“Anak saya hiper-aktif!”
⠀
Tolong la sayang, jangan lah sebut anak itu hyper active. Hyper active ini adalah sejenis medical condition, ADHD terlampau lebih. Kebanyakkan kanak-kanak mereka adalah aktif. So jangan terlalu mudah menggunakan perkataan hyperactive ni ya. ⠀
Anak Aktif
Sebenarnya anak yang aktif menunjukkan mereka sihat. Otak mereka pantas berfikir untuk melakukan pelbagai aktiviti. Bayangkan jika anak kita terbaring saja, tentu kita susah hati juga dibuatnya.
Justeru ibu-ibu setkan minda kita untuk memandang situasi itu dari sudut yang positif bagi mengurangkan stres. Tip berikut mungkin boleh membantu kita dalam menangani anak-anak yang sentiasa aktif.
1) Tetapkan peraturan yang jelas untuk anak-anak dan seisi keluarga. Jangan fleksibel kerana kanak-kanak yang aktif ini mereka memerlukan peraturan yang jelas.
Beri penerangan dari mata ke mata tentang peraturan dan minta mereka mengulangi kembali apa yang kita katakan untuk memastikan mereka faham. Perlu faham jika anak buat kesalahan kita kena juga menghukum mereka sebagai pengajaran.
2) Rutin yang tetap boleh membantu kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak cenderung untuk menghadapi kesukaran apabila tidak ada rutin yang tetap dan konsisten. Jika kanak-kanak tahu bahawa waktu tidur adalah pada pukul 9 malam, maka secara semula jadi, itu akan menjadi tabiatnya.
3) Gunakan masa lapang untuk membawa anak-anak keluar bersiar-siar ke taman permainan, membaca buku bersama-sama, atau sekadar bermain dan bergurau dengan mereka. Detik-detik seperti ini boleh membantu terutamanya untuk menjalin hubungan yang mesra dengan anak-anak dan meningkatkan daya tumpuannya secara berperingkat.
4) Elakkan anak daripada banyak menonton TV, dan jangan biarkan menonton TV pada waktu malam terlalu lama. Bunyi TV yang kuat dan kadang-kadang mengkhayalkan boleh merangsang kanak-kanak aktif. Pilih satu atau dua rancangan yang sesuai untuk mereka tonton. Kanak-kanak hiperaktif lebih mudah belajar dengan melakukan aktiviti bukan dengan duduk menonton. Jadi, sediakan banyak aktiviti yang memerlukan pergerakan untuk mereka.
Paling penting usah memberi label yang negatif seperti “buas” kepada mereka.
Sumber: Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI