Jika ibu tidak pandai meneran semasa melahirkan bayi, ia boleh akibatkan proses bersalin menjadi tak lancar. Jangan kata ibu yang baru pertama kali nak bersalin, kadangkala ibu yang sudah beberapa kali bersalin pun boleh terlupa cara meneran yang betul.
Apabila proses bersalin tiba ke peringkat kedua (pushing stage), gesaan untuk meneran akan mula dirasai. Cara meneran yang betul sangat penting supaya tempoh masa untuk bersalin tidak lama dan berjalan lancar.
Bagaimanapun, bagi ibu baru atau pertama kali melahirkan secara normal, ia mungkin agak sukar. Ramai yang mengalami kesukaran untuk meneran atau lebih tepat, tidak pandai meneran bagi memastikan bayi dapat dikeluarkan tanpa menggunakan sebarang alat bantuan kelahiran. Lebih-lebih lagi, setelah bergelut dengan kontraksi yang semakin kerap dan lama, anda boleh jadi keliru.
2. Sebagai persediaan dan latihan supaya proses meneran berjalan lancar, anda bolehlah membuat latihan pernafasan. Caranya ialah:
Latihan ini selalunya akan diberikan dalam kelas antenatal. Menahan nafas bermaksud anda sedang meneran. Ini bermakna anda sedang berlatih untuk meneran tanpa perlu mencuri nafas. Hal ini kerana mencuri nafas membuatkan proses bayi untuk keluar terbantut dan boleh menyebabkan kepalanya masuk semula ke saluran peranakan.
3. Meneran memerlukan tenaga. Maka disarankan berehat sebelum proses bersalin aktif untuk mengelakkan pembaziran tenaga. Berjalan-jalan di sekitar wad boleh dilakukan sekiranya ia bertujuan untuk menenangkan fikiran. Namun, ia bukanlah cara untuk menggalakkan pembukaan serviks dan mempercepatkan proses bersalin.
4. Anda dicadangkan supaya mengambil snek sebelum masuk ke dewan bersalin. Antara snek yang boleh diambil ialah seperti roti atau buah-buahan seperti pisang. Makanan ringkas dan berkhasiat yang diambil dalam kuantiti kecil sebagai mengalas perut dapat membekalkan tenaga semasa meneran.
5. Postur badan memainkan peranan untuk memudahkan anda meneran. Caranya ialah dengan:
6. Dengar dan sentiasa peka kepada arahan yang diberikan oleh doktor dan jururawat yang bertugas. Teran apabila disuruh dan tahan apabila tidak perlu teran. Hal ini penting kerana doktor atau jururawat hanya akan memberi arahan teran setelah memantau kontraksi menerusi bacaan CTG dan keadaan bayi.
Cara meneran yang betul semasa bersalin ialah seperti berikut: