“Saya beli suplemen sebab anak tak cukup makan dari sumber real foods. Saya bagi anak suplemen nak naikkan selera makan. Saya bagi anak suplemen sebab sekarang banyak penyakit luar sana…’
Ada ke mommies tergolong dalam kumpulan di atas? Jika ada, ibu patut dengar penjelasan dari Dietitian, Nur Hafizah Sobri.
JANGAN BELI SUPLEMEN UNTUK ANAK JIKA TUJUAN UNTUK NAK NAIK BERAT BADAN
Selepas tanya pendapat mommies di media sosial masih ramai yang salah anggap fungsi suplemen dan menyalahgunakan suplemen tersebut untuk anak-anak.
Berikut fakta suplemen:
Suplemen yang dijual di farmasi yang SAH mengandungi MICRONUTRIENT seperti zat dan vitamin
Tujuannya untuk melengkapkan zat ini yang tak dapat nak ambil dengan mencukupi dari diet akibat keadaan tertentu sepeti
1. Sakit (demam, selsema, iron deficeincy anemia etc)
2. Penyakit tertentu yang memerlukan zat tersebut dalam kuantiti yang lebih contoh kanser etc
3. Tidak boleh makan untuk memenuhi keperluan secara mencukupi contoh koma
TAPI SUPLEMEN
1. TIDAK BOLEH Naikkan berat badan anak.
Supplemen mengandungi MICRONUTRIENT yang tiada kalori. Yang menaikkan berat badan adalah kalori yang datang dari gabungan karbohidrat, lemak dan protein. Kalau ambil suplemen untuk tujuan naikkan berat tiada gunanya….
2. TIDAK BOLEH BERFUNGSI DENGAN BAIK tanpa real foods
Anda sentiasa fokus untuk ambil vitamin C nak kuatkan imuniti tapi lupa vitamin C fungsinya apa. Ia MENYOKONG sistem imuniti tapi bukan pertahanan utama
Nak bagi immune sistem kuat bukan saja Vitamin C tapi perlu antioksidan lain seperti Vitamin a dan E, perlu sumber Protein yang merupakan building blocks utama kulit, tisu,darah dan macam macam lagi.
Anda ambil vitamin C tapi masih tak amalkan diet yang sihat dan seimbang vitamin C tu takkan fungsi dengan baik
3. BUKAN UNTUK ANAK PANDAI
DHA banyak dalam bentuk suplemen sekarang dan YES banyak kajian menunjukkan DHA mampu untuk meningkatkan kecerdasan otak anak.
Tapi yang utama datang dari stimulus kepada otak bukan DHA sahaja.
Stimulus datang dalam bentuk
– komunikasi
– hands in bermain
– problem solving (menyelesaikan masalah)
– main di luar
– bertanya
Anak anda makan DHA setiap hari tapi stimulus hanya datang dari gadget. Sukar untuk meningkatkan kecerdasan otak anak nanti. Mak ayah pun tengok fon je…mana datang stimulus komunikasi…
4. TIDAK CUKUP UNTUK NAIK SELERA MAKAN
Lysine antara zat yang dikatakan boleh naikkan selera makan. Tetapi mengikut carian kajian saya (boleh juga jika ada yang jumpa) tiada kajian terhadap keberkesanan lysine untuk meningkatkan selera makan dalam manusia. Yang ada hanya dalam haiwan…
Anak-anak akan berselera jika mereka
– makan on time
– aktif dan menggunakan tenaga yang diambil dari waktu makan sebelumnya
– menu yang balanced
Maka zat ini masih belum dibuktikan berkesan sebagai appetite stimulant dalam manusia atau kanak kanak. SEMUA YANG ADA DALAM SUPLEMEN ada dalam real foods. Galakkan anak makan real foods…
Antara tipsnya:
1. Jangan paksa anak untuk asyik makan menu yang sama..asyik nasi nasi nasi….kalau anak nak makan pasta silakan, tapi buatla jadi balanced
2. Sentiasa ada buah standby
3. Sentiasa ada air masak dalam botol standby
4. Jauhkan/sorokkan/simpan/jangan beli sumber yang tak sihat macam jajan, coklat, gula gula..OUT OF SIGHT OUT OF MIND
5. Galakkan mereka aktif main di luar.
Good luck mommies. Jangan asyik bergantung pada suplemen je tau..
Kredit: Dietitian Fizah Sobri
**Kalau nak bawa anak explore dengan aktiviti luar yang menyeronokkan, boleh kunjungi Farm In The City (Petting Zoo Pilihan Pa&Ma)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI