Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapa masyarakat Cina sering dilihat semakin kaya, malah golongan muda mereka sudah berjaya dan bergaya?

Kita sering mendengar ungkapan seperti, ‘Nanti anak saya pandai-pandailah cari harta sendiri, beli rumah sendiri.’ Namun, hakikatnya, ada segelintir kekayaan seseorang itu kerap kali diwarisi dari generasi ke generasi.

Sebagaimana pandangan seorang individ Adam Kelvin, berkata orang kaya tidak bermula dari kosong, mereka mewarisi harta dan aset yang memberi asas kukuh untuk memulakan perniagaan atau pelaburan, membolehkan kekayaan mereka terus berkembang.

Untuk makluman, Adam Kelvin ialah seorang mualaf berbangsa Cina yang berkongsi kisahnya memeluk agama Islam. Perjalanan hidupnya telah menarik perhatian ramai apabila beliau menceritakan cabaran, dugaan, dan proses yang membawa kepada keputusannya untuk memeluk Islam.

Seterusnya ikuti perkongsiannya

RAHSIA ORANG CINA BINA KEKAYAAN

Rahsia Terbesar Orang Cina Makin Kaya? Muda-Muda Dah Bergaya

Ads

Nak tahu tak rahsia terbesar orang Cina makin kaya? Muda-muda pun dah kaya lagi bergaya.

“Nanti pandai-pandailah anak saya cari harta. Pandai-pandailah dia beli rumah sendiri.”
Selalu kan kita dengar orang cakap macam ni?

Sebenarnya orang kaya menjadi semakin kaya adalah kerana warisan. Harta mereka diwarisi oleh anak cucu. Mereka tak mula from zero.

Mereka ada foundation yang kukuh untuk memulakan sesuatu bisnes.
Tip untuk jadi kaya bagi beginner. Yang orang cina buat untuk bina kekayaan:

Ads

1. Stay di rumah parents buat sementara waktu.
2. Duit yang kita save tu, beli je rumah satu untuk disewakan.

Rahsia Terbesar Orang Cina Makin Kaya? Muda-Muda Dah Bergaya
Gambar sekadar hiasan

3. Ada yang share duit dengan adik-beradik beli satu shoplot kecil dulu dan mulakan family business. Bukak kedai hardware ke, kedai stationery ke, kedai makan ke. Apa-apa sajalah bisnes family. Start small.
4. Apabila modal dah cukup besar, tak mustahil satu hari nanti akan buka pasar raya! Ini kisah benar ya.
5. Jangan jual hartanah selagi tak ada keperluan. Simpan saja sebagai long term investment.
6. Jangan berebut tanah sekangkang kera tu. Sebaliknya bermuafakat untuk kembangkan harta yang ada untuk gandakan hasilnya.

Rahsia Terbesar Orang Cina Makin Kaya? Muda-Muda Dah Bergaya
Kalau korang perasan, negara maju ni rakyatnya dapat kekayaan melalui pewarisan harta.
Even dalam Islam pun ada mentioned kan, sebaiknya kita jangan meninggalkan keluarga dalam keadaan meminta-minta.

Apabila tak ada harta ni, kalau jadi apa-apa kat kita, senanglah orang nak jaga anak kita. Tidak menyusahkan mereka kelak. Setiap orang dah cukup struggle untuk membesarkan anak di zaman yang mencabar ni.

Ads

Walaupun mungkin ada yang cakap, orang bela anak kita sebab nakkan harta kita. At least, kita dah buat yang terbaik supaya anak kita taklah struggle teruk apabila nak mulakan kehidupannya.

Tapi itulah pentingnya hibah. Sediakan payung sebelum hujan. Semuanya bermula daripada FINANCIAL LITERACY dan FINANCIAL PLANNING.

Kalau korang nampak saya struggle, betullah tu. Saya mula from zero sebab harta ayah saya takkan diwariskan buat saya kerana saya masuk Islam.

Itulah harga yang saya perlu bayar untuk dapatkan secebis hidayah. Setiap pengorbanan, ada harga yang perlu dibayar.

Antara sebab kenapa saya kawkaw buat tuisyen online kerana inilah. Saya sedar saya tak ada tempat lagi nak diharap. Kena usaha sendiri dan tawakal kepada Allah.
Dan still, ilmu yang saya peroleh daripada ayah saya dalam pengurusan kewangan, saya dapat apply.

Itu pun dah cukup bagus kerana ilmu yang ada tidak boleh diambil orang.
Untung mereka yang mempunyai “UNFAIR ADVANTAGE” ni. Gunakan peluang sepenuhnya dengan baik, insya-Allah, kuranglah satu beban dalam hidup ini.

Sumber: FB Adam Kelvin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI