Pelakon Adam Corrie Lee memang cukup terkenal dengan lakonan yang mantap dan hebat terutamanya dalam filem aksi. Rupanya selain pandai berlakon, Adam Corrie Lee ini juga hebat di dapur. Resipi Mee Kicap Wantan Sup air tangan ayah kepada Adam Fateh Lee ini pernah mendapat sehingga 100 ribu perkongsian di laman facebook tiga tahun yang lalu.
Menurut Adam Corrie menu tersebut memang tidak asing untuknya yang berbangsa Cina. Malah ketika remaja, Adam Corrie menjual mee kicap untuk menampung hidup.
Kalau rasa teringin dan nak ubah selera bulan-bulan puasa ni, mama-mama bolehlah cuba resipi yang simple dan sedap ni!
“Jemput makan sambil tgk bola. siap dah dinner saya mlm ni..
“Buat mee kicap wantan. Saya kan Cina… dah tentulah mee kicap wantan ni bukan asing bagi saya. Dulu masa remaja saya jual mee kicap utk menampung hidup,” kongsi Adam Corrie di laman facebooknya tiga tahun lalu.
“Ok sebab ramai yang DM minta saya semula resepi Mee Kicap Wantan.
“saya share semula cara-cara nak masak Mee Kicap Wantan cara Adam Corrie. .
Cara saya mungkin tak sama dengan cara & resepi orang lain. Ikut cara dan citarasa masing-masing
“Ini gambar lama pada tahun 2017.
Slide gambar untuk dapatkan resepi.
“Senyum selalu, Selalu bersangka baik, InsyaAllah hati tenang,” antara perkongsian Adam Corrie di Instagramnya.
RESIPI MEE KICAP WANTAN SUP ADAM CORRIE
Bahan Mee Wantan
– mee wantan . Kalau guna mee lain, tak jadilah mee wantan. Rasa tak sama nanti
(leraikan mee dahulu . kemudian dicelur bukan rebus tau, lepas tu masukkan dlm air sejuk pula.. ulng step ini berkali-kali . Supaya mee tidak melekat )
Mee wantan ada jual di supermarket
– minyak bijan
– kicap pekat
– kicap cair (apa2 brand pon ok)
– Sos tiram
– Sayur sawi / siew pak choi
campur semua minyak dan kicap tu dlm pingan. Kemudian masukkan mee yang wantan tu.. pastu gaul rata. Tak perlu masak.
Tabur bawang goreng kalau suka.
Letak sayur sawi / siew pak choi yang telah di celur di atas mee
Bahan Kulit Wantan
Kulit Wantan
tepung gandum
Sedikit tepung ubi atau tepung jagung
air panas mendidih..
sedikit garam
1 sudu besar minyak masak
– satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam serta minyak masak
– kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak lekat kat tangan
– uli hingga sebati kemudian biarkan kejap dlm 20 minit dlm bekas tertutup supaya doh tak keras
– payah sgt .. beli je yang dah siap kat kedai. Baru RM3
Bahan Isi/Inti Wantan
Isi / Inti Wantan
Udang (dicelur) atau ayam ( di cincang halus)
Daun bawang di ptg halus
Karot di potong halus..
tepung sikit
lada sulah
Garam
Sos tiram
– gaul semua .. nak tambah bawang besar pon boleh , nak tambah cendawan pon ok. Tp saya buat yang ringkas. Supaya inti wantan tak basah . Kalau terlampau basah. Kulit wantan mudah koyak.
– dah siap boleh di goreng atau masukkan dalam sup.
Bahan Sup
Sup Ringkas Adam Corrie
– Air
– Lada sulah
– Kiub ayam
– Daun ketumbar
– Bawang goreng
– didihkan air , masuk lada sulah, kiub ayam, masukkan wantan yang dah siap ke dlm sup . Masakkan sekali dgn sup.. dah nak siap, tabur daun ketumbar dan bawang goreng. Siap!
“Resipi saya ringkas. Resipi sejak remaja. Lain org lain caranya. Saya doakan anda berjaya buat mee wantan ni . Dan doakan saya sekeluarga ditetapkan iman dan sentiasa berada di landasan yang betul.
“Nak yg lebih grand boleh menuntut ilmu pada yg bertauliah atau Google je mcm2 ada..
ikut selera masinh-masing,” ujar Adam Corrie Lee
sumber: Facebook & Instagram Adam Corrie Lee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI