Bila sebut pasal kesihatan, ramai lelaki terus fikir “aku okay je”, “nanti baiklah ni”, atau paling klise “lelaki kena kuat.”
Tapi hakikatnya, ramai lelaki atau yang bergelar ayah derita dalam diam. Bukan sebab lemah, tapi sebab terlalu biasa simpan semua sendiri.
Statistik pun dah lama tunjuk, lelaki lebih cenderung abaikan kesihatan, baik fizikal mahupun mental.
Ada yang bertahan dengan tekanan kerja, masalah keluarga, kewangan tapi tak pernah luah, apatah lagi dapat rawatan.
Masalah jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol, kencing manis, kemurungan, burnout, kegelisahan semua ni bukan ‘perkara orang lain’. Ini realiti yang perlukan kesedaran, bukan disimpan dan diendahkan.
Kesihatan lelaki bukan sekadar pergi gym atau makan supplement. Ia bermula dari gaya hidup, rutin tidur, cara urus emosi, pemakanan, dan hubungan sosial yang sihat.
Sempena Bulan Kesihatan Lelaki, inilah masa yang paling sesuai untuk kita buka mata, buka hati dan mula jaga diri.
Ads
Kerana jadi lelaki bukan bermaksud kena tahan semua sendiri. Jadi lelaki sebenar, adalah bila kita tahu bila nak kuat, dan bila perlu dapatkan bantuan.
Sebagaimana perkongsian paparan di Public Health Malaysia, memberi maklumat tentang kesihatan lelaki.
Haikatnya, ramai lelaki derita dalam diam. Bukan sebab lemah, tapi sebab terlalu biasa simpan semua sendiri.
Ads
Statistik pun dah lama tunjuk, lelaki lebih cenderung abaikan kesihatan, baik fizikal mahupun mental.
Ada yang bertahan dengan tekanan kerja, masalah keluarga, kewangan — tapi tak pernah luah, apatah lagi dapat rawatan.
Masalah jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol, kencing manis, kemurungan, burnout, kegelisahan… semua ni bukan ‘perkara orang lain’.
Ini realiti yang perlukan kesedaran, bukan disimpan dan diendahkan.
Ads
Kesihatan lelaki bukan sekadar pergi gym atau makan supplement. Ia bermula dari gaya hidup, rutin tidur, cara urus emosi, pemakanan, dan hubungan sosial yang sihat.
Sempena Bulan Kesihatan Lelaki, inilah masa yang paling sesuai untuk kita buka mata, buka hati dan mula jaga diri.
Kerana jadi lelaki bukan bermaksud kena tahan semua sendiri. Jadi lelaki sebenar, adalah bila kita tahu bila nak kuat, dan bila perlu dapatkan bantuan.\
Sumber: Public Health
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buah hati kesayangan rakyat Malaysia, adik Ainul Mardhiah yang pernah menghidap ketumbuhan dalam mulut Germ Cell Tumor dikhabarkan sudah boleh bernafas tanpa menggunakan tiub atau ‘trachy’.
Tiub yang dipasang pada lehernya sejak lahir itu akhirnya dibuka selepas mendapat nasihat dari pakar-pakar yang sekian lama merawatnya.
Menerusi Instagram dan Facebook, ibu dan ayah Ainul, Ahmad Saiffuddin serta ibunya, Nurul Erwani Zaidi tampil berkongsi cerita gembira mengenai perkembangan terbaru Ainul.
“Macam ni rupanya anak walid bila tak ada tiub di leher 🥰 Alhamdulillah.
“Masih dalam mode pemantauan. Isnin ini akan buat beberapa procedure untuk double confirm sama ada boleh cabut terus atau tidak.
“Tapi buat masa ini, sudah 9 jam ainul tanpa trachy. Malam ni walid overtime tak tidur lah duk sebelah ainul tengok ainul ok tak ok,” katanya berkongsi rasa gembira.
Rawatan bagi membuang tiub itu dibuat kerana dipercayai menjadi punca pelbagai jangkitan kuman yang kerap menyerang Ainul termasuklah sehingga mengancam nyawanya pada tahun lalu.
Kini ibu dan bapa Ainul sudah boleh menarik nafas lega bila sudah menampakkan perkembangan yang baik biarpun masih perlu dipantau langkah demi langkah.
Terdahulu, sebelum membuka tiub itu, dikhabarkan Ainul juga turut diajar untuk makan dan menelan makanan sendiri sepanjang rawatan itu diadakan.
“Hari ni semua happy bila dapat tengok Ainul sendiri pegang sudu, cedok aiskrim, dan masukkan sendiri dalam mulutnya.
“Selama 5 tahun, dia tak tahu buat perkara asas ini. Pakar kata ainul mungkin tak tahu “fungsi” mulutnya sebab dia tak pernah guna sejak lahir. Jadi dia perlu diajar seperti budak budak yang baru nak belajar makan.
“Hampir 15 kali suapan di suap oleh dirinya sendiri tanpa bantuan orang lain. Satu pencapaian yang baik untuk Ainul. Walaupun dia tak suap sepenuhnya dalam mulut, tapi sekurangnya Ainul tahu itu sudu, di depannya itu makanan, dan dia perlu masukkan dalam mulut.
“Alhamdulillah, 5 tahun yang berharga. Pakar yakin yang suatu hari nanti Ainul boleh makan minum guna mulutnya. No more tube,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, ayah dan ibu Ainul turut meluahkan penghargaan buat doktor yang merawat dan sentiasa memantau perkembangan Ainul dari hari ke hari.
Sebak dan gembira melihat Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, menyantuni adik Bella yang dipercayai menjadi mangsa dera ketika kunjungan ke taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland).
Sepanjang pertemuan itu, dapat dilihat kemesraan Khaleeda dengan Bella. Terpancar wajah keibuannya dan pelukan itu pastinya memberi momen bermakna buat Bella.
Khaleeda turut berkongsi detik istimewa bertemu gadis berkenaan di Facebook serta di laman Instagramnya. Kemesraan antara Khaleeda dan Bella jelas kelihatan menerusi beberapa rakaman gambar yang dikongsi.
Khaleeda turut berdoa supaya Bella, rakan-rakan dan kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT.
“Semoga ia dapat memberi sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada mereka.
“Amat penting untuk golongan ini diberi perlindungan sewajarnya dan mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan biasa seperti insan lain,” katanya.
Pasangan berkenaan turut mencemar duli menyantuni beberapa kanak-kanak istimewa lain.
Didik anak belajar hidup susah, barulah dia jadi lebih kuat. Sebagai ibu bapa, adalah naluri semula jadi untuk ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Namun, dalam usaha memastikan mereka hidup selesa, ada risiko anak-anak menjadi terlalu bergantung atau kurang memahami erti susah dan usaha.
Oleh itu, penting bagi kita mendidik mereka untuk merasai kesusahan, agar mereka membesar sebagai individu yang lebih berdikari, kuat, dan matang.
Kena belajar rasa susah, supaya dia lebih kuat.Pagi tadi anak saya nak ke Balai Seni di KL. Dia nak siapkan assignment universiti katanya.
Dia cek Grab, tambang sehala RM90.00. Itu belum masuk tol. Kos pergi balik boleh cecah RM200.
Jadi saya suruh dia naik MRT dan naik bas sahaja. Lebih jimat.
Dia keluar dua beradik (adik lelaki dia sebagai bodyguard) tak habis pun RM20.00. Kos sebenar cuma RM15.20 untuk dua orang.
Walaupun mampu untuk benarkan dia naik Grab, tapi kena biasakan diri hidup macam mahasiswa yang lain. Yang ibubapa mereka tak mampu sediakan segalanya.
Dia pun kena belajar susah.
Bila dah terbiasa susah, kita tak akan rasa susah lagi bila susah sebenar tu datang.
Hari ni dia anak orang yang ada duit. Yang boleh sediakan segalanya untuk dia belajar dengan selesa. InsyaAllah.
Tapi masa depan dia belum pasti.
Dia kena belajar rasa susah sama macam mahasiswa lain supaya lebih mudah dia bina kejayaan dia sendiri.
Kesenangan yang berpanjangan boleh menjadikan kita lemah. Ibarat hidup tanpa exercise, badan makin lama makin lemah.
Tekanan ketika exercise tu menjadikan otot dan tulang kita makin kuat. Tekanan tu menjadikan tubuh kita lebih kuat.
Daya tahan hadapi tekanan itulah menjadikan diamond sebagai batu pertama yang paling kuat.
Membangunkan Ketahanan Diri
Kesusahan mengajar anak untuk menghadapi cabaran hidup dengan tenang dan berani. Mereka belajar bahawa hidup ini tidak selalu mudah, dan setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ini membantu mereka mengembangkan daya tahan (resilience) yang penting untuk berjaya dalam kehidupan.
Menghargai Usaha Dan Pengorbanan
Apabila anak mengalami kesusahan, mereka akan lebih memahami nilai usaha dan pengorbanan. Contohnya, jika mereka terlibat membantu kerja rumah atau menabung untuk membeli sesuatu, mereka akan lebih menghargai barang tersebut kerana mereka tahu usaha yang diperlukan untuk mendapatkannya.
Mengelakkan Sikap Manja Atau Bergantung
Anak yang tidak pernah merasai kesusahan cenderung menjadi manja dan kurang berdikari. Mereka mungkin sukar membuat keputusan atau menangani masalah apabila berhadapan dengan realiti kehidupan yang mencabar. Belajar menghadapi kesusahan membantu mereka berdikari dan lebih yakin pada diri sendiri.
Mengajar Nilai Kesyukuran
Kesusahan mengajar anak-anak untuk mensyukuri apa yang mereka miliki. Mereka akan memahami bahawa bukan semua orang bernasib baik, dan ini akan membentuk sifat empati serta keinginan untuk membantu orang lain.
Berikan Tanggungjawab
Libatkan anak-anak dalam tugasan harian seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, atau memasak. Tanggungjawab ini akan mengajar mereka bahawa hidup memerlukan usaha dan kerjasama.
Ajarkan Pengurusan Kewangan
Berikan peluang kepada anak untuk mengurus wang mereka sendiri, contohnya dengan memberi wang saku dan menggalakkan mereka menabung. Apabila mereka perlu menyimpan untuk sesuatu yang mereka inginkan, mereka akan belajar bahawa wang tidak datang dengan mudah.
Jangan Terlalu Cepat Membantu
Biarkan anak-anak menghadapi masalah mereka sendiri sebelum campur tangan. Contohnya, jika mereka tertinggal kerja sekolah, biarkan mereka bertanggungjawab mencari cara untuk menyelesaikannya. Ini akan mengajar mereka menyelesaikan masalah secara sendiri.
Libatkan Mereka Dalam Aktiviti Sukarela
Bawa anak-anak menyertai aktiviti sukarela seperti membantu golongan kurang bernasib baik. Ini akan membuka mata mereka tentang kesusahan orang lain dan mengajar mereka untuk lebih bersyukur.
Beri Galakan, Bukan Kemanjaan
Walaupun menghadapi kesusahan, anak-anak tetap memerlukan sokongan emosi daripada ibu bapa. Berikan galakan untuk mereka terus berusaha, tetapi elakkan memberikan keselesaan berlebihan yang boleh melemahkan semangat mereka.
Kesimpulannya mendidik anak untuk merasai kesusahan bukan bermaksud kita tidak menyayangi mereka. Sebaliknya, ia adalah langkah penting untuk membantu mereka memahami realiti kehidupan dan membentuk keperibadian yang lebih kuat dan berdikari.
Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan sekadar memberikan kemewahan atau keselesaan, tetapi juga memastikan anak-anak kita bersedia menghadapi cabaran masa depan dengan yakin. Ingatlah, anak yang pernah merasai kesusahan akan lebih menghargai apa yang dimilikinya dan mampu menjadi individu yang tabah dan berjaya.