Keibubapaan

Raja Ilya Dipuji Ajar Anak Bertutur Bahasa Melayu, Sudah Ada Geng Berborak!

Share

Gelagat anak sulung Raja Ilya, si comel Talita Love yang bertutur dalam bahasa Melayu mencuri perhatian ramai.

Mana tidaknya, video Talita yang dikongsikan menerusi hantaran di TikTok itu memang comel. Biar pun pelat namun Talita berusaha untuk bercakap dalam Bahasa Melayu.

Kesungguhan Raja Ilya mengajar anaknya menggunakan bahasa ibunda itu dipuji ramai. Tambah Raja Ilya lagi, dia kini mempunyai teman untuk berborak dalam bahasa Melayu.

“Alhamdulillah, lepas ini ada geng sembang bahasa Melayu. Kalau harapkan Trent (suami), sampai sekarang dia tak faham,” tulisnya berseloroh.

Tambah Raja Ilya lagi, dia yang kini sedang sarat hamil anak kedua turut berkongsi kisah dirinya yang gemar makan ikan bilis ketika mengandungkan Talita.

“Talita juga menggemari makan ikan bilis goreng yang cukup sinonim dengan tekak masyarakat Melayu.

“Tekak orang Malaysia la katakan. Masa mengandung Talita memang saya suka sangat makanan Malaysia, lagi-lagi ikan bilis goreng makan dengan kari. Sup, nasi goreng, sayur semua pakai ikan bilis.

“Sekarang Talita pulak sangat gemar dengan ikan bilis goreng. Pandai anak saya makan,” tulisnya.

Beberapa video yang dikongsikan Raja Ilya juga turut memperlihatkan anak comel itu mengira dalam Bahasa Melayu. Memang comel!

Untuk rekod, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garrent pada 2018 di Perth, Australia. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung perempuan, Talita Love pada Julai 2022 dan kini sedang sarat hamil anak kedua.

Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!

MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil

Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!

Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.

Ada pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang, jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang di sini 👇🏼
https://kliik.je/product-details/111?title=baby-merangkak-race

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

IKLAN