
Mungkin ramai ibu hamil tak sedar, senaman Kegel ni walaupun simple sangat nak buat, tapi kesannya sangat powerful pada tubuh dan pengalaman bersalin nanti!
Senaman ni antara senaman pranatal terbaik sebab ia bantu persiapkan badan terutamanya kawasan pelvik untuk melalui proses kelahiran dengan lebih lancar dan tenang.
Kegel ni juga bantu letakkan bayi dalam posisi optimal (dikenali sebagai left occiput anterior atau LOA), iaitu posisi paling sesuai untuk lahir dengan mudah.

Apa Itu Senaman Kegel Sebenarnya?
Senaman Kegel ni fokus pada otot lantai pelvik iaitu kawasan yang menyokong organ penting macam faraj, rahim, pundi kencing dan usus. Bila otot ini kuat, ia bantu cegah masalah macam urine leakage (kebocoran air kencing) yang biasa berlaku semasa atau lepas bersalin.
Menurut kajian, kawalan otot lantai pelvik yang bagus akan membantu waktu proses meneran. Bila ibu tahu cara untuk relaks dan kawal otot semasa bersalin, barulah bayi boleh keluar dengan lebih mudah.
Apa Manfaatnya Untuk Ibu Hamil?
✅ Menyokong pundi kencing, rahim & usus
✅ Kurangkan risiko terkucil masa mengandung
✅ Bantu kawal otot meneran masa bersalin
✅ Pulihkan otot pelvik selepas bersalin
✅ Kurangkan risiko masalah incontinence lepas bersalin
Bonusnya, senaman ni boleh terus diamalkan walaupun selepas bersalin malah bagus untuk bantu penyembuhan kawasan perineum, dan kuatkan kembali otot-otot yang terkesan masa proses kelahiran.

Cara Buat Senaman Kegel Dengan Betul
Tak perlu ke gym pun, boleh buat sambil duduk tengok TV atau baring sahaja! Caranya mudah:
- Kemut otot pelvik (macam nak tahan kencing) selama 3 saat
- Lepaskan secara perlahan-lahan selama 3 saat
- Ulang sebanyak 10–15 kali – ini dikira 1 set
- Buat 3 set sehari – pagi, petang & malam
Lepas sudah biasa, naikkan tempoh kemutan ke 5 saat, dan seterusnya ke 10 saat. Fokusnya ialah kawal dan relaks otot tu secara teratur. Lama-lama, otot lantai pelvik akan jadi lebih kuat dan responsif!
Senaman Kegel memang bukan senaman yang nampak ‘glamour’ atau viral macam yoga atau pilates, tapi hakikatnya ia antara senaman paling penting untuk wanita hamil.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak Cepat Sembuh Luka Bersalin, Kena Rajin Cuci & Amalkan ‘Cebok’

Selepas melahirkan anak, terutamanya kelahiran secara normal akan ada luka pada vagina ibu. Luka bersalin perlu diberi perhatian dan dibersihkan dengan betul. Ada sesetengah ibu merasa takut untuk mencuci luka kerana rasa pedih dan ngilu apabila melihat keadaan luka. Sebenarnya jika dijaga dengan baik, luka bersalin boleh segera sembuh.

Membersihkan luka selepas bersalin sangat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kawasan tersebut. Jangkitan kuman boleh menyebabkan luka menjadi gatal dan kemudian bernanah. Itu lebih sakit dan sukar untuk dijaga. Penjagaan rapi juga boleh membersihkan segala kotoran pada bahagian intim yang berkemungkinan membawa kepada jangkitan penyakit.
Artikel Menarik: [Tak Perlu Tanya Jenis Jahitan Atau Berapa Banyak, Janji ‘Koyakan’ Ibu Sembuh Semula]
Amalkan ‘Bercebok’ Untuk Membersih
Amalan ‘bercebok’ adalah istilah yang digunakan oleh orang tua zaman dahulu untuk membersihkan bahagian intim si ibu. Ia boleh dibuat sendiri, bahannya mudah dicari dan tidak memerlukan modal yang besar. Apa yang anda perlukan hanyalah:
Sedikit garam kasar
2-3 keping asam gelugor
Daun sirih
Rebuskan semua bahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan ke dalam bekas basuhan dan tambahkan air paip sedikit. Pastikan air cebok bersuhu suam dan bersihkan luka dengan air terlebih dahulu. Kemudian bolehlah bercebok dengan air rebusan tadi. Amalan ini sebaiknya dibuat dua kali sehari. Tunggu sehingga hari keempat atau kelima sebelum memulakan amalan bercebok.
Bertangas Hilangkan Bau Hanyir Pada Bahagian Intim
Selain amalan bercebok, ibu selepas bersalin digalakkan untuk membuat tangas. Tangas sangat baik dan berkesan untuk menghilangkan bau kurang enak pada bahagian intim.
Selain itu, amalan bertangas dapat membasmi kuman serta melancarkan peredaran darah nifas.
Ini membolehkan saki baki darah dalam rahim dikeluarkan. Bagi memudahkan ibu dalam pantang, anda boleh mendapatkan tangas yang sedia digunakan di pasaran. Tetapi seeloknya dibuat sendiri untuk menjamin kesegran serta kualitinya.
Resipi tangas paling mudah yang boleh anda buat sendiri:
Sedikit manjakani
Sedikit kunyit
Sedikit halia

Garam

Daun pandan
*Bahan-bahan ini digunakan dalam kuantiti yang lebih kurang sama kecuali daun pandan. Tambahkan daun pandan jika anda mahu bancuhan tangas anda lebih harum.
CARA MEMBUAT:
- Rebus semua bahan sehingga mendidih.
- Masukkan ramuan tangas ke dalam baldi.
- Rebusan herba diletakkan di bawah kerusi berlubang di tengah.
- Sarungkan kain batik dan duduk di atas kerusi tersebut.
- Bertangas sambil melakukan senaman kegel selama 20 minit
Tahukah anda, bertangas sambil membuat senaman kegel dapat menguatkan otot vagina dan membantu ia menjadi lebih ‘mencengkam?’. Selain itu, masalah kentut vagina juga dapat diatasi dengan amalan bertangas.
Jangan Takut Untuk Bersihkan Luka
Kebersihan pada bahagian intim bukan sekadar memerlukan anda untuk bercebok dan bertangas sahaja. Ibu harus rajin menukar tuala wanita sekurang-kurangnya dua jam sekali. Setiap kali selepas membuang air, cuci bersih dan keringkan. Luka yang dikeringkan dengan baik dapat mengelakkan jangkitan kuman serta mempercepatkan proses untuk sembuh.
Artikel Menarik: [“Lain Benor Baby Dengan Maknya.” Tak Perlu Ungkap Perkara Ni Depan Ibu Baru]
Selesai bercebok, sapukan ubat luka yang diberikan oleh doktor. Jangan merasa takut untuk membersihkan luka. Amat penting ia dibersihkan dengan baik bagi mengelakan jangkitan kuman. Jika susah atau anda merasa takut, mintalah bantuan suami untuk membersihkan luka anda.
Makanan Sembuhkan Luka
Selain mengamalkan petua lama atau menggunakan ubat untuk membersihkan luka, anda boleh makan makanan berkhasiat. Buah limau yang kaya dengan vitamin C sebagai contoh, dapat memperbaiki sel kulit dan menyembuhkan luka dari dalam. Ia juga dapat mengelakkan masalah sembelit sekaligus boleh mengurangkan rasa khuatir ibu untuk membuang air serta membersihkan luka.

Amalan memakan kunyit muda yang dihiris nipis sebagai ulam juga amat baik. Kunyit bertindak sebagai bahan antiseptik semula jadi yang mempercepatkan pengeringan luka. Kunyit juga dapat mematikan kuman sekaligus melindungi bahagian intim dari terkena jangkitan.

Jika anda tidak mempunyai masalah untuk memakan labu, ia juga elok untuk menyembuhkan luka. Kandungan magnesium dalam labu membantu untuk mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit yang baharu.
Amat penting agar ibu tidak merasa takut untuk membersihkan luka kerana amat penting bahagian intim dijaga sebaiknya. Banyakkan bertanya dan membaca untuk menambah ilmu supaya anda bersedia untuk melalui fasa berpantang dengan lancar dan tidak bermasalah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Ikat Salur Peranakan Haram Kalau Tak Mudaratkan Nyawa Isteri”-Ustaz Azhar Idrus

Kehamilan dan kelahiran adakalanya mengundang kesan buruk kepada wanita, apatah lagi yang boleh mengancam nyawa.
Mengikat salur peranakan atau Bilateral Tubal Ligation salah satu cara untuk mengelakkan terjadinya kehamilan. Atas alasan sudah mempunyai anak yang ramai dan kesihatan isteri yang terganggu

Perkongsian daripada pendakwah, Ustaz Azhar Idrus ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa dalam perkara berkaitan perancangan keluarga. Meneruskan kehamilan walau pun ia jelas mengancam nyawa ibu membahayakan.
IKAT SALURAN BERANAK
SOALAN :
Apakah harus disisi syarak isteri saya mengikat saluran peranakan dengan nasihat doktor bertujuan tidak lagi melahirkan anak di masa hadapan memandangkan saya telah mempunyai anak yang ramai dan jika isteri saya hamil lagi maka akan memberi mudharat kepada nyawa isteri saya?
JAWAPAN :
Perbuatan mengikat saluran peranakan yang mengakibatkan tidak dapat beranak lagi di masa hadapan adalah haram disisi syarak apabila bukan kerana darurah kepada yang demikian itu.
Ini adalah kerana akan mengurangkan manusia yang membawa kepada tidak mempunyai keturunan. Sedangkan berketurunan itu itu adalah salah satu dari lima perkara yang mesti dipelihara yang menjadikannya oleh Islam sebagai tujuan-tujuan yang utama.
Ada pun jika darurah kepada yang demikian itu seperti bahawa dibimbangi kemusnahan atas nyawa isteri apabila ia hamil pada masa hadapan dan menasihatinya oleh doktor yang dipercayai maka mengikat saluran peranakan atas jalan berkekalan seperti ini adalah diharuskan dan tidak berdosa atas yang bertanya.

Wallahua’lam ….………………………………………………………. Teks asal :
عملية الربط النهائي للرحم
الرقم المسلسل : 445
أحيط سيادتكم علمًا بأنني في حالة صحية متعبة لا أستطيع معها الإنجاب مرة أخرى، حيث إن لدي خمسة أطفال ونصحني الأطباء بأن أكتفي بهذا؛ لأن ظروفي الصحية تمنعني من الإنجاب مرة أخرى، بحيث إن الحمل مجدَّدًا فيه خطرٌ على حياتي، وبأن أعمل عملية ربط نهائي للرحم. فهل هي جائزة؟
الجواب : فضيلة الأستاذ الدكتور علي جمعة محمد
عملية الربط النهائي للرحم إذا كان يترتب عليها عدم الصلاحية للإنجاب مرة أخرى حرام شرعًا إذا لم تَدْعُ الضرورة إلى ذلك؛ وذلك لما فيه من تعطيل الإنسال المُؤدي إلى إهدار ضرورة المحافظة على النسل، وهي إحدى الضرورات الخمس التي جعلها الإسلام من مقاصده الأساسية، أما إذا وُجدت ضرورة لذلك؛ كأن يُخشى على حياة الزوجة من الهلاك إذا ما تم الحمل مستقبلًا، فالذي يحكم بذلك هو الطبيب الثقة، فإذا قرر أن الحل الوحيد لهذه المرأة هو عملية الربط الدائم فهو جائزٌ، ولا إثم على السائلة.
والله سبحانه وتعالى أعلم. دار الإفتاء
View this post on InstagramA post shared by Ustaz Azhar Idrus (@uaioriginal) on
Sumber: uaioriginal

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Stretch Mark Makin Jelas Bila Perut Besar, Ibu Boleh Ambil Langkah Awal Untuk Bersedia!

Pelbagai perubahan fizikal akan berlaku pada tubuh seorang ibu sepanjang tempoh kehamilan. Antara yang sering menjadi igauan ngeri buat bakal ibu ialah kemunculan kesan regangan kulit, atau lebih dikenali sebagai stretch mark.
Hampir semua ibu hamil akan berdepan dengannya, cuma tahap dan kejelasan tanda ini berbeza-beza. Persoalan yang sering berlegar di fikiran ibu ialah: bolehkah kesan regangan kulit ini dicegah?

Apa Itu Kesan Regangan Kulit?
Kesan regangan kulit, atau istilah perubatannya striae distensae, ialah garisan yang kelihatan pada permukaan kulit. Ia boleh berwarna kemerahan, merah jambu, keunguan, atau kelabu, bergantung pada jenis kulit serta tahap kemunculannya. Garisan ini lazimnya timbul pada bahagian tertentu tubuh seperti perut, dada, pinggul, paha dan bahagian bawah badan.
Mengapa Stretch Mark Muncul?
Stretch mark terjadi apabila bahagian tubuh membesar dengan cepat sehingga kulit tidak sempat menyesuaikan diri. Gentian elastik di bawah kulit pecah, lalu meninggalkan garisan regangan yang jelas kelihatan. Semasa hamil, tubuh ibu mengalami banyak perubahan — berat badan bertambah, perut semakin membesar, dan payudara juga menjadi lebih besar. Semua faktor ini menjadikan stretch mark lebih mudah timbul.
Menurut kajian daripada American Academy of Dermatology, sekitar 90 peratus wanita hamil akan mengalami kesan regangan kulit, khususnya selepas kandungan mencecah enam hingga tujuh bulan. Jadi, ia adalah sesuatu yang sangat biasa dan tidak perlu membuatkan ibu rasa rendah diri atau tertekan.
Bolehkah Stretch Mark Dicegah?
Hakikatnya, tiada cara yang benar-benar boleh mencegah stretch mark daripada muncul. Namun begitu, ibu hamil boleh bersedia lebih awal dengan menjaga kulit dan tubuh sebaik mungkin. Persediaan awal ini bukan sahaja membantu mengurangkan risiko stretch mark menjadi teruk, malah memudahkan rawatan sekiranya ia tetap muncul.

Tip Menangani Stretch Mark Semasa Hamil
Pastikan tubuh kekal hidrat – Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kulit yang lembut dan lembap lebih kuat dan kurang mudah pecah.
Sapukan krim atau pelembap – Bahagian tubuh yang kering lebih mudah mengalami regangan. Gunakan losen atau krim khusus di kawasan yang berisiko seperti perut, paha dan dada untuk mengurangkan rasa gatal dan mengekalkan kelembapan.
Amalkan pemakanan sihat – Makanan kaya nutrien seperti vitamin C, D, E, protein, dan zink sangat baik untuk kesihatan kulit. Ia membantu kulit lebih elastik dan mampu menampung perubahan tubuh ibu hamil.
Rawat dari awal – Stretch mark yang masih baru lebih mudah dirawat berbanding yang sudah lama. Jadi, jangan tunggu lama. Jika mula nampak tanda regangan, ambil langkah rawatan segera.
Terima Diri, Sayangi Proses Hamil
Stretch mark adalah perkara normal dan hampir semua ibu hamil akan melaluinya. Walaupun ia mungkin membuatkan ibu rasa kurang yakin, jangan lupa bahawa garisan tersebut adalah simbol perjalanan indah membawa zuriat. Apa yang penting, ibu menjaga tubuh dengan sebaik mungkin — kekal hidrat, sapu krim secara konsisten, dan amalkan pemakanan sihat.
Jika stretch mark tetap hadir, ia tidak akan kelihatan terlalu teruk dan ibu boleh mula merawatnya lebih awal. Ingatlah, setiap garis yang muncul adalah tanda kasih sayang dan kekuatan seorang ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


