Musim PKP ini ramai yang mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan sebagai pendapatan sampingan. Ada juga yang ingin menjadikan perniagaan sebagai pekerjaan tetap.

Bagi anda yang baru terfikir-fikir ingin memulakan perniagaan, anda boleh cuba perniagaan membuat kek. Puan Niza berkongsi tentang pengalamanya dalam dunia perniagaan dan bagaimana dia mencuba-cuba pelbagai resipi kek untuk mendapatkan hasil yang terbaik malah dia ikhlas berkongsi resipi keknya agar ramai lagi yang boleh memulakan perniagaan.

Assalammualaikum.. 7 tahun lepas…ni la jualan pertama saya masa bergiat dalam dunia baking.

“Ramai Nak Berniaga Musim PKP, Resipi Ni Boleh 15 Box Kek” Peniaga Tak Lokek Kongsi Resipi

Saya cuba macam-macam resepi nak dapat yang terbaik. Tak jadi tu biasa.. cuba dan cuba.

Zaman dulu semua manual resepi.. ramai yang nak niaga musim pkp ni.. kot resepi saya ni boleh digunakan saya alu-alukan dan saya ikhlas

Resepi ni boleh dapat 15 box saiz 4500

“Ramai Nak Berniaga Musim PKP, Resipi Ni Boleh 15 Box Kek” Peniaga Tak Lokek Kongsi Resipi

IKLAN

Kek sponge

Bahan-bahan:

– 640g tepung sponge vanila (brand dr bwy)
– 8biji telur
– 120g – air
– 2 sudu teh esen vanilla
– 120g – minyak
– Pewarna atau perisa jika perlu

“Ramai Nak Berniaga Musim PKP, Resipi Ni Boleh 15 Box Kek” Peniaga Tak Lokek Kongsi Resipi

IKLAN

Cara penyediaan:

1. Mix tepung sponge vanila, telur,air,esen sehingga kembang.
2. Masukkan minyak sebatikan
3. Tambah perisa n perasa jika nk buat perisa…
4. Sukat 80gram setiap bks 4500.. bakar 30-40minit mengikut oven masing-masing. Suhu 150 api atas bawah

Adunan cheese leleh:

1kg cream chese – suhu bilik
100gram – susu pekat manis
700g – 800g fresh cream

IKLAN

“Ramai Nak Berniaga Musim PKP, Resipi Ni Boleh 15 Box Kek” Peniaga Tak Lokek Kongsi Resipi

Cara penyediaan:

1. Putar cream chees3 dan susu sehingga sebati n gebu sikit.
2. Masuk fresh cream sikit demi sikit.. sehingga dpt testur yg dikehendaki. blh adjust dgn fresh cream…
dh sejuk kek.. taruk adunan cheese.. dan letak filing, tabur parutan cheddar… sejuk kan…siap…

Kredit: Niza Spears

Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI

Baca: “Masa Mengandungkan Dia Mengidam Pakai Emas” Anak Mengamuk Nak Gelang Besar
Baca: “Selalu Doa Nak Suami Ada Masa Bersalin Waktu PKP, Termakbul!” Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dalam Kereta

“Ramai Nak Berniaga Musim PKP, Resipi Ni Boleh 15 Box Kek” Peniaga Tak Lokek Kongsi Resipi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI