Pelakon, Raja Ilya yang kini sarat hamil anak kedua mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak berapa lama lagi.
Menerusi Instagramnya, pelakon yang kini menerap di Australia ini memuat naik video ketika mengumumkan jantina bayi anak keduanya itu bersama keluarga.
Apa yang menariknya pengumuman itu dilakukan oleh anak pertama Raja Ilya, Talita yang memotong sebiji kek.
“Pada hari lahir Talita yang ke-2, satu pengalaman yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
“Kami biarkan Talita dedahkan jantina bayi yang bakal jadi adik beradiknya tak lama lagi.
“Waktu itu, matanya bersinar dan kegembiraannya tak dibuat-buat. Satu pemandangan yang sangat berharga sampai buat kami menitiskan air mata,” luahnya sebak.
Ads
Tambah Raja Ilya lagi, dia dan keluarga amat teruja untuk menyambut bayi kedua dalam kehidupan mereka malah berterima kasih kepada suami yang selama ini sentiasa memberikan sokongan dan kasih saying tak berbelah bagi.
“Kami sangat gembira untuk menyambut seorang lagi malaikat kecil dalam keluarga kami, dan tak sabar untuk melihat ikatan indah yang akan terbentuk antara dua anak kami.
“Terima kasih, Trent, kerana menjadikan keluarga ini lengkap. Kasih sayang dan sokongan amat bermakna bagi kami. Sayang awak lebih daripada kata-kata,” luahnya lagi.
Terdahulu, pada Mei lalu, Raja Ilya mengumumkan bakal menimang cahaya mata keduanya bersama suami, Trent Garrett. Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Talita Love, 2 tahun.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Praeklampsia dan eklampsia ialah dua keadaan yang berbeza, doktor terangkan dengan lebih lanjut.
Perkongsian Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak ini boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu hamil yang mungkin berhadapan dengan masalah praeklampsia atau mengalami simptom-simptomnya.
Eclampsia dan praeklampsia adalah dua keadaan yang berbeza mahupun mereka berkait rapat antara satu sama lain. Sehinggakan dalam teaching pelajar perubatan dan doktor houseman berkali kali saya tekankan, semua orang mengandung yang dapat sawan atau dijumpai tak sedarkan diri adalah EKLAMPSIA sehinggalah dibuktikan bukan.
Bila sawan kita panggil EKLAMPSIA. Praeklampsia pula adalah amaran bahaya sebelum dapat sawan ketika hamil.
Praeklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan, dan ianya berlaku pada trimester kedua kehamilan lazimnya selepas 20 minggu kehamilan.
Praeklampsia berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang mendadak disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan kehadiran protein dalam air kencing.
Punca sebenar terjadinya pra-eklampsia masih lagi tidak diketahui.
Apa yang terjadi dalam praeklampsia ialah terdapat pengurangan aliran darah ke uri sekaligus membahayakan bayi dalam kandungan .
Tumbesaran bayi menjadi terbantut disebabkan kuantiti oksigen dan nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi.
Air mentuban juga akan menjadi kurang. Sekiranya tumbesaran bayi menjadi sangat terbantut, bayi boleh mati secara mengejut di dalam kandungan. Maka kehamilan dengan pra-eklampsia akan dipantau dari semasa ke semasa untuk mengesan bayi-bayi yang bakal mengalami komplikasi ini supaya tindakan segera dapat diambil untuk menyelamatkan bayi.
Mengapa perlu tahu mengenai praeklampsia?
Pra-eklampsia sangat biasa berlaku di kalangan wanita hamil.
Pra-eklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 kehamilan manakala eklampsia (sawan hamil) pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan pra-eklampsia akan mengalaminya.
Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bersalin, dalam tempoh berpantang (postpartum).
1 dalam 200 kehamilan (0.5%) akan mengalami pra-eklampsia yang serius ketika hamil. Gejala-gejala pra-eklampsia lazimnya ditunjukkan pada penghujung kehamilan, tetapi ada juga yang menujukkan gejala-gejala selepas bersalin.
Gejala-gejala praeklampsia yang serius adalah :
Gejala-gejala ini adalah tanda-tanda amaran bahaya, dan memerlukan perhatian pihak hospital dengan kadar yang segera. Dalam pra-eklampsia yang serius ini, organ-organ penting di dalam badan – fungsi hati dan buah pinggang mungkin akan terjejas, sekaligus menjejaskan proses pembekuan darah yang normal di dalam badan.
Praeklampsia serius ini jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia dimana sawan boleh terjadi. Walaupun ianya jarang terjadi 1 dalam 4000 kehamilan, eklampsia memberikan komplikasi dan impak yang serius kepada ibu dan bayi, dan boleh membawa maut
Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan sulung anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang terdahulu.
Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:
Berbincang dengan doktor anda, tentang faktor-faktor yang anda ada. Setelah penilaian doktor, anda akan dinasihatkan memakan ubat aspirin 75mg sehari sekali dari pada awal kehamilan (12 minggu) sehingga bersalin untuk mengurangkan risiko anda mengalami pra-eklampsia. Suplemen kalsium juga akan turut dimulakan.
Tiada cara yang pasti 100 % untuk mencegah terjadinya praeklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi tidak dalam bahaya ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal pra-eklampsia.
Bagaimana saya dirawat, sekiranya saya mengalami praeklampsia?
Jika tekanan darah naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke uri. Anda mungkin diminta pergi ke klinik kesihatan setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda.
Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi. Kadar tumbesaran bayi akan diperiksa. CTG (cardiotocography) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum.
Tujuannya ialah untuk memanjangkan tempoh kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang kepada bayi supaya tidak dilahirkan secara pramatang. Ubat untuk mengawal tekanan darah juga turut akan diberikan.
Anda juga akan diberikan suntikan ubat magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai pra-eklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh.
Anda akan dirawat di wad rawatan rapi untuk ibu mengandung. Doktor juga akan menilai sama anda anda perlu diberikan ubat untuk mematangkan peparu bayi, sekiranya perlu dilahirkan lebih awal.
Sekiranya tekanan darah anda sukar dikawal dengan ubat-ubatan, akan dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.
Pra-eklampsia hanya akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih lagi berisiko sehingga empat minggu selepas bersalin, terutamanya jika pra-eklampsia anda itu serius atau dikenalpasti apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih. Anda mungkin perlu meneruskan ubat untuk mengawal tekanan darah walaupun sudah bersalin.
Jika bayi dilahirkan kecil dan pramatang, bayi akan dipantau di unit rawatan rapi bayi sehingga bayi benar-benar sihat dan selamat untuk pulang. Tiada masalah untuk meneruskan penyusuan susu ibu
Segera dapatkan rawatan jika ada gejala-gejala pre eclampsia. Jangan tunggu.
Anzalna memberitahu yang dia tidak mahu memberikan review kepada produk yang tidak digunakannya. Tidak mahu menipu orang lain walau pun ditawarkan bayaran.
Anzalna Nasir yang kini sedang hamil anak pertama memberitahu tentang hal ini menerusi instagram beliau. Selorohnya, duit dia mahu tapi menipu tidak mahu! Bagaimana pun Anzalna berterima kasih di atas tawaran itu.
anzalnanasir88 Reaction bila orang suruh review product hamil yang kita tak guna. Duit mau, menipu tidak mau! Hahhahahahahhaha Thanks for the offer! ? #BuatApaTipuBoskurrrrrrrrr
Para peminat menghargai dan menyambut baik keputusan jujur Anzalna untuk tidak memberikan review kepada produk yang tidak digunakannya. Malah ada juga yang memuji berserinya wajah ibu hamil ini, nampak glowing!
Tiada apa yang diharapkan selain kesihatan ibu mengandung dan bayi dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan baik. Setiap ibu hamil dinasihatkan untuk sentiasa menjaga diri supaya dirinya cukup kuat sepanjang fasa kehamilan selama sembilan bulan.
Semalam melalui perkongsian di laman Instagramnya, Datuk Seri Aliff Syukri telah berkongsi sebuah video dia dan isteri berada di hospital. Menurut usahawan tersebut, isterinya Datin Sri Nur Shahida telah mengalami pendarahan yang teruk.
“Tengah sibuk-sibuk buat live, tiba-tiba isteri saya menjerit sakit.. Dan mengalami pendarahan yang banyak..”
Katanya lari, ketika kejadian itu berlaku, dia cemas dan berlari umpama tak ‘cukup tanah’. Tiada lain yang difikirkan ketika itu melainkan kesihatan isteri dan anak di dalam kandungan.
“Awak saya sedih.. Doakan semuanya selamat.. Masa ni semua jadi kelam kabut.. Sepanjang perjalanan wife saya mengalami pendarahan teruk. Alhamdulillah Doktor dah scan kata baby masih okay, denyutan jantung pun ok.”
Untuk kebaikan ibu dan bayi, Datin Shahida dinasihatkan untuk bed rest selama 3-5 bulan sehingga urinya baik semula.
Melalui perkongsian ini juga, dia sempat memohon doa orang ramai buat kesihatan isteri dan bayi mereka serta meminta pendapat sekiranya ada follower yang pernah melalui situasi yang sama.
Sama-sama kita doakan agar kesihatan Datin Shahida bertambah baik dan segala urusan kehamilannya dipermudahkan sehingga bersalin nanti.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).