Anak-anak cukup happy bila ibu ayah hargai mereka. Penghargaan ni boleh datang dalam pelbagai bentuk dan salah satunya pujian. Sedangkan kita yang dewasa juga sukakan pujian, apa lagi anak-anak kan?
Bila ibu ayah memuji anak, ia sebenarnya akan meningkatkan keyakinan mereka. Perkembangan emosi sentiasa positif dan anak-anak akan menjadi individu yang berani dan bersikap terbuka.
Artikel Menarik: [Lepas Marah Suruh Anak Tidur. Buat Dia Sedih & ‘Berjauh’ Hati]
Melalui penulisan dari Dr. Rozanizam Zakaria, pujian kepada anak ibarat baja Perlu diberi secukupnya, tak perlu lebih dan juga tak perlu kurang. Doktor ini juga menjelaskan terdapat dua jenis pujian.
Ikuti penerangan lanjut dari Dr. Rozanizam ini;
Puji Anak.
Puji ni macam baja. Kena bagi pada kadarnya, ikut caranya, terlebih tak elok, terkurang pun tak baik.
Ada dua cara memuji:
1. Puji hasil – Fokus pada outcome. Highlight pada pelaku.
Contoh: “Cantiknya lukisan adik!” atau “Bagusnya kakak dapat no 1!”
2. Puji proses – Puji usaha, idea, kesungguhan, keazaman, cubaan. Highlightnya adalah perbuatan dan usaha.
Contohnya – “Bagus idea kakak nak belajar guna water colour!” atau “Ibu suka abang berkongsi dengan adik” atau “Babah happy tengok abang berusaha nak bertanya untuk belajar”.
Artikel Menarik: [Muka Syok! Menangis Sampai Yang Lain Bangun, Lepas Tu ‘Relax’ Sambung Tidur!]
Nak didik anak jadi resilient, strong-minded, ada self-esteem yang sihat, kena banyakkan puji yang ke-2. Puji yang pertama akan groom anak jadi perfectionist, sukar terima kegagalan dan akan elak cuba benda yang lebih sukar dalam hidup. Cuba kita tadabbur cara Allah memuji Nabi dalam surah At Taubah ayat 128 ini.
“Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman.”
Begitulah satu-satu Allah sebut usaha dan perbuatan Nabi bagi mengangkat pujian kehebatan baginda.
Bagusnya jika mulut ibu ayah ‘ringan’ dengan pujian. Anak-anak akan jadi gembira dan terasa diri mereka disayangi. Tak perlu keluar modal pun untuk melahirkan pujian kepada anak-anak, hanya perlu acknowledge setiap kelebihan yang ada atau kebaikan yang mereka lakukan. Ayuh, puji anak-anak sekarang!
Ajar anak menyimpan sejak kecil. Nak tahu caranya, klik SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)