Polis mengesahkan menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di dalam beg dan diletakkan di kawasan kedai makan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad.
Bayi dalam keadaan sihat
Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan telah terjumpa seorang bayi perempuan berusia dua bulan pada jam 10.49 pagi.
“Pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia yang tiba di lokasi kejadian telah membuat pemeriksaan dan mengesahkan bayi yang dijumpai itu berada dalam keadaan sihat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Ads
Beliau berkata, bayi perempuan tersebut kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.
“Siasatan lanjut masih lagi dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.
Ads
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap mana-mana kejadian tanpa maklumat yang sahih.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.
Gelagat anak bergambar di pagi raya memang mencabar emosi mak-mak. Susah nak dapatkan gambar yang ‘perfect’ bila ada anak kecil dan anak ramai. Itulah yang dialami oleh pasangan pelakon, Aeril dan Wawa Zainal.
Sama seperti ibu bapa lain, Wawa mengakui gambar raya kali ini tiada yang okay sehinggakan dia berseloroh untuk ‘tutup kilang’ kerana susah nak bergambar dengan anak-anak yang ramai dan pelbagai gelagat.
“Terpaling lambat upload gambar raya. Tak ada gambar yang ok. Terus rasa nak tutup kilang. Susah betul nak begambar anak 4”
Pasangan usahawan ini juga sempat mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf kepada pengikutnya di instagram.
Tidak berputus asa dengan gambar hari raya pertama, Wawa masih lagi mencuba untuk gambar raya ke-2 namun hasilnya tetap sama.
“Mmmm raya ke dua sama je.. tak de perfect photo”
“Semalam sedapkan hati, tak apa la esok mesti ada gambar yang ok. Namun hampa dan kecewa. Attar nak menangis kepanasan .. tapi tempat uall panas tak? Merasa kan panas betul ye raya kali ni. On ac pon macam tak jalan”
Rata-rata warga maya terhibur dengan gelagat anak Wawa Zainal yang pelbagai ragamnya.
wnwathiq’s profile picture Pak nyer semua gmbr steady aje.. mak nyer mcm2 gaya dh.. semua mak2 struggle teruk amik gmbr 🤣🤣
ainasha_81’s profile picture Kann..Cerita dia mmg yg plg kecik kena kepit mcm gambar last tu br boleh control sikit 😂😂
shahrizzat123’s profile picture presiden ok tak ok tu? 🤨
wnleana’s profile picture Yg no 3 tu..lg ditayang gigi dia 😂😂
Anak-anak ni kalau membesar sekejap sangat rasanya. Masih terasa debaran ketika detik mahu bersalin, tiba-tiba hari ni dah sambut ulang tahun kelahiran mereka. Banyak perkembangan mereka yang boleh dilihat dari awal kelahiran sehinggalah usia anak hari ini.
Sebagai ibu ayah dah tentulah kita akan berbangga dengan setiap pencapaian anak, biarpun ia mungkin kecil bagi orang lain kan? Apa saja yang anak mampu buat, melihatnya sudah cukup membahagiakan kita sebagai orang tua mereka.
Setiap tahun, Jihan dan Ku Hariz akan memilih tema istimewa sempena hari kelahiran anak sulung mereka itu. Jika tahun lepas tema Transformers menjadi pilihan, tahun ini mereka menjadikan kartun animasi terbaharu, Mechamato sebagai tema untuk menghiasi sambutan hari jadi Arsalan.
Sumber foto: Instagram Jihan Muse
Tambah menarik, bukan saja dekorasi dengan tema kartun itu saja bahkan pasangan ini juga ada menyediakan permainan air untuk tetamu kanak-kanak yang datang memeriahkan majlis. Seronoklah, dapat makan dan main air!
Sumber foto: Instagram Jihan Muse
Di kek hari jadi Arsalan juga terdapat perkataan ‘Mecharsalan 5’, membuatkan ia kelihatan tambah menarik. Rasanya seperti baru semalam Jihan dan suami mengumumkan kelahiran anak mereka, tetapi kini sudahpun berusia 5 tahun.
Semoga Arsalan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang cerdik dan soleh serta sentiasa membanggakan kedua-dua ibu ayahnya. Tema Mechamato ni memang best lah, cantik sangat!
Sumber foto: Instagram Jihan Muse
Sekadar recap, pasangan bahagia ini telah mendirikan rumah tangga sekitar bulan Mac 2016 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq serta Ungku Altamis Barr yang dilahirkan pada bulan September tahun lalu.
Hati ibu mana yang tak sedih, anak yang dilahirkan sihat sempurna diuji sakit sehingga hilang kedua-dua kakinya. Menurut Kaasnida Mohamed Nazar, 34, sempena bulan Ramadan penuh keberkatan doanya hanya mahu melihat anak bongsunya sihat dan aktif seperti kanak-kanak lain.
Berkongsi cerita mengenai Muhamad Ziyad Amzar Muhamad Razif yang dijangkiti kuman meningococcal sehingga hilang kedua-dua kakinya, ibu tabah tersebut cukup pilu.
Tidak hanya kaki, beberapa jari tangan anak bongsu daripada tiga beradik itu terpaksa dipotong demi menyelamatkan nyawanya selepas kuman merebak dengan terlalu cepat.
Jangkitan jenis meningitis itu adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang dan boleh menggagalkan fungsi organ badan.
Mulanya naik bintik merah di kaki
Memetik laporan Sinar Plus, Kaasnida memberitahu, ketika anaknya yang manja dipanggil Ziyad berusia dua tahun, bintik-bintik merah pada kaki tiba-tiba muncul dengan banyak. Beliau juga diserang demam panas melampau dan cirit-birit sehingga tidak mampu berjalan.
“Rupa-rupanya ia merupakan petanda kepada penyakit berbahaya itu. Kemudian, Ziyad tidak lagi aktif seperti biasa. Ketika itu, saya dah mula tidak sedap hati apabila tangan dan kakinya juga lemah.
“Apabila suhu badannya mencecah 39.8 darjah celsius, saya terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Lagi membuat hati saya tak keruan apabila kaki dan jari tangan Ziyad tiba-tiba menjadi lebam kehitaman,“ ujarnya yang mendapatkan khidmat pakar berbeza di dua buah hospital.
Doktor jangkakan hayat Ziyad 50 peratus sahaja
Sebaik doktor memaklumkan hayat anak kecil itu 50 peratus sahaja, perasaan Kaasnida semakin berkecamuk. Ditambah laporan imbasan Computed Tomography yang menunjukkan diagnosis yang meresahkan.
“Setelah dua minggu berada di wad isolasi, doktor beritahu saya, beberapa jari Ziyad terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan lebih parah. Selepas itu, Ziyad disyorkan menjalani pembedahan kali kedua untuk memotong kedua-dua kakinya yang semakin teruk.
“Saya bagai nak pitam mendengar kata-kata doktor. Walaupun hati ini berat, namun kami suami isteri terpaksa merelakannya demi menyelamatkan nyawa si kecil ini,” katanya yang kini menetap di rumah mertuanya di Felda Mempaga Tiga, Bentong.
Risau fikir masa depan Ziyad
Kata Kaasnida, fikirannya hanya memikirkan masa depan si anak. Bagaimana keadaan Ziyad jika bersekolah nanti? Adakah si kecil itu akan mengalami kemurungan? Adakah beliau akan menyalahkan diri sendiri? Bagaimana pula jika diejek rakan sebaya?
“Itu antara soalan yang berputar ligat dalam fikiran saya. Ibu mana tak risau. Sekarang ini pun jika kami keluar berjalan-jalan, mesti ada yang bertanya tentang Ziyad,“ katanya.
Pun demikian, berkat doa ibu dan ayah termasuk orang sekeliling serta kuasa ALLAH SWT, kanak-kanak itu dilihat semakin cekal dan memahami keadaan dirinya yang tidak seperti orang lain.
“Apabila ada orang tanya di manakah kakinya? Dengan tenang Ziyad akan berkata: ‘Ziyad kan sakit, ALLAH kan sayang Ziyad, kaki dan tangan Ziyad kini ada di syurga‘.
“Itulah ayatnya yang ramah menjawab pertanyaan orang. Melihat Ziyad yang kuat semangat, membuatkan saya terus positif dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk Ziyad yang saya sayangi,“ tuturnya.
Meskipun transisi si kecil itu yang kini sudah berusia lima tahun bertambah baik, Kaasnida masih berulang-alik ke Hospital Rehabilitasi Cheras, Selangor untuk latihan fisiologi Ziyad memakai kaki palsu.
Pembedahan susulan
Selain itu, pemeriksaan susulan pakar tulang di Hospital Temerloh turut dilakukan. Namun, suri hati kepada Mohamad Razif Razali, 40, kini sangat lega apabila anaknya sudah bebas daripada jangkitan kuman.
“Selepas menjalani dua lagi pembedahan membuang tulang jari dan kaki pada dua tahun lalu, alhamdulillah kesihatan Ziyad bertambah baik walaupun tidak sepenuhnya.
“Namun, doktor beritahu bahawa tulang kakinya akan memanjang seiring pertumbuhan Ziyad hingga umur 18 tahun. Dia juga perlu dibedah sekali lagi bagi mengelakkannya sukar untuk berjalan ketika menggunakan kaki palsu,“ katanya.
Wanita berkenaan mengaku, keluarga beliau yang bergantung dengan pendapatan suami sebagai operator kilang, selain bantuan kerajaan bernilai RM300 sebulan memang tidak mencukupi.
“Untuk meminta-minta, saya cukup segan. Bayangkan, untuk urusan rawatan susulan dan latihan (fisiologi) memerlukan banyak wang memandangkan kami terpaksa berkampung hampir sebulan di hospital,” ujarnya.
Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan untuk memberi peluang dan memudahkan Ziyad meneruskan prosedur di hospital, bantuan boleh disalurkan terus ke akaun CIMB 7035288877 atas nama Kaasnida Mohamed Nazar.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.