Ramadan Tahun Ini Penuh Makna Buat Rita Rudaini & Anak-anak. Ajar Anak Takbir Raya, Usaha Rita Memang Boleh Dipuji

Share

Sejuk perut ibu mengandung orang kata kalau anak-anak yang dibesarkan menjadi insan yang baik dan mempunyai akhlak yang mulia selain cemerlang dalam akademik. Mungkin itulah yang dirasakan oleh pelakon Rita Rudaini yang mempunyai dua orang anak lelaki yang boleh dibanggakan.

Rita Rudaini memuat naik satu rakaman video di akaun Instgram miliknya yang mana dalam video tersebut, kedua-dua anaknya sedang mengalunkan takbir raya dengan sungguh merdu di kediaman mereka.

Menerusi kapsyen video tersebut juga, pelakon filem Mami Jarum Junior ini menyatakan bahawa Ramadan tahun ini sangat bermakna buat dirinya dan keluarga. Dia juga berdoa agar segala amal ibadat sepanjang bulan yang mulia ini diterima oleh Yang Maha Esa.

Dalam pada itu, Rita juga turut mengucapkan Selamat Hari Raya dari mereka sekeluarga.

“Tkasih RAMADHAN…sesungguhnya RAMADHAN kali ini sgt bermakna utk kami bertiga….setiap yg jadi ada rahsia di sebaliknya…tkasih ALLAH….

“YA ALLAH,terimalah amal ibadat dan puasa kami….panjangkan lah umur kami supaya dpt kami brsua dgn RAMADHAN bulan yg penuh mulia ini lg….

“SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI THEAIRITS…MAAF ZAHIR DAN BATIN,” tulisnya dalam kapsyen posting tersebut.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.

Sepanjang hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.

Rita membuktikan meskipun dirinya bergelar seorang ibu tunggal, itu bukan halangan untuk dia membesarkan anak-anaknya dengan baik. Membesarkan anak-anak dan mendidik mereka menjadi insan berakhlak mulia pastinya bukan mudah. Semoga anak-anaknya terus membesar menjadi anak yang soleh buat ibu dan ayahnya.

Sumber: Media Hiburan

Published by
Shahrina Azlin Binti Abdullah