Mempunyai anak istimewa memerlukan lebih banyak perkiraan domestik dan logistik buat ibu bapanya. Bagipenjawat awam yang memiliki anak kurang upaya atau OKU, ini adalah kelonggaran yang anda perolehi.
Perkara ini dikongsikan oleh Puan Noriza Hashim ibu kepada anak istimewa Muhammad Aqmar Bin Muhammad Amin, 11 tahun yang mengalami Down Syndrome. Berikut ialah perkongsiannya.
Post tersebut adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan, kajian dan pandangan beliau dan rakan-rakan berkaitan hak sebagai penjawat awam selaku ibu bapa kepada anak OKU. Post tersebut ditulis sebagai kesedaran kepada penjawat awam lain dan cara mendapatkan maklumat dan pandangan tentang permasalahan penjawat awam membesarkan anak istimewa.
PENJAWAT AWAM DAN ANAK OKU
Sudah lama saya nak menulis tentang ni. Asyik tertangguh sebab saya nak mencari sumber yg benar. Sebagai penjawat awam kita tak diterangkan apakah kelonggaran/ keistimewaan/kelebihan (tak le lebih sangat pun) kalau ada anak istimewa. Kadang2 kita salah ambil tindakan sebab kita tak tau peruntukan yg digariskan dan malang pula pihak atasan kita pun tak dapat terangkan maklumat setepatnya. Jadi saya cuba godek2, dan berdasarkan pengalaman sendiri, ini maklumat yg dpt saya share. Kalau kawan2 ada maklumat lain, silakan. Kita tahu sama2.
*Jadi jangan lupa, update dulu status anak: OKU dalam hrmis Dan e-sis. Walaupun dalam e-sis hanya ada satu kategori iaitu CACAT ANGGOTA.
PENEMPATAN BERDEKATAN KEMUDAHAN OKU
*Ibu bapa anak OKU boleh dipertimbangkan utk tidak ditempatkan di kawasan pendalaman yg kurang kemudahan utk anak istimewa seperti hospital, pusat Pemulihan, pendidikan khas. Jadi penempatan di kawasan bandar yg kemudahan yg lebih baik adalah penting utk perkembangan dan kesihatan anak. Macam mana anak2 nak dapatkan terapi aquatic dan terapi berkuda misalnya jika tempat tersebut pun takde kolam renang dan pusat ekuastrian. Belum lg nak pergi sekolah, pusat intervensi, hospital tapi mengambil masa lebih sejam. Alasan ini perlu diberi perhatian membabitkan penempatan dan perpindahan penjawat ke sesuatu lokasi. (Bukan hak mutlak tapi boleh Cuba).
PEMILIHAN WAKTU BEKERJA
Bagi semua anggota perkhidmatan awam yang mempunyai anakanak kurang upaya, kerajaan akan membenarkan mereka bekerja mengikut ‘flexi-hours’ supaya dapat memudahkan urusan kebajikan anak mereka.
Ads
*Penting untuk pilih nak masuk kerja pukul 7.30a.m, 8.00a.m@8.30a.m terutama bila anak OKU susah tidur malam, lewat bangun pagi dan nak hantar sekolah mengambil masa.
MENGURUS ANAK PADA WAKTU KERJA
Kebenaran kepada pegawai awam yang mempunyai anak kurang upaya menggunakan waktu bekerja untuk menguruskan anak-anak mereka?
Boleh dengan menggunakan masa-masa tertentu yang diperlukan dalam Waktu Bekerja biasa mengikut kesesuaian masing-masing seperti surat JPA(S) 1619 Klt. 11(29) bertarikh 30 Ogos 2004.
*Isi borang meninggalkan pejabat.
POTONGAN CUKAI BULAN (PCB) DIKURANGKAN
Tiap2 bulan mesti dipotong PCB. Jadi isi borang berapa bilangan anak OKU dan normal (minta pada admin masing2) jadi bilangan PCB memang kurang. Anak OKU dikira 1anak OKU= 3 anak normal. Tiba2 anak saya 4 orang dah jadi 6 tanggungan.
Ads
PENCEN TERBITAN
Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak OKU penjawat awam yang telah meninggal dunia. Pencen ini
diberikan sepanjang hayat kanak-kanak berkenaan.
CUTI SEPARUH GAJI MENJAGA ANAK.
*Jika rakan2 ada kesulitan menjaga anak OKU yg sakit boleh guna Cuti separuh gaji maksimum 180 Hari. Perlu ada kad OKU, pengesahan doktor@ surat sokongan lain. Dalam borang cuti tersebut ada ruangan yg perlu ditick OKU. Jadi sebelum cuti tanpa gaji, gunakan kemudahan ini dulu.
BERSARA PILIHAN
Jika tak ada jalan keluar tentang penjagaan anak OKU ini adalah langkah terakhir. Tp apa guna persatuan kebajikan tempat kerja masing2 kalau tak ambil kira kebajikan staf sampai perlu berhenti kerja. So sad.
Ads
Jadi kalau ditakdirkan perlu berhenti kerja awal pastikan anda layak mendapat pencen. Bersara pilihan layak dapat pencen jika:
Berkhidmat 10 tahun (tolak cuti tanpa gaji)
Berusia 40 tahun
* Jadi saya sendiri ada 2 tahun nak capai umur 40 tahun dan berkhidmat lebih 14 tahun. Kalau jadi apa2 sebelum tempoh 40 tahun, perlu guna kemudahan cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji. Kalau meninggal sebelum 40 tahun.. anak OKU akan dapat pencen terbitan.
*Perlu diingat wang ganjaran boleh dapat pada tarikh bersara pilihan, tapi wang bulanan pencen hanya dapat bila umur 55 tahun ( tertakluk kepada tahun mula berkhidmat berdasarkan pekeliling masing2).
TASKA OKU/PDK DI TEMPAT KERJA
Ini masih menjadi impian saya dan rakan2 sekerja yang mempunyai anak OKU Di POLISAS. Tapi saya ucapkan tahniah kepada KEM2 TENTERA yang telah mewujudkan PDK Di kem masing2 seperti PDK TUDM Kuantan, TLDM Lumut dan lain2. Kemudahan yang disediakan pun memuaskan.
*Dalam usaha kerajaan baru nak mewajibkan semua jabatan kerajaan mempunyai taska sendiri, saya harap taska OKU di organisation kerajaan patut diberi perhatian. Jika mengharapkan taska OKU dibawah NGO beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun baru mendapat geran daripada JKM.. mungkin saya hanya boleh bermimpi saja. Kasihan kami ibu bapa anak2 istimewa ini terutama apabila tamat waktu sekolah, sekolah bercuti dan PDK ditutup setiap hari jumaat.
Saya berharap ada PET/KJ/Pengarah dan pihak atasan yg mahir memberi nasihat dan solusi berkesan apabila kami OKU parents berdepan dgn masalah mengendali anak OKU.
*post tersebut adalah kenyataan individu yang merupakan pandangan peribadi Puan Noriza sendiri dan bukanlah pernyataan rasmi dari organisasi kerajaan atau pun pihak POLISAS.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak anda rasa pening semasa menyusukan bayi? Kenapa boleh ada simptom ini? Takkanlah menyusukan anak boleh menyebabkan ibu sakit kepala.
Sebenarnya ada sesetengah ibu pernah mengalami sakit kepala ketika menyusukan anak. Tetapi jangan salahkan susu ibu kerana menyusukan anak sama sekali tidak akan menyebabkan ibu sakit kepala.
Sakit kepala ketika menyusukan anak atau lebih dikenali sebagai lactation headache dalam terma bab penyusuan boleh berlaku kerana disebabkan oleh turun naiknya hormon oksitosin dalam proses menyusu.
Sakit kepala yang disebabkan hormon oksitosin ini tidak berbahaya. Kejadiannya sama seperti sakit kepala yang dirasakan apabila hormon oksitosin dilepaskan badan ketika orgasme atau semasa kontraksi bersalin.
Selain sebab-sebab yang disebutkan itu, ada beberapa kesalahan yang dilakukan oleh ibu semasa menyusukan bayi sehingga menimbulkan sakit kepala. Antaranya seperti berikut:
1. Kurang minum air masak. Dehidrasi boleh mencetuskan sakit kepala.
2. Terlalu banyak minum air bergas atau kopi. Minuman seperti ini bersifat diuretik atau menahan cairan.
3. Kurang tidur. Kurang tidur dapat menyebabkan tekanan darah turun. Akibatnya timbul sakit kepala.
4. Salah posisi badan semasa menyusukan bayi. Cuba pastikan kedudukan badan sentiasa relaks atau tidak ada yang tegang semasa menyusukan anak.
5. Kerap menyusukan anak sambil berbaring, tetapi tidak bertukar sisi. Kalau anda menyusukan anak sambil berbaring pastikan berganti sisi sekerap mungkin.
6. Stres dan memiliki perasaan tegang semasa menyusukan anak. Minta tolong suami untuk mengurut bahu atau belakang badan anda bagi mengurangkan tekanan.
7. Banyak makan makanan yang dapat menyebabkan migrain. Sekiranya anda memang jenis yang ada migrain, sebaiknya buat sendiri makanan tenusu untuk memantau pengambilan makanan.
Kalau anda pernah melalui pengalaman sakit kepala semasa menyusukan bayi, cubalah elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh memicu masalah tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang ada segelintir ibu bapa bimbang untuk menghantar anak ke tadika apabila menyedari anaknya lambat bercakap. Bimbang jika anaknya dibuli, tidak tahu minta makanan, tidak tahu berdikari dan takut cikgu yang garang.
Namun, hakikatnya jika anak tidak dihantar awal ke tadika, ia akan memberi kesan kepada perkembangan pertuturan, kemahiran sosial dan kefahaman peraturan.
Panduan menarik ini dikongsi Puan Ruby Izyan Atika Abu Bakar yang merupakan Terapi Bahasa dan Pertuturan diblog miliknya rubyatika.wordpress.com
Selalu ibubapa yang anaknya lambat bercakap, rasa ragu-ragu untuk mula hantar anak ke tadika. Ini sebabnya
Takut anaknya dibuli.
Takut anaknya tak tahu mengadu.
Takut anaknya dibuat cikgu garang.
Takut anaknya lapar, tak tahu minta makan.
Dan 1001 takut lagilah.
Kalau ibubapa mahu anak progress, anda kena hantar juga ke tadika. Apa yang progress?
Kemahiran sosial
Faham arahan rutin
Interaksi dan bercakap
Tumpuan dan tingkah laku
Urus diri (makan dan ke tandas)
Kalau anda tak mula hantar anak ke tadika, sampai bila pun anak anda statik saja. Di tadika, dia kena ikut aturan di tadika. Dia kena ikut arahan cikgu. Dia tengok rakan-rakan lain buat apa.
Ramai ibu bapa takut sangat kalau anaknya dibuli. Padahal dia tak tau, anaknya itulah yang paling terer di situ. Kalau rebut barang, dia mesti dapat juga walau apa cara sekali pun.
Untuk mengelak dari risiko-risiko yang tidak diingini, ibubapa mestilah survey tempat dulu. Ambil tahu tentang:
Kuota guru : murid
IPendekatan bermain vs akademik
Pengalaman guru berdepan dengan murid yang lambat bercakap.
Anda juga boleh berbincang dengan pengusaha jika mereka sudi untuk membenarkan tempoh percubaan untuk anak anda selama seminggu dua. Tengok dan cuba dulu macam mana. Hulurkan bayaran daftar kepada pengusaha. Tidaklah nanti mereka ada rasa berat hati pula untuk mendidik anak anda akibat tidak membayar daftar.
Seperti yang selalu saya terangkan bahawa, kita boleh tahu anak itu lewat bercakap seawal dua tahun. Jika dah dua tahun, masih tak bercakap, maka dia dikira lewat berbanding rakan sebaya.
Maka, jika anda dapat mengesan anak anda lewat bercakap pada usia 2 tahun, terus hantar dia ke taska / nursery. Biar dia bergaul dengan ramai budak di sana.
Di rumah pengasuh / tok wan / opah, dia hanya tengok tv saja kerjanya. Maka, hantar dia ke taska. Dia dapat peluang berkawan dan bermain di sana.
Tak perlu tunggu empat,lima tahun baru nak hantar. Walaupun anda suri rumah. Melainkan jika anda jadi pengasuh dan jaga budak-budak lain di rumah anda. Maka anda boleh kawal penggunaan tv serta mewujudkan suasana interaksi di dalam rumah anda.
Saya harap, tulisan ini membantu ibubapa yang ada anak lambat bercakap untuk CEPAT buat keputusan. Bukannya tunggu Januari 2018. Tapi segera, bulan depan ni, terus pergi daftar.
Kenapa kena segera? Anda nak anak progress segera atau anda tak kisah untuk dia mula progress tahun depan?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila tengok anak usia dua atau tiga tahun nak buat sesuatu atau ingin tolong, sebagai mak ayah kita rasa tak perlu. Sebabnya kita anggap mungkin hasilnya tak seperti yang diharapkan.
Jika diikutkan waktu ini baik untuk proses perkembangan anak walaupun apa yang dilakukan tak sempurna. Biar anak belajar sendiri daripada dia susah nak menolong kita bila mereka besar.
Perkongsian dari Dr Taufiq Razif ini sangat-sangat membantu dan menunjukkan apa yang sepatutnya anak seawal usia dua tahun boleh lakukan.
Baru ni geram juga tengok anak saya yang umur 2 tahun tu basahkan lantai dengan susu. Lebih geram lagi bila dia ambil baju saya dan letak dekat tumpahan susu tu dengan muka yang tak bersalah langsung! Geram je rasa tapi tahan je.
Saya tak boleh halang! Sebab saya kena baca niat di sebalik perbuatan pelik anak saya ni. Bila saya perhatikan balik dari jauh rupanya dia gunakan baju saya tu untuk serap air susu tu sebenarnya.
Ye, dia sedang cuba keringkan lantai dengan keringkan tumpahan susu tu!
Mungkin dia pernah nampak saya ataupun umminya buat benda ni kot. Mujur saya tak larang dia buat ‘ benda pelik ‘ tu tadi. Kalau saya jerit atau jerkah, boleh jadi ‘intention’ ataupun niat suci dia untuk tolong saya tu akan terbantut dan hilang buat selama lamanya!
Padahal mengikut kajian daripada Harvard anak yang buat ‘chores’ ataupun bantu kerja di rumah ni akan jadi orang dewasa yang berjaya! Daripada situ seorang anak belajar ‘work ethic’ untuk menempuhi alam dewasa mereka nanti.
Ni cadangan untuk ajar anak kita buat kerja yang ringan di rumah.
Umur 2-3 tahun :
+ Lap air yang tumpah
+ Sapu habuk
+ Letak baju dalam bakul sebelum mandi
+ Simpan mainan selepas digunakan
Umur 4-5 tahun :
+ Kemas tempat tidur
+ Sidai tuala di tempatnya
+ Cuci cawan dan pinggan plastik sendiri
+ Siram pokok bunga
+ Semua kerja yang umur 2-3 tahun tu buat
Kepada yang ada anak lelaki jangan risau. Setakat ni saya tak jumpa lagi kajian yang cakap anak akan tiba-tiba bertukar jadi pondan lepas dah buat kerja rumah.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.