Musim PKP ini ramai yang mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan sebagai pendapatan sampingan. Ada juga yang ingin menjadikan perniagaan sebagai pekerjaan tetap.
Bagi anda yang baru terfikir-fikir ingin memulakan perniagaan, anda boleh cuba perniagaan membuat kek. Puan Niza berkongsi tentang pengalamanya dalam dunia perniagaan dan bagaimana dia mencuba-cuba pelbagai resipi kek untuk mendapatkan hasil yang terbaik malah dia ikhlas berkongsi resipi keknya agar ramai lagi yang boleh memulakan perniagaan.
Assalammualaikum.. 7 tahun lepas…ni la jualan pertama saya masa bergiat dalam dunia baking.
Saya cuba macam-macam resepi nak dapat yang terbaik. Tak jadi tu biasa.. cuba dan cuba.
Zaman dulu semua manual resepi.. ramai yang nak niaga musim pkp ni.. kot resepi saya ni boleh digunakan saya alu-alukan dan saya ikhlas
Resepi ni boleh dapat 15 box saiz 4500
Ads
Kek sponge
Bahan-bahan:
– 640g tepung sponge vanila (brand dr bwy)
– 8biji telur
– 120g – air
– 2 sudu teh esen vanilla
– 120g – minyak
– Pewarna atau perisa jika perlu
Ads
Cara penyediaan:
1. Mix tepung sponge vanila, telur,air,esen sehingga kembang.
2. Masukkan minyak sebatikan
3. Tambah perisa n perasa jika nk buat perisa…
4. Sukat 80gram setiap bks 4500.. bakar 30-40minit mengikut oven masing-masing. Suhu 150 api atas bawah
Adunan cheese leleh:
1kg cream chese – suhu bilik
100gram – susu pekat manis
700g – 800g fresh cream
Ads
Cara penyediaan:
1. Putar cream chees3 dan susu sehingga sebati n gebu sikit.
2. Masuk fresh cream sikit demi sikit.. sehingga dpt testur yg dikehendaki. blh adjust dgn fresh cream…
dh sejuk kek.. taruk adunan cheese.. dan letak filing, tabur parutan cheddar… sejuk kan…siap…
Selepas musim raya, mood dan selera kita seakan mahukan yang simple tetapi sedap. Jika anda penggemar seafood, shellout antara yang boleh anda cuba kerana ia menjimatkan masa malah sajian sebegini paling sesuai di makan seisi keluarga. Anak-anak boleh tumpang sekali makan cuma mama perlukan sediakan versi tak pedas pada anak-anak.
Resipi shellout yang dikongsikan oleh Noor Atika Mahamood ini cukup mudah dan simple. Paling menarik bahan yang digunakan semuanya bahan yang mudah dan senang diperolehi. Tanpa menggunakan bahan tambahan lain, shellout yang dihasilkannya nampak cukup menarik dan terlajak sedap. Nak buatnya pun cukup mudah. Jadi jom cuba Shellout senang dan sedap ni.
Resipi mudah dan sedap
Hai assalammualaikum. Kali ni saya nak share resepi Shellout simple ( cara saya ) guna bahan-bahan apa yang ada kat rumah. Senang je tak susah pun, malah lebih sedap masak sendiri berbanding makan diluar tau. Lagi best bila kita makan comot-comot pun tak perlu nak malu-malu sebab makan kat rumah sendiri takde orang lain tengok. Nak ratah sampai licin pun takde masalah. Selalu makan shellout kat kedai mesti malu-malu nak ratah kan?
**Tambah pula resepi ni cukup segala rasa pedas, masam, manis, masin rasa kari dan aroma daun limau purut semua balance secukup rasa. Masakan dari air tangan sendiri, sambil masak sambil selawat in sha Allah sedap. Ok jom tengok bahan-bahan dan cara memasak di bawah.
“SHELLOUT SIMPLE”
Bahan-bahannya :
1 kg ketam
1/2 kg sotong
1/2 kg udang
1 biji jagung manis **potong & rebus
6 biji bawang merah
6 biji bawang putih
Halia besar ibu jari
5 tangkai lada kering *sikit je sebab lada yang saya guna ni jenis yang pedas.
4 batang serai *diketuk
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan serbuk kari ikan babas
2 tangkai daun kari
4 helai daun limau purut
Carrot, brokoli, bunga kubis agak-agak je
1 kiub ayam
Sedikit hirisan lemon *hiasan*
Mula-mula celur dulu semua bahan-bahan diatas. Celur sayur air lain. Celur seafood air lain okey.
Kisar bawang merah, bawang putih, lada kering dan halia.
Tumis serai sampai naik bau, masukkan daun kari, masukkan bahan-bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.
Masukkan bancuhan serbuk kari tumis sampai pecah minyak sekali lagi, kemudian masukkan sos tiram, sos cili.
Masukkan air rebusan seafood, asam jawa, gula, kiub ayam. Kalau tiada kiub ayam masukkan garam dan perasa. Perasakan secukup rasa masam manis, masin, pedas semua. Masukkan daun limau purut.
Masukkan seafood. Balik-balikkan sampai sebati.
Siappp!!!
Makan kat rumah tak kisah comot-comot dengan anak-anak. Sebab takde sapa nak tengok.
Wajib cuba tau. Berbaloi buat sendiri. Semoga bermanfaat kepada semua dan selamat mencuba.
Teringin nak makan sesuatu yang ‘light’ sebab dah bosan makan nasi bersama lauk. Mahukan sesuatu yang mudah dan ringkas tetapi masih mampu buat kita kenyang.
Anak-anak juga kurang gemar nasi jadi nak kena cari resipi yang sesuai untuk menarik selera makan mereka. Memandangkan di kebanyakan kawasan sekarang musim hujan, memang sedap kalau dapat makan sesuatu yang panas seperti sup.
Menerusi perkongsian Zurina Zulkefli di grup masakan Masak Apa Hari Ni? (MAHN), telah berkongsi resipi sup wantan yang mudah untuk disediakan.
Sup Wantan Untuk Minum Petang
Bahan Inti:
✓ Daging ayam kisar jenama Ramly
✓ Kulit wantan
✓ Lobak merah – cincang
✓ Daun bawang – hiris
✓ Tepung jagung – 1 sudu makan
✓ Kiub pati ayam – separuh
✓ Campurkan semua sekali dan gaul sebati
✓ Bungkus inti menjadi wantan
Cara Memasak:
✓ Panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam.
✓ Masukkan wantan dan rebus sehingga masak.
✓ Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.
✓ Akhir sekali boleh masukkan wantan.
✓ Sedia dihidang.
Pasti berselera makan seringkas ini. Tetap mengenyangkan dan inti wantan boleh digantikan mengikut citarasa sendiri. Selain daging, boleh digantikan dengan isi ayam atau udang. Mahu tambah sumber karbohidrat, bolehlah dimasak bersama mi. Sedapnya, selamat mencuba!
Siapa kata makanan berpantang membosankan dan tidak sedap seperti makanan yang kita ambil setiap hari? Menu berpantang sememangnya dihasilkan daripada menu-menu terpilih malah merupakan menu yang sihat dan segar buat ibu yang baru melahirkan anak.
Soal bosan, tidak pedas dan tidak berempah bukan alasan. Jika kita bijak mevariasikan gabungan dalam menu, makanan berpantang selama 44 hari ini menjadi menu yang bakal dirindui selepas habis tempoh berpantang. Tak gitu?
Selain perlukan makanan untuk membekalkan susu buat bayi, makanan juga menjadi penyumbang untuk ibu kembali menjadi sihat dan cergas selepas kehabisan tenaga yang banyak ketika bersalin. Jadi ibu perlu makan lebih dengan berselera. Namun awas jangan terlebih, berat badan anda bakal naik!
Bagi memastikan berat turun lebih pantas, elakkan sama sekali minyak dalam tumisan anda. Lebihkan menu rebus dan panggang serta menu ringkas. Resipi hebat buat anda seperti di bawah:
IKAN SELAR SINGGANG
Bahan-bahan:
2 ekor ikan kelar
2 biji bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 batang serai -diketuk
½ inci lengkuas -diketuk
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Cara Memasak:
1. Didihkan air dalam periuk bersama serbuk kunyit, bahan hirisan, serai dan lengkuas.
2. Masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Biarkan masak dan angkat.
LOBAK PUTIH TUMIS KERING
Bahan-bahan:
1 biji lobak putih -dihiris nipis
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Segenggam ikan bilis
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan lobak merah dan biarkan masak sekejap.
4. Perasakan dengan garam dan angkat.
ROTI PITA TUNA
Bahan-bahan:
4 keping roti pita
1 tin kecil ikan tuna
1 biji bawang merah -dicincang halus
2 helai daun salad
4 keping hirisan tomato
Secubit serbuk lada hitam
Sedikit perahan limau nipis
Mayonise secukup rasa
Cara Memasak:
1. Roti pita dibakar di atas gril sehingga menjadi cukup panas. Kemudian angkat dan potong dua.
2. Isikan setiap poket dengan sehelai daun salad dan kepingan tomato.
3. Gaulkan isi tuna bersama bawang merah, serbuk lada hitam mayones dan perahan limau nipis sehingga sebati.
4. Isikan inti tuna ini secukupnya ke dalam roti pita. Sedia dihidang.
SUP IKAN HARUAN
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan -saiz kecil
2 biji bawang kecil -dihiris
2 ulas bawang merah -dihiris
½ inci halia -dihiris
1 batang serai
2 keping asam keping
1 biji cili merah
1 biji tomato
Garam dan air secukupnya
Cara Memasak:
1. Didihkan bahan hiris bersama serai yang diketuk.
2. Masukkan ikan dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan asam keping, tomato dan cili merah serta perasakan dengan garam.
4. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
SAWI TUMIS AIR
Bahan-bahan:
Sawi secukupnya
2 biji bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 biji cili merah -dihiris
Minyak dan garam secukup rasa
Sedikit air
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan cili merah dan biarkan masak sekejap.
3. Masukkan sayur bersama air dan perasakan dengan garam secukupnya.
4. Biarkan masak sekejap dan angkat.
BUBUR NASI HALIA
Bahan-bahan:
½ cawan beras
Sedikit garam
½ inci halia -dihiris nipis dan digoreng
Air secukupnya
Cara Memasak:
1. Basuh beras bersih.
2. Biarkan dimasak lama hingga menjadi bubur.
3. Tambah air sedikit demi sedikit dan biarkan dimasak lagi hingga pekat.
4. Hidangkan bersama halia yang siap digoreng.
BOTOK ULAM IKAN TENGGIRI
Bahan-bahan:
4 keping ikan tenggiri
8 helai daun betik
2 helai daun kunyit
4 helai daun cekur
1 sudu makan air asam jawa
Sedikit santan
Garam secukup rasa
Bahan B:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 ½ sudu teh rempah kari
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga garing.
2. Kemudian masukkan sedikit santan, air asam jawa dan garam secukupnya. Biarkan masak hingga sedikit pekat.
3. Angkat dan sejukkan.
4. Ambil daun pisang, susun daun-daun dan letakkan rempah yang siap dimasak dan letakkan ikan tenggiri.
5. Letakkan lagi daun dan kukus hingga masak.
IKAN SELAR BAKAR DAN AIR ASAM
Bahan-bahan:
1 ekor ikan selar
Serbuk kunyit dan garam
Bahan Air Asam:
2 biji cili padi
½ biji cili merah
1 biji bawang merah
Air asam secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit belacan
Cara Memasak:
1. Gaulkan ikan selar bersama garam dan serbuk kunyit kemudian bakar hingga masak.
2. Untuk penyediaan air asam pula, satukan kesemua bahan dan gaul sebati.
3. Hidangkan bersama ikan bakar dan nasi panas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...