Biasanya ibu-ibu pasti suka beli bawang dalam kuantiti yang agak banyak juga kan? Yelah takkan nak asyik berulang ke kedai beli setiap minggu. Lagi pun bagi ibu yang bekerja mereka lebih senang buat stok bawang kerana kalau nak guna bila-bila masa senang.
Cuma yang menjadi kekangannya, bila beli dalam kuantiti yang banyak pula, bawang cepat busuk kerana diletakkan dalam satu bekas tanpa pengudaraan yang baik.
Jadi bagi ibu yang nak selesaikan masalah ni, boleh cuba buat tempat simpan bawang jimat bajet. Bahan-bahan nak buat tu boleh beli di kedai plastik atau kedai RM2.10 yang ramai kaum ibu suka masuk.
Bukan saja untuk tempat simpan bawang tapi boleh gunakan untuk letakkan pelbagai jenis rempah kering atau apa saja yang rasa sesuai.
Perkongsian dari Puan Wati Aziz ini anda boleh buat. Nak minta tolong encik suami buatkan sendiri pun boleh masa waktu hujung minggu nanti. Senang sangatlah!
Boleh cari mana-mana sudut atau dinding sesuai di dapur untuk letakkan rak bawangGunakan penyangkut yang berpaku untuk menggantung tempat letak bawang. Ini bertujuan untuk kukuhkan rak dan tak bagi mudah tercabut.Dah siap sangkut, bolehlah asingkan letak bawang.Sebaiknya bawang dengan ubi kentang letakkan berasinganTempat letak bekas rempah pun nampak kemas
Senang nak guna. Pusing belakang amik je. Dengan tempat rempah ratus. Simple-simple je. Janji nak masak tak payah nak selongkar. Barang-barang dari Kedai Eco dan Mr.Diy je. Sticker kita print sendri guna kertas sticker
Ads
Tip simpan bawang elak cepat busuk
Ini dia tips nak simpan bawang:
• Simpan ditempat sejuk dan redup
Ads
• Simpan dalam bekas pengudaraan yang baik (sebaiknya bekas berlubang seperti bakul, raga buluh atau bekas kayu).
• Jangan campur dengan kentang
• Jauhkan dari cahaya lampu atau matahari
Ads
• Jangan simpan dalam almari bertutup rapat
• Jangan simpan dalam plastik (nanti bawang berpeluh dan cepat reput busuk)
• Tidak simpan dalam peti sejuk, nanti ia akan menyerap lembapan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai seorang ibu, kita harus bijak menarik perhatian anak ketika bersembang dengannya terutama anak lelaki. Mereka mungkin kelihatan seperti tidak kisah, tetapi impak dari cara kita mendekati mereka akan terlihat apabila anak-anak ini semakin menginjak dewasa.
Berkongsi tentang hal ini menerusi salah sebuah posting di laman Instagram peribadinya, Yana memberitahu dia selalu mendengar cadangan atau pendapat Aisy Mateen dan sekiranya perlu dibangkang, Yana akan pastikan dia memberi penerangan atau solusi terhadap perkara itu. Ibu muda ini juga menyenaraikan beberapa teknik berkomunikasi berkesan melalui posting tersebut.
Tip untuk bina kepercayaan anak terhadap kita ialah sentiasa jadi pendengar yang baik, nak bercakap dengan :
1: Anak lelaki guna tone suara rendah 2: Mata bertentangan sama paras 3: Sentiasa puji kalau dia bagi idea tapi kalau tak bernas bagitau dia kenapa idea dia tak berapa bernas 4: Akhir sekali sudahi dengan perkataan ‘faham tak?’ kalau dia ada respon, jawap ‘faham atau dia mengangguk’ tandanya dia faham lah tu. 5: Dan yang paling terakhir serta basic adalah ‘SENYUM’ kat anak kita! Bagi senyuman paling manis sekali dan pelukan paling hangat dan penuh kasih sayang!
Pa&Ma bersetuju dengan perkongsian Yana ini kerana ia dapat membantu para ibu bapa untuk berkomunikasi dengan anak-anak tanpa membelakangkan mereka. Semoga dengan perkongsian berguna ini dapat memberi manfaat kepada kita semua ketika melayan karenah anak-anak. Terima kasih Yana!
“Ibu, adik pening duduk dalam kereta lama-lama, rasa macam kepala berpusing”. Ayat seperti ini mungkin akan keluar dari mulut si manja anda setiap kali bawa anak naik kereta untuk perjalanan yang jauh bukan? Ya, ia memang kedengaran menyusahkan.
Dilema anak kecil & kenderaan
Setiap kali tiba cuti sekolah, si manja anda pasti tidak boleh duduk diam dan mula bertanya kepada anda berkenaan aktiviti yang ingin dilakukan pada waktu itu bukan? Mereka mungkin memilih untuk balik ke kampung halaman ataupun pergi melancong dan bercuti ke mana-mana pusat peranginan.
Bagi mana-mana ibu bapa, ia boleh jadi satu perkara yang menyeronokkan tetapi membimbangkan pada masa yang sama. Ini kerana anda perlu merancang terlebih dahulu perjalanan anda dengan baik agar si manja tidak meragam sepanjang perjalanan menuju destinasi pilihan.
Persoalannya, apa yang ibu bapa perlu lakukan sebagai tip bawa anak naik kereta untuk perjalanan jauh?
Tip bawa anak naik kereta untuk perjalanan jauh
Sebenarnya, tiada sebarang masalah untuk ibu bapa bawa anak naik kereta. Asalkan anda sebagai ibu bapa amalkan tip-tip berikut:
#1. Tentukan waktu dan tempoh perjalanan
Sebelum memulakan apa-apa perjalanan yang jauh, ibu bapa seharusnya merancang waktu dan tempoh perjalanan anda. Tidak ada waktu atau tempoh spesifik yang perlu dipatuhi kerana ia bergantung sepenuhnya kepada individu.
Namun begitu, cuba elakkan daripada terus memandu selama berjam-jam tanpa berehat seketika bagi mengelakkan kanak-kanak berasa mual dan stres sepanjang perjalanan. Ia juga pasti akan membuat anda berasa tidak selesa.
#2. Pastikan kondisi kereta berada dalam keadaan baik
Anda juga perlu memastikan kondisi kereta berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Periksa bahagian dalaman enjin, tekanan angin tayar, beg udara serta pasang kerusi kanak-kanak jika perlu.
Tali pinggang keledar dan beg udara direka untuk penumpang yang mempunyai ketinggian lebih 145 cm dan berat melebihi 36 kg sahaja. Jika si manja masih lagi kecil, jangan lupa pasangkan baby car seat ya?
Namun, harus diingatkan juga agar bayi dan anak-anak yang masih kecil perlu duduk di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang yang direka khas untuk usia dan berat mereka.
Jangan pula anda meletakkan kerusi tersebut di tempat duduk sebelah pemandu kerana ia adalah tindakan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan bayi terhumban ke depan jika kenderaan brek mengejut!
#3. Sediakan makanan
Ibu bapa perlu memenuhkan kereta dengan makanan dan minuman kegemaran anak dan juga anda sendiri. Ini bertujuan untuk mengelakkan kelaparan sepanjang perjalanan jauh anda.
Ketika ini, anda juga boleh melonggarkan sedikit peraturan pemakanan dan berikan mereka makanan ringan atau makanan segera yang digemari mereka.
#4. Sediakan pakaian Selain makanan, pakaian juga penting. Ibu bapa perlu menyediakan secukupnya pakaian yang diperlukan oleh setiap ahli keluarga. Selain itu, sediakan juga kain atau tisu yang mudah anda capai sekiranya berlaku kecemasan kepada anak anda seperti muntah atau luka!
#5. Tetapkan peraturan
Ibu bapa perlu bersikap lebih tegas terhadap anak-anak dengan menetapkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang perjalanan anda menuju destinasi. Misalnya, anda boleh membuat peraturan agar anak anda meminta izin terlebih dahulu sebelum membuka tingkap, bumbung suria atau menukar saluran radio.
#6. Sediakan pelbagai bentuk hiburan untuk anak anda
Ini adalah penting bagi memastikan anak anda kekal ceria dan bersemangat sepanjang perjalanan. Anda boleh menyediakan pelbagai bentuk hiburan seperti permainan yang boleh selamat untuk dimainkan di dalam kereta. Jika anak anda seorang yang gemar menonton kartun, pasangkan dvd cerita kegemaran mereka agar mereka kekal terhibur.
#7. Bawa kamera
Anda sudah pasti tidak mahu terlepas daripada merakam setiap detik dan kenangan percutian anda bersama pasangan tercinta dan anak-anak. Bersama-sama, anda boleh merakam setiap keindahan yang anda temui sepanjang perjalanan anda menuju ke destinasi pilihan.
#8. Menyanyi dan menari bersama anak anda
Sekali-sekala, tidak salah jika anda mengubah watak ibu bapa yang tegas dan menjadi ibu bapa yang ‘happy go lucky’. Pasangkan lagu kegemaran anda seisi keluarga sambil menyanyi dan menari bersama-sama. Ini akan mencipta sebuah ritual dan pengalaman yang sangat indah dalam memori anak anda.
Kesimpulannya, tiada sebarang masalah sekiranya anda mahu bawa anak naik kereta untuk perjalanan jauh. Cuma, pastikan anda ikuti tip dalam artikel ini terlebih dahulu ya!
Anak boleh jadi cerdik, mengikut rangsangan yang diterimanya daripada orang sekeliling. Usia 18 bulan ke bawah adalah waktu kritikal pembentukan pemikiran. Sekiranya anak boleh mempercayai orang sekeliling, proses rangsangan jadi lebih mudah.
Perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar, Pakar Keibubapaan Positif, Parent Connect ini boleh ibu bapa lakukan kepada anak-anak dari lahir sehingga berusia 18 bulan.Ibu bapa, pengasuh, penjaga di taska mempunyai peranan sangat besar.
Fasa awal kehidupan seorang anak dari usia 0-1.5 tahun adalah fasa mewujudkan rasa percaya (trust) kepada dunia di sekeliling anak.
KENAPA RASA PERCAYA PENTING?
Apakah signifikasi RASA PERCAYA pada perkembangan pemikiran seorang anak?
Bayi dan anak kecil tidak boleh menjadi ‘pelajar’ (learner) yang kompeten dan tidak boleh menjadi seorang pemikir selagi mereka tidak merasa selamat (secure), disayangi dan dipedulikan (cared for) oleh orang dewasa yang dianggap istimewa oleh bayi dan kanak-kanak tersebut.
Orang dewasa yang istimewa ini perlulah benar-benar faham keperluan anak kecil tersebut dan tahu apakah yang cuba disampaikan melalui ekspresi wajah, gerak tubuh dan bunyi-bunyian yang dibuat oleh bayi atau anak kecil yang belum boleh bertutur dengan baik.
Disebabkan setiap bayi dan kanak-kanak adalah unik, hanya orang dewasa yang istimewa dan rapat dengan anak kecil ini sahaja yang benar-benar mengetahui setiap gerak geri bayi berdasarkan masa yang diluangkan, dan pemerhatian yang dibuat.
CARILAH PENJAGA YANG BOLEH RAPAT DENGAN ANAK
Adakalanya pengasuh lebih mengenali anak kecil berbanding ibubapa sendiri yang sentiasa sibuk. Carilah pengasuh, nurseri atau TASKA yang mempunyai key person atau individu istimewa ini jika anda ibubapa yang bekerja.
JANGAN SIA-SIAKAN MASA KETIKA ANAK KECIL
Bagi ibubapa di rumah, janganlah sia-siakan masa yang ada bersama anak kecil.
Pada usia awal ini, bukanlah bahan mainan yang menjadikan anak bijak, bukanlah program tv kanak-kanak yang ‘educational’ menjadikan anak bijak, bukanlah app yang menjadikan anak bijak, bukanlah vitamin minda yang menjadikan anak bijak, bukanlah jenama susu tertentu yang menjadikan anak bijak, bukanlah kad imbasan yang menjadikan anak bijak, bukanlah kelas atau aktiviti kanak-kanak berbayar yang menjadikan anak bijak, dan bukannya pelbagai produk di pasaran yang mengaku boleh menjadikan anak bijak yang menjadikan anak anda bijak.
Ia sebaliknya yang menjadi asas kepada perkembangan pemikiran anak kecil adalah perhubungan yang rapat atau ‘ATTACHMENT’ di antara orang dewasa yang istimewa dan juga anak kecil itu.
TIDAK MENJADI USAHA SELAGI TIADA SENTUHAN, BELAIAN & GURAUAN
Walaupun anda menghabiskan beribu-ribu ringgit sekalipun untuk membeli produk-produk ‘anak bijak’ di pasaran tetapi jika tidak ada sentuhan, belaian, dan gurauan dengan anak dan anak tidak merasakan bahawa dirinya penting bagi kita, maka perkembangan pemikiran anak tidak dapat berlaku dengan optimum.
PERKEMBANGAN OTAK MELIBATKAN EMOSI
Seperti yang saya tulis sebelum ini, perkembangan bahagian otak yang melibatkan emosi dan perasaan menjadi asas kepada perkembangan pemikiran. Apabila merasa percaya, selesa, selamat dan dipedulikan, anak kecil akan mula rancak meneroka persekitaran mereka yang akan membentuk pengalaman untuk mereka ‘fikirkan’.
Bagi anda yang ingin mengetahui tentang travel umrah bersama anak kecil dan tipsnya, ikuti rancangan TV Pa&Ma pada Rabu, 4 September 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Datin Fouziah Ghous dan suami Datuk Zhafran.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.