Bagi yang mengikuti akaun Tik Tok pelakon, Nabila Huda pasti sentiasa melihat pelbagai menu disajikan setiap hari.
Hari demi hari, menu bekal ke sekolah yang disediakan Nabila buat anaknya ke sekolah ternyata semakin menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, rata-rata netizen terkejut melihat makanan yang disediakan aktres itu disusun cantik malah dimasak dengan cukup baik, lengkap dengan buah dan menu sampingan lain. Tidak hairanlah dipuji ramai.
Walaupun hanya menu berlauk ayam goreng, namun ia dilengkapkan dengan sayur dan buah dan tersusun cantik dan sempurna. Tidak terkecuali menu daging wagyu yang turut disediakan Nabila buat anaknya ke sekolah.
Menurut Nabila, dia dan keluarga hanya hidup bersederhana, namun apabila melibatkan soal makanan dia akui sedikit mewah.
Ads
“Bila melibatkan masakan dan makanan memang saya tidak kisah untuk bermewah sedikit tentang makanan.
“Saya suka makan benda yang berkualiti dan sedap. Apa yang penting adalah mengikut kemampuan masing-masing.
“Anak saya tidak kisah, dia akan makan apa yang saya makan,” luahnya bercerita.
Ads
Rata-rata pengikut Nabila di Tik Tok dan Instagramnya turut memuji air tangan aktress itu tidak ketinggalan juga yang memuji kerajinan Nabila memasak setiap pagi untuk anaknya ke sekolah. Memang ibu yang rajin dan terbaik!
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Sambal ikan bilis segera yang dijual di kedai sememangnya jadi pilihan kita sebagai penambah rasa dalam sajian kita. Ia sentiasa jadi pilihan kerana ikan bilis kekal rangup malah rasanya cukup sedap.
Nak tahu apa rahsia kerangupan sambal bilis itu? Selalu kita tertanya-tanya. Rupanya inilah rahsianya yang dikongsikan oleh Noriza Jaja. Tiada penambahan air dalam sambalnya. Patutlah kekal rangup. Jom cuba!
Akak nak share resepi SAMBAL BILIS RANGUP yang orang duk jual tu. Akak dah buat memang rangupp berhari-hari tau. Makan dengan apa saja pun sedap. Yang pasti memang takde guna air dalam sambal ni sebab tu sambal ni rangup.
SAMBAL BILIS RANGUP
Ikan bilis -dibasuh dan di toskan hingga kering.
Bawang kecil -dihiris halus(basuh bawang dulu pastu baru hiris tau)
Bawang putih -pun dihiris.
Cili kering -di basuh dan keringkan
Asam keping, garam dan gula
Tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum @ Tepung Tempura Bestari
Gaul ikan bilis dengan ketiga-tiga tepung tadi. Akak lebihkan tepung beras dari tepung yang lain. Sukatan agak-agak je InshaAllah tetap garing bila betul cara goreng nye.
Gaulkan juga bawang kecil, bawang putih tadi dengan tepung-tepung tadi.
Panaskan api sederhana besar dan goreng bawang kecil dan bawang putih dulu berasingan. Kena kawal api ye kalau tak hangus nanti. Agak-agak dah golden brown boleh angkat dan toskan.
Pastu gorengkan ikan bilis hingga garing toskan.
Cili kering tadi digoreng dalam 2-3 minit atau agak-agak garing tapi jangan sampai hangus nanti pahit. Kemudian kisar cili kering TANPA AIR ye.
Dalam kuali dengan sedikit minyak tumis cili kering tadi kemudian masukkan garam dan gula dan juga asam keping. Gula lebihkan sikit ye. Kacau sampai gula dan garam larut.
Kemudian tutup api dan sejukkan sambal. Bila dah sejuk baru masukkan bahan-bahan goreng tadi dan kacau rata.
Siap untuk dinikmati.
Edit post: Jika terbanyak minyak masa menggoreng takpe..korang just kaut sambal bilis yang dah di gaul dengan semua bahan-bahan tadi dan toskan dengan penapis. Kemudian lapik dengan tisu dapur dalam bekas kedap udara dan tuang sambal bilis tadi.
Tugas mama makin mencabar bila mana anak dah mula tolak makan nasi. Mama mulalah pening mencari idea untuk menggantikan nasi. Terpaksalah mama gantikan dengan aneka pasta atau roti sahaja. Bebola Kentang dengan nasi dan daging ni mama boleh cuba. Mudah-mudahan anak makan dengan berselera sekali. Siap minta tambah!
Resipi yang dikongsikan oleh Nurul Fatehah Abdul Ghafar ni nampak sedap. Paling penting penuh dengan khasiat untuk anak dengan berselera. Jom cuba.
Ada tak mak-mak kat sini buntu nak sediakan makanan untuk anak yang susah nak makan nasi.
Harap resepi dibawah dapat membantu. Bukan je sedap tetapi berkhasiat kerana menggunakan bahan-bahan segar & tanpa bahan pengawet. In shaa Allah anak-anak akan suka dengan rasenya.
Resipi Bebola kentang Nasi & Daging Cheese
Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi putih
2 biji kentang ( rebus & lenyek)
Sedikit lada sulah -jika suka
Sedikit serbuk black pepper -kalau anak tak tahan pedas tak perlu
Garam secukup rasa
Lobak merah -( sagat halus)
Daun sup ( cincang halus)
Daging ( cincang halus @ kisar)boleh ganti ayam @ bahan lain
Butter ( untuk menumis)
Sedikit sos tiram
Bawang merah( dadu halus)
Kuning Telur sebiji ( pengikat)
Telur sebiji dipukul ( untuk celup)
Serbuk roti
Mozarella cheese
Minyak untuk menggoreng
1.Cairkan butter. Tumis bawang merah dan masukkan daging, sos tiram & kacau sampai masak.
2. Masukkan daun sup dan carrot. Ketepikan dan sejukkan sekejap.
3. Campurkan kentang lenyek bersama nasi. Masukkan daging tumis tadi,lada sulah, serbuk lada hitam,garam dan telur kuning. Kacau rata.
4. Ambil sedikit adunan dan buat bebola ikut saiz yang diingini. Lubangkan sedikit, masukkan mozarella cheese dan tutupkan semula. Susun atas tray dan ulang buat sampai adunan habis.
5. Golekkan bebola dalam telur yang dipukul. Selepas itu golekkan dengan serbuk roti. Susun atas tray & bekukan sebentar sebelum masak.
5.Goreng dalam minyak panas. Sedia untuk dihidang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Nurul Fatehah Abdul Ghafar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tercari-cari resipi kek terbaik untuk hari raya nanti? Cuba ubah kelainan dengan Kek Ogura Unikorn yang pastinya buat anak-anak teruja hendak makan. Menariknya kek yang satu ini bukan hanya cantik malah diperbuat daripada bahan-bahan istimewa antaranya penambahan santan yang membuatkan kek lebih lembut dan berlemak rasanya.
Resipi ringkas tetapi sedap yang dihasilkan oleh Noriza Jaja ini mama wajib cuba. Barulah anak-anak teruja di pagi raya. Senang, mudah dan sedap! Jom cuba.
Siapa suka unikorn? Ramai kan. Hari ni akak buat kek ogura bertemakan unikorn. First time buat tak berapa kemas dan cantik tapi akak share juga la ye.
KEK OGURA UNIKORN
BAHAN A:
5 kuning telur gred A
1 biji telur gred A
1/4 sudu garam halus
70 gram minyak jagung
95 gram santan pekat kotak
70 gram tepung kek (diayak)
BAHAN B:
5 putih telur
70 gram gula kastor
1/4 sudu jus lemon @cuka masakan
Pukul ringan telur kuning dan sebiji telur. Masuk minyak jagung, santan dan garam. Pukul sebati.
Masukkan tepung dan kacau. Kemudian tapiskan adunan. Ketepikan.
Pukul putih telur hingga berbuih dan masuk jus lemon dan gula kastor sikit-sikit hingga habis. Pukul hinggga jadi soft peak (kembang gebu bertanduk).
Masuk adunan meringue putih telur sikit-sikit ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan whisk hingga adunan jadi sebati.
Bahagi adunan kepada 4 bahagian dan masuk warna unikorn iaitu biru turquoise, kuning lemon, pink dan ungu.
Lapik loyang 7″@8″ dengan baking paper. Tak perlu lenser dengan butter.
Letak setiap adunan warna secara rawak bertindan-tindan hingga habis. Hentak loyang unttk keluarkan buih udara.
Bakar guna kaedah waterbath suhu 160°c selama 1 jam atau hingga masak ikut oven masing-masing ye. Keluarkan loyang waterbath dan bakar lagi kek dalam 10 minit untuk keringkan bawah dan tepi kek.
Lepas kek masak stay dalam oven sekejap. Renggangkn pintu oven skit lepas tu keluarkan dari oven dan keluarkan kek. Tunggu sejuk dan potong.
Selamat mencuba.
Resipi wajib cuba: Resipi Tat Cadburry Kulit Rapuh Inti Coklat Tak Cukup Makan Sebiji Dua!
Cuba Biskut Raya Unicorn Pula
Tak cukup dengan kek raya, apa kata kita buatkan anak yang cukup gemar dengan siri kartun My Little Pony ini dengan biskut unicorn pula. Barulah meriah dan gembira di pagi raya. Jom cuba resipi biskut ni pula.
Tak Payah Pakai Mixer, Kacau Dengan Senduk Pun Jadi, Comelnya Samperit Cheese Unicorn Ni!
Jika dulu ibu menunggu waktu hujung minggu untuk menyiapkan kek dan biskut untuk anak, kini tidak lagi. Tempoh PKP yang panjang ini membolehkan ibu mencuba segala jenis resipi yang sebelum ini tersimpan kemas.
Tak perlu tunggu menjelang raya, biskut samperit comel ini boleh mama cuba sepanjang tempoh PKP ini dengan tenang. Anak-anak boleh jadi pembantu setia. Jom cuba resipi comel yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Zulayka ini.
Salam semua, terima kasih semua yang kata samperit ibu comei. Sebagai tanda terima kasih hari ni ibu share lagi sekali resepi berserta cara buat samperit ni ye.
Ni bahan-bahannya…
400gm tepung jagung (sepeket)
1 ketul butter
50gm Cream cheese
4 sudu besar tepung custard
1/2 tin susu pekat
1 tutup esen vanilla
Choc chip
Ni kejadian lepas letak butter, cream cheese, esen vanilla dan susu. Tak payah pakai mixer, kacau je dengan senduk. Kacau manja-manja je. JANGAN KACAU SAMPAI KEMBANG.
Dah agak-agak sebati, masukkan tepung custard. Banyak macam tu tau, 4 sudu makan.
Dah jadi doh yang lembut, licin dan tak lekat kat tangan macam kat gambar tu. Bahagikan 3 bahagian, 2 kecil dan 1 besar.
1 bahagian kecil letak warna biru atau warna apa-apa yang korang suka. 1 bahagian lagi letak warna merah atau warna apa-apa yang korang suka juga.
Lepas tu korang cubit-cubit doh tu dan uli macam kat atas tu. Ibu syorkan korang gunakan warna-warna lembut dan kurangkan penggunaan warna untuk hasilkan biskut yang cantik.
Lepas tu satukan doh yang korang cubit tadi tu then uli dia jadi macam dalam gambar tu. Dah tu, korang ambil sikit.
Letak dalam acuan macam kat atas tu, lepas tu tekan la. Jangan letak penuh acuaan, buat sikit-sikit dulu. Masa ni korangg terap siap-siap adunan samperit ni sampai siap sebab masa ni adunan sangat senang & mudah cantik untuk di terap. Ni ibu pakai acuan tembaga bunga pecah 12.
Sementara korang nak letak choc chip atas dia, panaskan oven 10 minit. Dah siap semua, bakar suhu 170°c selama 40 minit atau sampai masak, ikut oven masing-masing. Api atas bawah ye.
Tip: Nak tau dia atau belum, korang tolak sikit dia meluncur laju. Kalau agak-agak kesat tu, belum masak lagi lah tu.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!