Resipi hari ini dikongsikan oleh Emy’s Bootiqs iaitu resipi Nasi Lemak dan sambal oleh arwah maknya. Tak dinafikan memang resipi orang dulu-dulu memang sedap, tahan lama pula tu. Ada tip yang yang dikongsikan untuk hasilkan nasi dan sambal yang tahan lama, sambal yang berkilat dan confirm sedap!
Rahsia Nasi Lemak Sedap Dan Tahan Lama Jamu Bersama Sambal Kick, Ini Resipinya
Bahan-bahan:
  1. Beras 4 pot kecil
  2. Santan kotak 1 kotak / santan asli
  3. Bawang besar hiris
  4. Halba tabur sikit (rahsia nasi tahan sampai keesokkan hari)
  5. Garam secubit
Cara Penyediaan Nasi Lemak
  • Beras basmathi cuci & rendam dengan air garam 30 minit ( kalau nak guna beras biasa pun same je sukatan air + santan )
  • Masukkan santan, halba, bawang besar hiris dan garam secubit dan masak seperti biasa.
Bahan-bahan sambal
  • Bawang Besar 1
  • Bawang putih 4 ulas
  • Bawang kecik 3
  • Udang kering secubit
  • (Blender semua)
  • Cili Kering / cili giling instant puteri
  • Daun pandan (untuk bau wangi masukkan je masa tengah tumis sambal)
  • Gula Melaka hiris
  • Asam keping / air asam jawo
Cara penyediaan Sambal:
  1. Tumiskan bahan blender sampai naik bau kemudian masukkan cili giling tumis sampai pecah minyak api kecik.
  2. Masukkan air asam / asam keping 1 & garam secubit, gula melaka dan boleh tambah air sikit sampai berkilat
Senangkan cara penyediaan yang dikongsikan oleh Emy’s Bootiqs ni. Paling penting caranya sangat senang diikut dan confirm menjadi, jom cuba! Semoga bermanfaat
Rahsia Nasi Lemak Sedap Dan Tahan Lama Jamu Bersama Sambal Kick, Ini Resipinya
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Kedit: Emy’s Bootiqs
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI