Bagi memastikan rakyat terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (RMO)yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri bermula 18 sehingga 31 Mac ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mencemar duli turun membuat tinjauan di sekitar ibu kota pada harini.
Dari laporan pihak polis, jelas terdapat pematuhan RMO oleh rakyat, kerajaan mengucapkan terima kasih kepada yang mematuhi arahan RMO.
Namun masih ramai yang tidak mahu mendengar arahan pihak kerajaan dan lebih teruk tidak mahu mendengar arahan pihak polis.
Rentetan itu, Yang di-Pertuan Agong sekali lagi mencemar duli untuk menyampaikan perutusan buat seluruh rakyat Malaysia.
Ads
Antara perutusan yang disampaikan oleh Agong;
-Batalkan hasrat balik kampung
-Batalkan aktiviti sosial di luar rumah
-Rakyat jangan panik, bekalan makan sentiasa cukup
-Rakyat jangan suka menyebar berita palsu & yang paling penting jaga kebersihan diri, Pakai hand sanitizer, pakai topeng muka, dan amalkan social distance (jarak sosial)
Semoga kita sama-sama dapat mencegah wabak ini.
Ads
[LIVE] Perutusan Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Terima kasih Mummy, terima kasih Abah belikan Nur Alesha ‘rumah’ baru. Alesha tak nak balik boleh tak?. Itu yangdiucapkan anak kepada saya dan isteri, Nur Ashwa Johalim.
Pada mulanya tak perasan, selepas Nur Alesha dikebumikan baru kami sedar semua ucapan dan kegembiraannya seperti petanda yang dia akan meninggalkan kami.
“Masa di Mekah juga dia ada minta belikan jubah putih dan kami memintanya sabar dan pakai pakaian itu di Madinah kerana perlu dicuci terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Mohamad Amirul yang juga seorang guru di Sabah memberitahu, mereka sekeluarga berlepas ke Tanah Suci iaitu pada 4 Mac lalu dan tarikh berkenaan merupakan hari ulang tahun kelahiran Alesha yang keempat.
Hari dia dikebumikan pula adalah hari yang sepatutnya kami sekeluarga pulang ke Malaysia iaitu pada 15 Februari.
“Apa yang berlaku ni seolah-olah kami ke Tanah Suci bukan saja untuk beribadah, malah untuk ‘hantar’ Nur Alesha bertemu penciptanya juga,” luahnya sebak.
Tambahnya, anaknya seorang yang ramah dan ceria mula berubah sikap menjadi lebih manja apabila tiba di Madinah dan mula mengalami masalah kesihatan selepas itu.
“Sebelum itu arwah sihat dan ceria seperti kebiasaan. Esoknya di Madinah lepas ziarah Masjid Nabawi kami ke perkuburan Jannatul Baqi’, bersebelahan masjid tersebut.
“Ketika itulah Nur Alesha berubah sikap menjadi manja, tak mahu jalan sendiri dan minta saya dukung.
“Sampai hotel dia mula demam dan kami bagi ubat tetapi malam dia mula menggigil dan hampir sawan sebelum kami menghantarnya ke hospital,” kongsinya.
Mohamad Amirul menyifatkan arwah anaknya sangat bertuah kerana urusan sepanjang rawatan di hospital dipermudahkan, malah turut berpeluang dikebumikan di Jannatul Baqi’
Hati ibu mana tak sedih apabila anak yang dikandung 9 bulan pergi setelah 56 hari dilahirkan. Dhalia Nur Imanni yang disahkan mempunyai masalah kebocoran pada injap jantung ketika dalam kandungan lagi sudah pun bahagia di syurga.
Perkongsian ibunya, Hasni Hasan di facebook menyatakan selepas lahir anaknya menjalani hidup seperti biasa. Malah berat Dhalia pun naik dengan normal dan langsung tak menunjukkan kesakitan.
Malah seawal usia sebulan Dhalia dah pandai senyum bila diagah dan cukup mudah dijaga. Menyusu pun tiada masalah.
Cuma pada hari kejadian itu, Dhalia tiba-tiba lemah longai dan biru. Luahan ibu ini buat ramai yang sebak. Moga terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini.
Pada usia 12 tahun, Nik Nur Muhammad Akid Najwan Nik Rizuan sepatutnya menjalani kehidupan zaman kanak-kanaknya dengan menuntut ilmu namun atas tanggungjawabnya sebagai anak sulung, kini dia memangku tugas sebagai ketua keluarga setelah ayahnya lumpuh.
Tak kekok uruskan ayah dan adik-adik
Menerusi laporan Sinar Harian, kehidupan keluarga ini berubah sekelip mata selepas ayahnya lumpuh dan tak mampu menguruskan diri sejak Ogos tahun lalu.
Walaupun usianya baru menginjak 12 tahun, Nik Nur Muhammad Akid Najwan tidak pernah mengeluh walaupun terpaksa menjaga ibunya yang sedang berpantang selepas bersalin pada Februari lalu.
Tidak cukup dengan itu, anak sulung daripada empat beradik ini sanggup tidur di sebelah katil ayahnya, Nik Rizuan Nik Par, 38, yang terlantar sakit sejak Ogos tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru bagi memastikan insan tersayang dijaga dengan rapi.
“Kami tiada pilihan..”
Ibunya, Zaleha Manaf, 36, yang ketika ini sedang berpantang selepas melahirkan anak keempat mengakui dia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada anak sulungnya itu.
“Saya sedih bila melihat anak yang masih kecil perlu memikul tanggungjawab ini, namun kami tidak punya pilihan.
“Dengan keadaan saya yang sarat mengandung sebelum ini dan sekarang sedang berpantang, sukar untuk menguruskan suami terlantar,” katanya.
Beri susu, tukar lampin dan lap badan ayah
Menurutnya, Nik Nur Muhammad Akid Najwan tidak kekok memberikan susu serta menukar lampin pakai buang serta mengelap badan ayahnya.
Zaleha berkata, selepas itu dia akan membantunya menguruskan adik-adik lain iaitu Nik Nur Aina Najma, 10, Nik Muhammad Bakri, 5, Nik Nur Basyirah, 19 hari.
Dia berkata, keluarga mereka bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila suaminya kehilangan pekerjaan pada awal tahun lalu selepas kilang tempat Nik Rizuan bekerja di Kuantan perlu mengurangkan kakitangan.
Katanya, selepas kehilangan kerja mereka sekeluarga yang sebelum ini menetap di Kemaman, Terengganu nekad pulang ke Kelantan untuk meneruskan kehidupan.
Zaleha berkata, di sini mereka menumpang di rumah peninggalan orang tua di mana salah seorang abangnya turut sama tinggal bersama.
Suami lumpuh selepas mengalmai masalah paru-paru
Dia berkata, belum sempat mencari pekerjaan suaminya didapati mempunyai masalah paru-paru dan sekarang hanya mampu terlantar.
“Sepanjang tujuh bulan suami terlantar, kami hanya bergantung kepada sedekah daripada sanak saudara untuk meneruskan hidup kerana ketika itu saya sarat mengandung, sukar untuk mencari kerja,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini boleh berbuat demikian melalui nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1199 5411 00 3236 27 atas nama Zaleha Manaf.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak adalah anugerah yang perlu dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Dalam sesebuah keluarga yang bahagia, perasaan cinta dan hormat-menghormati antara satu sama lain mesti dipupuk sejak kecil.