Beruntunglah si isteri kalau suami ringan tulang bantu buat kerja rumah. Rasa bahagia dan sangat menghargai suami kan? Rupa-rupanya suami yang suka melakukan kerja rumah mempunyai EQ yang tinggi. Dia juga lebih bahagia berbanding suami yang hanya ‘tengok’ saja isteri buat kerja rumah!
EQ adalah Emotional Quotient. Ia mengukur tahap kecerdasan emosi dan keupayaan seseorang untuk guna emosi serta kemahiran kognitif dalam kehidupan.
Seorang doktor dari Taiwan, Dr Huang Wei Li, suami yang melakukan kerja rumah akan dapat merasai tiga kelebihan iaitu EQ yang tinggi, badan cergas dan lebih aktif serta gaya hidup yang sihat.
Artikel Menarik: [Isteri Kerja, Ada Duit Suami Tetap Kena Bagi Nafkah. Kecuali Isteri Reda Kongsi Rezeki]
Seorang suami yang sudah biasa membantu isterinya melakukan kerja rumah dilihat lebih efisyen ketika menyiapkan sesuatu tugasan. Apabila dia pulang dari tempat kerja dan terus bantu isteri buat kerja rumah, itulah bukti suami bijak membahagikan masa untuk menyiapkan satu-satu kerja rumah.
Suami yang bertimbang rasa tidak kisah untuk membuat kerja rumah bersama-sama dengan isteri, juga biasanya lebih bijak dan arif untuk menangani tekanan dan lebih relaks. Lebih baik lagi, lelaki begini tidak menggunakan emosi ketika menghadapi sebarang tekanan.
Isteri akan merasa bahagia dan dihargai oleh suami begini bukan sahaja kerana kesanggupan mereka membantu dalam menyiapkan kerja rumah. Lebih dari itu, suami begini biasanya lebih empati terhadap pasangan dan keluarganya dan ini membuatkan hubungan pasangan ini bertahan untuk jangka masa panjang. Perkara ini menjadikan hubungan sesebuah pasangan itu lebih bahagia dan BERKEKALAN.
Artikel Menarik: [Suami Isteri Bergaduh Depan Anak, Lepas Geram Sana Sini. Besar Nanti, Dia Jadi Kaki Buli]
Dr Huang turut berkata lelaki yang sukakan kerja rumah mempunyai gaya hidup yang sihat kerana mereka lebih banyak meluangkan masa di rumah berbanding di luar. Dr Huang turut memberitahu bahawa kerja rumah seperti mencuci baju, mengemop lantai, membasuh pinggan semuanya bagus dan umpama senaman terutamanya jika dilakukan selepas makan malam.
Selepas seseorang lelaki itu duduk bekerja di pejabat, adalah lebih baik jika melakukan kerja rumah dan bergerak aktif bagi mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Berikutan sekarang kebanyakan orang tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti kecergasan, salah satu alternatif terbaik adalah dengan melakukan kerjarumah untuk kekal aktif.
Artikel Menarik: [Lakukan Perkara Ini Sementara Masih Berdua, Bila Dah Ada Baby Tinggal Mimpi Jelah]
Jadi rasanya kalau suami banyak bantu isteri ni mesti lebih cergas dan wajahnya pun nampak awet muda. Yalah, kalau buat kerja rumah bukan sedikit peluh yang keluar. Isteri pula tidak membebel, makin sayang. Selain itu, aktif melakukan kerja rumah akan membuatkan hidup seorang lelaki lebih sihat dan dapat mengelakkan serangan penyakit berbahaya.
Sudah tentulah suami merasa bahagia apabila isteri melayannya dengan baik. Paling penting, hidup berumah tangga ni perlulah saling bekerjasama untuk kekal harmoni selamanya.
#kempensihatpama
Sumber: Media-Tular