Hiburan

Raja Azura Syukur Anak Sulung Genggam Diploma,”Doa Mama Selalu Untuk Anak-anak Mama”

Share

Raja Azura syukur anak sulung genggam diploma,”Doa mama selalu untuk anak-anak mama. Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku ini mampu membuktikan kemampuan diri dan mendidik anak-anak hingga berjaya. Tiada yang membahagiakan dan menjadi satu kepuasan buat seorang ibu apabila melihat anaknya berjaya.

Raja Azura Syukur Anak Sulung Genggam Diploma,”Doa Mama Selalu Untuk Anak-Anak Mama”

Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Raja Azura berkongsi momen istimewa anak sulungnya, Megat Muhammad Raziq mendapat diploma.

 

 

 

 

Raja Azura menghadiri istiadat konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 baru-baru ini menzahirkan rasa syukur dapat menyaksikan pencapaian anak sulungnya.

“Tahniah @memura.ara anak mama atas pencapaian diploma. Belajar pandai-pandai doa mama selalu untuk kejayaan anak-anak mama. I love you jajiqq.” – tulis Azura di ruangan kapsyen.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan Ajiq. Alhamdulillah hari ni anak sulung saya dah tamat tahun diploma dan melanjutkan pelajaran ke degree.

“Alhamdulillah syukur terima kasih anak mama selalu bagi hadiah dekat mama.

“Tahniah Megat Raziq, anak mama! Atas pencapaian diploma, belajar pandai-pandai, doa mama selalu untuk kejayaan anak-anak mama. I love you Ajiq.”

Sebagai ibu tentunya melihat kejayaan anak di menara gading membuatkan Raja Azura ibu yang paling bahagia. Meskipun lebih sedekad bergelar ibu tunggal namun pelakon dan penyampai radio ini mampu mendidik tiga orang anaknya menjadi insan yang berjaya.

Untuk info, selain Megat Raziq, dua lagi anak Raja Azura ialah Megat Luqman Haqim dan Puteri Mia Maizura.

Sumber: Instagram Raja Azura 1 Raja Azura 2

Baca artikel lain juga: Selepas Azura, Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Lelaki. Nak Namakan ‘Zek’ Sempena Watak Dalam Lakonan

Demi Isteri & Anak Dalam Kandungan, Fattah Amin Elak Bergaul Dengan Ramai Orang. Fazura Kongsi Foto Terkini Kehamilan

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Has