Disebalik watak utama Ejen Ali, siapa sangka ia menggunakan suara seorang wanita yang sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata. Hebatkan!

Memandangkan sekarang demam Ejen Ali The Movie dalam kalangan anak-anak dan telah mencatat satu rekod yang mengkagumkan dalam industri animasi tanah air ia sesuatu yang boleh dibanggakan.

Mungkin ramai ibu bapa dan anak-anak menganggap watak Ejen Ali tu menggunakan suara budak lelaki namun tidak sama sekali.

Ejen Ali adalah ibu dua orang anak

Karakter Ejen Ali iaitu watak adiwara seorang budak lelaki rupanya menggunakan suara seorang wanita yang sudah bergelar ibu kepada dua orang anak.

IKLAN

Dikenali sebagai Ida Rahayu Yusoff, yang juga bertugas sebagai penyelaras produksi di Wau Animation Studios, dia tidak menyangka kariernya boleh berkembang ke seni lakon suara.

Ramai tak percaya saya Ejen Ali

Malah, sebenarnya ramai yang tidak percaya bahawa wanita berusia 37 tahun itu, yang membawa watak Ejen Ali iaitu seorang Adiwira kanak-kanak lelaki.

“Ada budak-budak mereka macam tak sangka saya suara ejen, dorang tengok pun macam tak percaya…”

Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini, dia amat seronok dapat menjayakan watak Ejen Ali kerana suka akan karakter tersebut yang sentiasa bersemangat, baik hati dan tidak mudah berputus asa.

Membawakan suara lain iaitu Fizi dan Oopet dalam animasi Upin Ipin, Ida sebenarnya memasang niat untuk membawa watak perempuan pula memandangkan selalu membawa suara karakter lelaki.

Mungkin wajah dan nama tidak terkenal di layar perak, tetapi keunikan ibu dua anak ini telah berjaya menghiburkan para peminat animasi Malaysia, terutamanya golongan kanak-kanak.

Sumber : OMM via Harian Metro & Gempak 360