Kehebatan air tangan ibu bukan sekadar memasak makanan atau mengemas rumah tetapi hal menguruskan anak termasuk mandi dan memakaikan anak pakaian.

Bagi ibu yang tidak bekerja ia memang rutin harian. Berbeza dengan ibu yang bekerjaya. Memang penat setelah seharian di pejabat, balik rumah pula perlu menguruskan rumah tangga. Lebih lagi jika ada anak yang masih kecil.

Tetapi ibu kena ingat, pesanan nenek moyang dulu, ‘air tangan’ isteri atau ibu adalah pengikat kasih sayang suami dan anak-anak.’ Nyata, jika ibu sibuk mana pun kena cari masa untuk melakukan tugasan itu.

Justeru Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood telah menyentuh mengenai kehebatan air tangan ibu yang  merupakan rahsia yang akan membuat anak mendengar kata-kata anda dan mudah dibentuk.

Rahsia Mudah Anak Dengar Cakap & Berjaya, Rajinlah Suap Anak Makan

Air tangan ibu bukan memasak sahaja

Walaupun ibu itu seorang yang sibuk dengan kerjayanya, seharusnya kita menambat hati melalui air tangan ibu. Ini kerana, air tangan ibu ini adalah penuh dengan kasih sayang. Kita masak bermakna, kita sayang anak-anak dan suami walaupun kita penat.

Ads

Apa yang dikatakan kurang air tangan ibu pula kerana kemungkinan segala persiapan anak diuruskan oleh pembantu rumah atau bibik seperti makan minum, mandi atau pakai baju anak-anak. Berbeza dengan air tangan ibu yang memasak, air tangan ibu yang suap makanan dan minuman serta air tangan ibu yang memandikan anak.

Saya sendiri, semasa anak kecil, saya akan mandikan anak, basuh rambut dan syampu rambut anak-anak. Sambil itu, saya akan berdoa, “Ya Allah haramkan rambut anak ku ni daripada dibakar oleh api neraka. Moga anakku menutup aurat dengan sempurna. Saya sebegini sejak mereka bayi lagi.

Jika basuh tangan anak-anak, saya akan niat, “Ya Allah, bagilah tangan anakku ini melakukan perkara yang baik-baik saje, nanti diakhirat dapat ‘buku’ ditangan kanan. Basuh tangan kiri pula niat, “Janganlah bagi anakku dengan tangan kiri, janganlah bagi anakku mencuri, buat benda yang tak elok. Ketika mandikan anak, jangan lupa basuh kaki kanan dan kiri anak niatlah kaki ni tetap ke titian siratul mustaqim dan melangkah ke tempat-tempat baik.

Rahsia Mudah Anak Dengar Cakap & Berjaya, Rajinlah Suap Anak Makan

Ads

Ibu perlu luangkan masa untuk menguruskan keluarga

Ini semua adalah air tangan ibu. Bukannya memasak sahaja. Air tangan ibu termasuk kita mandikan anak, pakaikan baju, sikatkan rambut dan suapkan makan minum anak. Semua perkara-perkara Ini dilakukan dengan niat semta-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Malah kasih sayang antara anak dengan ibu semakin kuat apabila anak itu membesar. Anak akan ingat momen ini.

Apa yang Ustazah kongsi ini, Ustazah buat pada anak-anak, sekarang pada cucu pula.  Jadi air tangan ibu ini penting. Apapun kena dilakukan dengan perasaan tenang bukannya dalam keadaan marah. Jika kita memasak dalam keadaan marah, orang yang makan mungkin akan dalam keadaan beremosi.

Apa yang pasti, seorang ibu itu perlu meluangkan masa untuk memasak, menyuapkan makanan dan minuman, mandikan serta pakaian baju anak. Malah apa sahaja yang ibu lakukan perlu disertai dengan doa seperti  doakan keselamatan anak semasa memandikannya.

Semua yang dilakukan ini adalah air tangan ibu untuk memberikan kesejahteraan buat anak-anak. Kurangnya air tangan ibu, bermakna akan menjejaskan kasih anak kepada diri kita.

Ads

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Rahsia Mudah Anak Dengar Cakap & Berjaya, Rajinlah Suap Anak Makan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI