Tahun ini Raja Ilya meraikan hari raya bersama keluarga di Malaysia. Kerinduan untuk kembali bertemu keluarga akhirnya terubat juga. Paling seronok pulang ke kampung tentulah anak kesayangan Raja Ilya, Talita. Gelagatnya mencuri perhatian ramai.
Raja Ilya sempat berkongsi foto bersama keluarga pada 1 Syawal lalu dengan mengenakan persalinan kebaya pendek, sedondon dengan Talita manakala suaminya pula berbaju melayu siap bersamping.
Pelakon, Ozlynn Wati dan lima anaknya berdepan detik mencemaskan bila mana mendengar letupan kebakaran kereta dari rumah jiran mereka.
Prihatin dengan situasi yang tidak disangka itu, Ozlynn bertindak membawa kesemua anaknya untuk mencari pertolongan berdekatan.
Menerusi Instagramnya, Ozlynn berkongsi cerita detik mencemaskan itu malah turut memuat naik sekeping gambar ketika kebakaran itu.
Menurut kata Ozlynn, apa yang berlaku di kawasan kejirannannya itu banyak mengajar dirinya untuk mempersiapkan segala kemungkinan. Paling penting jangan lupa berdoa pada yang Esa.
“Pengajaran buat aku hari ni, jiran selang 4 buah rumah terbakar. PANIC! Dengar letupan kecil beberapa kali, buat aku keluar rumah dan tengok asap dan api yang menutupi kereta yang terbakar dalam perkarangan rumah.
“Tinggal aku dengan anak-anak kecil dan anak-anak buah kat umah. Aku terfikir nak dapatkan fire extinguisher! Ingat ofis aku dan teringat petrol pam berdekatan!
“Kalau dia suruh bayar pun time tu memang aku sanggup. Aku tutup box suis utama rumah, panggil semua budak-budak masuk kereta. Takkan nak tinggalkan pulak kan,” katanya berkongsi detik cemas.
Pun begitu kata Ozlynn, dia terharu melihat kesepakatan penduduk di kejiranannya yang gigih membantu tidak kira kaum.
Namun apa yang membuatkan Ozlynn dan anak-anak begitu terharu bila mana mendengar pesanan suami yang meminta dia dan anak-anak berdoa bagi membantu jiran mereka.
“Baru nak gerak nampak pekerja asing building TRC BERLARI bawak fire extinguisher. Jejiran tak kira melayu cina india, bukan warga negara semua masuk cuba tolong padamkan api tanpa fikir keselamatan diri.
“Polis pun berlari masuk cuba padamkan api, masa ni aku nangis call suami cakap tak sempat nak bantu apa. Suami cakap mama masih boleh tolong, cuma mama istighfar dulu. Lepas istighfar terus suami cakap, anak-anak semua dalam kereta ke dengan u.. aku jawap ya!
“Semua dengan aku, terus suami aku cakap pesan kat anak-anak kita dan anak-anak buah, doakan. Masih belum terlambat untuk you bantu sayang. Minta anak-anak doakan keselamatan semua.
“Allahu, tak terfikir dek akal sebab terlalu panic, sekarang keadaan dah reda, Alhamdulillah tiada kecederaan, cuma terfikir pentingnya bergaul dengan orang berilmu. Ilmu perlu dituntut.
“Terima kasih suami, selain menenangkan sempat bagi peringatan. Doa juga penting. Suami masih lagi teman abang Sodiq di hospital dan bawak dia training badminton terus.
“So sebagai hadiah buat suami yang sentiasa tenang dan rajin kongsi ilmu. Semoga Allah meredhai segala nya buatmu suamiku dan i masakan lauk favourite u, sambal ayam ❤️.
Buat jiranku, moga tabah dengan ujian Allah. Semoga digantikan dengan yang lebih baik.. aamiin,” tulisnya lagi.
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Limpahan kasih sayang yang diberikan oleh seorang datuk buat cucunya pasti tiada tolok bandingnya dan kita semua dapat rasakan kasih sayang tersebut cukup istimewa. Apatah lagi dengan insiden apabila seorang datuk dan cucu yang ditakdirkan sehidup semati bersama, mengundang sebak dan kesan di hati wargamaya.
Azmi Abdullah, 77, dan Muhammad Ziyaad Mikhail, tujuh bulan ditemui lemas dalam sebuah kolam lama berdekatan restoran ikan bakar di Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah. Lebih memilukan, anak kecil berkenaan adalah zuriat yang dinanti-nantikan oleh ibu bapanya, Zarina Azmi, 34, dan suami, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 35.
“Sembilan tahun saya tunggu kelahirannya, namun dia ‘pergi’ dahulu,” luah Zarina sebak.
Berkongsi lanjut berkenaan kejadian pilu tersebut sebagaimana memetik berita di Sinarplus, Zarina merasakan ianya ujian yang cukup besar bagi dirinya apabila kehilangan dua insan tersayang sekelip mata. Pun begitu, Zarina pasrah dengan ketentuan Allah yang meminjamkan cahaya mata kesayangan, Muhammad Ziyaad Mikhail seketika biarpun telah sembilan tahun menanti kehadiran cahaya mata.
Menurut Zarina, sepanjang hari Isnin, si kecil itu memeluknya sahaja seolah-olah tidak puas bermanja sebelum bapa tiba di kedai makan tempatnya bekerja untuk mengambil bayi itu kira-kira jam 5 petang.
Namun, tak lama kemudian ibu berkenaan dikejutkan dengan berita datuk dan cucu itu ditemukan lemas di kolam berhampiran.
Datuk Yang Penyayang
Difahamkan Azmi adalah seorang datuk yang penyayang dan merupakan pesara kerajaan yang dahulunya bekerja sebagai tukang kebun.
Menurut adiknya, Yusof Abdullah, 61, berkata warga emas itu sudah lama bersara dan menghabiskan masa di rumah selain bermain dengan cucu dan menjadi rutin membawa cucunya itu meronda waktu petang dengan menaiki motosikal.
Menurut Yusof, abangnya mempunyai lima orang anak dan 10 cucu. Muhammad Ziyaad Mikhail dan ibu bapa tinggal serumah dengan Azmi.
Dakwanya, kemungkinan Azmi yang ternampak cucunya jatuh terus berlari ke arah kolam dan cuba menyelamatkan, namun turut lemas.
“Kalau tengok keadaan kolam itu, airnya tak dalam mana pun tapi mungkin disebabkan licin akibat lumut, arwah tidak berdaya nak selamatkan diri.
“Apapun yang berlaku, semuanya sudah suratan takdir dan kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Jenazah kedua-dua beranak itu kemudian dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal selepas selesai urusan bedah siasat untuk proses pengebumian.
Berikut adalah kronologi tragedi yang menimpa datuk dan cucu berkenaan:
1-Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa berusia 77 tahun bersama cucunya dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal ketika kejadian.
2- polis menerima maklumat pada jam 7.20 petang menerusi panggilan MERS 999 yang memaklumkan terdapat dua mangsa dilihat terapung dalam kolam terbabit.
3- Timbalan Ketua Polis Balai Tikam Batu bersama lima anggota tiba di tempat kejadian pada 7.28 petang dan mendapati mangsa terapung dalam kolam yang ditinggalkan sedalam satu meter. Mangsa bagaimanapun telah dikeluarkan dengan bantuan orang awam.
4- Saksi yang merupakan pekerja restoran ikan bakar menyatakan ternampak orang ramai berkumpul di kawasan kolam lama tersebut dan apabila menghampiri mendapati ada dua mangsa lemas seterusnya membuat panggilan kecemasan.
5-Temu bual bersama bapa bayi berkenaan, Muhammad Yuzarith Martin berkata si kecil itu selalu dibawa datuknya berjalan-jalan setiap petang selepas diambil daripada ibunya yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Kempas.
6- Sehingga jam 7 petang, dia mendapati kedua-duanya belum pulang menyebabkannya membuat carian di sekitar kawasan sebelum ternampak orang ramai berkumpul dekat kolam. Apabila sampai, didapati kedua-duanya sudah terapung.
7- Pemeriksaan ke atas mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah
Lapan pasangan kembar buat cikgu selalu keliru gara-gara semua belajar satu sekolah. Sebuah Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India telah menarik perhatian orang ramai selepas tular kisah lapan pasangan kembar belajar di sekolah tersebut.
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru. Kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar yang tidak membuat kerja sekolah.
Guru Besar, H Lalventluanga berkata, kemasukan lapan pasangan kembar itu sekali gus memecah rekod sekolah itu, yang sebelum ini pernah merekodkan pendaftaran empat pasangan kembar.
Lapan pasangan kembar bergambar dengan guru di Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India. Foto Agensi
“Kebetulan semua kanak-kanak kembar ini dimasukkan ke sekolah ini bersama-sama.
“Kami gembira apabila mengetahuinya ketika perbincangan dengan kakitangan bahawa kami mempunyai lapan pasangan kembar dalam satu sekolah,” katanya sambil menambah mereka mempunyai empat pasangan kembar pada tahun lepas.
Menariknya, Lalventluanga juga mempunyai anak kembar tidak seiras di sekolah sama di mana anak lelakinya bernama Remruatdika dan yang perempuan, Lalzarzovi, akan berusia lima tahun pada 21 Julai depan.
Situasi sama turut berlaku di Sekolah Arena di Udaipur, Rajasthan di mana 14 pasangan kembar belajar di sekolah sama. –