Disebalik watak utama Ejen Ali, siapa sangka ia menggunakan suara seorang wanita yang sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata. Hebatkan!
Memandangkan sekarang demam Ejen Ali The Movie dalam kalangan anak-anak dan telah mencatat satu rekod yang mengkagumkan dalam industri animasi tanah air ia sesuatu yang boleh dibanggakan.
Mungkin ramai ibu bapa dan anak-anak menganggap watak Ejen Ali tu menggunakan suara budak lelaki namun tidak sama sekali.
Ejen Ali adalah ibu dua orang anak
Ads
Karakter Ejen Ali iaitu watak adiwara seorang budak lelaki rupanya menggunakan suara seorang wanita yang sudah bergelar ibu kepada dua orang anak.
Dikenali sebagai Ida Rahayu Yusoff, yang juga bertugas sebagai penyelaras produksi di Wau Animation Studios, dia tidak menyangka kariernya boleh berkembang ke seni lakon suara.
Ads
Ramai tak percaya saya Ejen Ali
Malah, sebenarnya ramai yang tidak percaya bahawa wanita berusia 37 tahun itu, yang membawa watak Ejen Ali iaitu seorang Adiwira kanak-kanak lelaki.
“Ada budak-budak mereka macam tak sangka saya suara ejen, dorang tengok pun macam tak percaya…”
Ads
Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini, dia amat seronok dapat menjayakan watak Ejen Ali kerana suka akan karakter tersebut yang sentiasa bersemangat, baik hati dan tidak mudah berputus asa.
Membawakan suara lain iaitu Fizi dan Oopet dalam animasi Upin Ipin, Ida sebenarnya memasang niat untuk membawa watak perempuan pula memandangkan selalu membawa suara karakter lelaki.
Mungkin wajah dan nama tidak terkenal di layar perak, tetapi keunikan ibu dua anak ini telah berjaya menghiburkan para peminat animasi Malaysia, terutamanya golongan kanak-kanak.
Genap 11 hari melahirkan cahaya mata keempat, pelakon dan usahawan cantik, Wawa Zainal akhirnya mendedahkan wajah puteranya yang sangat comel.
Perkongsian tersebut dibuat melalui laman Instagram Wawa Zainal dan juga suaminya, Aeril Zafrel.
Beberapa keping foto wajah anak keempat Wawa dikongsi sempena majlis cukur jambul yang diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan di kediaman mereka.
Pasangan pelakon ini turut berkongsi nama bayi mereka iaitu Jibril Ibtisam kepada peminat dan warga maya.
“Assalamualaikum jibril ibtisam..day 11 today❤️”
Sebelum ini Wawa pernah berkongsi pengalaman melahirkan baby Jibril di laman Instagramnya. Menurutnya, dia terpaksa menahan sakit pada pukul 2 pagi kerana tak sampai hati nak kejutkan suaminya yang sedang tidur.
“Jam 2am menahan sakit .. tak sampai hati nak kejut aeril.. tunggu la sampai 5am.. sampai-sampai hospital dah 9cm 😅 lain macam sakit dia walaupun anak ke4 da”
Rata-rata warga maya tidak putus-putus memuji kecomelan baby Jibril. Ada juga yang terpesona dengan kecantikan Wawa walaupun sedang berpantang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan sakit hampir setengah jam apabila lidahnya tersangkut pada corong botol dalam kejadian di Baling, Kedah.
Mangsa berusia 6 tahun itu dibawa ke Hospital Baling bagi mendapatkan rawatan sebelum anggota bomba dan penyelamat dipanggil jam 4.50 petang untuk memberi bantuan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling digerakkan ke hospital untuk memberi bantuan khidmat khas hospital.
Disaat kita berbuka dengan pelbagai juadah, kuih-muih, pelbagai jenis air dan pelbagai jenis lauk-pauk, wanita ini bersama anak-anaknya hanyalah berbuka dengan telur hancur goreng untuk mengisi kekosongan perut.
Begitulah hari-hari yang dilalui Marsyila Zakaria bersama tujuh anaknya sepanjang Ramadan ini tiada beza dengan hari yang lain sejak hampir setahun lalu.
Bagi wanita berusia 35 tahun itu, dia dan anak-anak tiada lagi perasaan teruja untuk menyambut bulan mulia ini apatah lagi Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Pernah Berkongsi Nasi Berlaukkan Garam
Sejak suami ditahan di Pusat Pemulihan pada Ogos tahun lalu selama dua tahun, mereka pernah berkongsi nasi berlaukkan garam selama tiga hari kerana tiada wang membeli makanan.
Namun kerana tidak sanggup lagi melihat nasib anak-anak, Marsyila menebal muka mengetuk pintu rumah jiran untuk meminta telur yang digorengnya hancur-hancur bagi menukar selera mereka.
Bagi dirinya, biar seorang ibu tidak makan namun jangan sampai anak-anak kebuluran.
Hanya Bekerja Mencuci Pakaian
Marsyila memberitahu dia hanya bekerja mencuci pakaian di rumahnya yang dihantar orang ramai dengan bayaran RM5 sebakul. Katanya baju itu dicuci menggunakan tangan dan sabun basuh sendiri.
Sekiranya tidak menerima baju hari tersebut, dia akan keluar dengan berjalan kaki sejauh 1 kilometer untuk mencari rumah-rumah yang ingin dibersihkan.
Jelasnya, bayaran yang dikenakan hanya RM30 untuk membersih rumah dan pakaian sekali.
Anak-Anak Kecil Dijaga Anak Yang Paling Tua
Tambahnya sayu, sekiranya masih tiada lagi rezeki untuk hari itu, dia akan mencari restoran untuk meminta kerja mencuci pinggan dengan bayaran RM10.
Sepanjang dia keluar mencari kerja, anak-anak yang masih kecil akan dijaga abang mereka yang berusia 13 tahun dan kini sudah dua bulan tidak pergi ke sekolah.
“Saya bukan jenis meminta dan saya bersyukur kerana kadang-kadang ada jiran yang hulur bantuan.
“Saya akan mencari kerja dahulu dengan kudrat yang ada namun pernah sampai satu ketika memang kami terputus bekalan makanan.
Tidak Sanggup Lagi Ketuk Rumah Jiran
“Saya beri anak-anak makan nasi berlaukkan garam selama tiga hari dan pernah jadikan garam sebagai sup sehingga saya tidak sanggup lagi dan pergi ketuk rumah jiran untuk minta telur yang goreng hancur-hancur untuk digaul dengan nasi dan sedikit garam untuk ubah selera mereka,” katanya sambil mengalir air mata.
Marsyila yang ditemui MalaysiaGazette di PPR Tun Razak Bandar Tasik Selatan di sini hari ini, mempunyai anak berusia antara setahun hingga 15 tahun.
Anak sulungnya tinggal di Asrama Asnaf Darul Takwa Sungai Besi di sini.
Dua Anak OKU
Kisah wanita itu menggambarkan antara keperitan hidup masyarakat di ibu kota yang tidak menyangka akan berdepan ujian getir kerana sebelum ini suaminya yang menyara keluarga dengan membuat kerja-kerja pendawaian elektrik dengan pendapatan mencecah RM2,000.
Ini kerana, anak ketiga dan keempatnya dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).
Tetapi anak ketiganya meninggal dunia enam tahun lalu.
Keluarga ini turut mendapat bantuan barangan asas daripada Baitumal bernilai RM300 seperti beras, susu pekat, minyak dan tepung, selain bantuan ubatan untuk anak OKU sebanyak RM350 daripada Jabatan Jabatan Kebajikan Malaysia.
Alhamdulillah Anak Jenis Faham Dan Tak Minta Makanan Sedap
Marsyila berkata, dia tidak pernah terfikir untuk menyediakan makan dan minum yang sedap dan mewah, namun cukuplah untuk mengisi perut anak-anak.
Katanya, makanan seperti ayam sudah lama tidak dibeli kerana harganya yang mahal kecuali pemberian jiran-jiran.
“Alhamdulillah, anak-anak saya jenis faham dan tidak meminta makan yang sedap. Pernah susu anak habis, saya bancuh susu pekat untuk diberikan kepada meraka.
Anak Masih Menyusu & Memakai Lampin Pakai Buang
“Sebenarnya, kos perbelanjaan saya mencecah RM1,500 sebulan kerana lima anak masih minum susu dan memakai lampin pakai buang serta kos anak OKU yang tinggi.
“Dia tidak boleh lapar dan jika tidak, dia akan mengamuk,” katanya sayu.
Marsyila turut berkongsi kisah sedih tiga hari sebelum Ramadan lalu apabila pengsan ketika keluar mencari rezeki untuk anak-anak.
Ketika itu, katanya dia keluar agak lewat pukul 9 malam kerana sudah seharian mencari rumah untuk dibersihkan namun pulang hampa.
“Lepas anak-anak diberi makan, saya keluar lagi pada waktu malam. Namun dalam perjalanan saya pengsan dan hanya sedar sudah berada di hospital. Terus saya lari keluar kerana ingatkan anak-anak di rumah.
“Sampai di rumah, anak-anak menangis bila nampak saya, terutamanya yang bongsu kerana akan menyusu badan sebelum tidur malam,” katanya yang mengalami tekanan darah rendah ketika itu.
Masih Ada Yang Bersimpati
Marsyila terharu meskipun hidup dalam serba kekurangan dan kepayahan, masih ada orang yang bersimpati dengan dia dan anak-anaknya.
Menurut beliau, kelengkapan di rumahnya seperti sofa dan televisyen terpakai adalah pemberian orang ramai.
Sementara itu, atas dasar simpati, Pertubuhan Kebajikan Muhibbah Mesra Rakyat Kuala Lumpr dan Pertubuhan Kebajikan pembangunan Insahniah Muafakat Penduduk telah hadir melawat Marsyila dan anak-anak serta memberi bantuan pakaian.
Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga ini, boleh menghubungi talian 011-60684586 atau menghulur wang di nombor akaun Bank Islam – 14256020003529 atas nama Marsyila Zakaria. – MalaysiaGazette