapat anak cemerlang, terang dan bersih hati, rahsianya ialah tidak perlu tunggu anak masuk tadika tetapi seawal tiga tahun apabila anak sudah mula minat terhadap aktiviti menulis, mewarna dan membaca buku.

Kita sebagai ibu bapa perlu menyediakan persekitaran dan kehidupan yang baik untuk anak-anak. Selain elemen keluarga yang dipenuhi kasih sayang, amalan pemakanan yang sihat, spiritual dan agama, persekitaran untuk belajar jug memainkan peranan penting. Apabila semua elemen ini digabungkan akan membantu anda mendidik anak dengan mudah. Justeru, inilah rahsia untuk mendapat anak terang dan bersih hati.

Bagi memastikan anak anda cemerlang, 8 elemen yang boleh dijadikan alat bantu anda.

  1. Ayat penerang hati

Biasakan anak-anak untuk membaca doa penerang hati dan surah-surah pendek sebelum mengulang kaji. Buatkan sendiri air penerang hati untuk mereka. Bacakan air itu dengan doa-doa yang kita inginkan dan surah-surah khusus.Al-Fatihah,selawat, Yaasin dan sebagainya atau biasakan apabila ibu membaca Al-Quran sediakan sebotol air dan berilah anak-anak minum dengan air tersebut.

  1. Makan malam

Pastikan makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih n mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 11/2 jam makan. Anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 11/2 jam selepas makan malam.

  1. Teman anak belajar

Anak perlukan perhatian semasa belajar. Cara ini membuatkan dia berasa penghargaan kepada setiap perkara positif yang dia lakukan.

IKLAN

Rahsia Mendapat Anak Terang Dan Bersih Hati. Ibu Ayah Boleh Praktik 8 Cara Ini Seawal Usia 3 Tahun

  1. Belajar menghadap Kiblat

Semasa belajar eloklah menghadap kiblat. Setiap yang dilakukan akan mendapat keberkatan semasa belajar.

5.Sediakan pokok hidup

Letakkan pokok segar di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk mendapat oksigen kepada otak anak semasa belajar.

 

6.Tutup televisyen semasa mengulang kaji

IKLAN

Seluruh ahli keluarga perlu bersatu hati dalam mengelakkan budaya lepak di depan televisyen tatkala anak-anak sedang mengulang kaji.

7.Tempat yang kondusif untuk belajar

Seelok-eloknya, sediakan meja kerusi secukupnya. Bagi yang mempunyai ramai anak, bolehlah menggunakan saiz meja makan serta mempunyai pencahayaan yang baik.

IKLAN
Rahsia Mendapat Anak Terang Dan Bersih Hati. Ibu Ayah Boleh Praktik 8 Cara Ini Seawal Usia 3 Tahun
Ruang belajar yang mempunyai pencahayaan yang baik
  1. Jadual aktiviti

Bagi anak-anak yang masih kecil, sediakan jadual yang ringkas untuknye belajar. Tampal dihadapan pintu bilik. Tunjukkan aktiviti yang perlu dilakukannnya. Setiap aktiviti tidak perlu lama antara 10 hingga 30 minit untuk mengelak anak berasa bosan. Jadikan ia aktiviti yang menyeronokkan.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI