Selepas usahawan dan pengacara, Neelofa mendedahkan kelahiran bayi keduanya semalam, ramai yang muda ternanti-nanti wajah dan nama anak kedua pasangan ini.
Namun menurut laporan Harian Metro, suami kepada Neelofa yang juga pendakwah bebas, PU Riz berkata pilihan nama anak keduanya merujuk pada hadis Rasulullah SAW.
“Buat masa sekarang nama anak sudah ada, insya-Allah, saya dan isteri akan kongsi selepas genap tujuh hari.
“Nama untuk anak kedua ini juga memberikan maksud yang baik.
Ads
“Saya ingin berkongsi sedikit yang mana dalam Islam menyuruh umatnya menggunakan nama yang baik.
“Pada hari kiamat kelak, mereka akan diseru dengan nama itu. Malah dalam hadis Rasulullah pun ada menyatakan perkara ini,” katanya.
Ads
PU Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan anak pertama, Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.
Shuhada Shukri sekali lagi menyentuh hati ramai apabila berkongsi pesanan penuh makna buat dua anaknya. Walau badai rumah tangga pernah melanda, kasih seorang ibu tetap memilih untuk mendidik dengan adab dan hormat.
Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi itu menegaskan bahawa walau apa pun yang berlaku antara dirinya dan bekas suami, figura seorang ayah tetap perlu dihormati oleh anak-anak.
Menurut Shuhada Shukri, dia sentiasa mengingatkan dua anaknya agar tidak melupakan peranan seorang ayah dalam hidup mereka.
“Walau apa pun yang berlaku, dia tetap abah kepada Humairah dan Umar,” katanya dalam satu temubual bersama Melodi TV3.
Pendirian Shuhada Shukri itu jelas menunjukkan kematangan dalam mendidik anak-anak agar tidak terheret sama dalam konflik orang dewasa. Baginya, hormat kepada ibu dan ayah tetap perlu dipelihara walaupun hubungan suami isteri telah berakhir.
Kini menetap di Melbourne, Australia, Shuhada Shukri mengakui dia dan anak-anak bersyukur dapat meraikan Ramadan dan Aidilfitri di perantauan untuk tahun kedua.
Walaupun tempoh berpuasa di sana lebih panjang, Humairah dan Umar tetap dilatih berpuasa mengikut kemampuan usia mereka satu proses pembelajaran yang membina disiplin dan jiwa. Bagi Shuhada Shukri, pengalaman ini menjadi ruang untuk membentuk ketahanan mental dan spiritual anak-anaknya.
Lebih membanggakan, Humairah baru-baru ini menerima anugerah Pelajar Terbaik di sekolahnya. Kejayaan itu bukan sekadar keputusan akademik, tetapi simbol kekuatan dan doa yang tidak pernah putus.
“Kadang-kadang apa yang kita doakan dalam diam, Allah makbulkan satu persatu,” ujarnya sebak.
Selepas melalui episod perbicaraan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Shuhada Shukri akhirnya memperoleh hak penjagaan penuh (hadanah) ke atas Humairah, 9, dan Umar, 6.
Walau bagaimanapun, dalam masa sama bekas suaminya menyatakan kerinduan kerana sudah lama tidak bertemu anak-anak. Situasi ini sekali lagi mengingatkan bahawa dalam dunia keibubapaan, kepentingan emosi anak-anak harus diutamakan.
Wanita kelahiran Perlis itu turut menekankan bahawa walaupun jauh merantau, budaya, adab dan nilai kekeluargaan tetap perlu disemat kukuh dalam diri anak-anak.
Untuk rekod, Shuhada Shukri berhijrah ke Melbourne pada Julai 2024 bagi menyambung pengajian di sebuah universiti di sana. Beliau dan Hafidz pernah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 sebelum berpisah pada 24 Februari 2023 selepas tujuh tahun bersama.
Sementara itu, Hafidz kini sudah mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Athira Yuhada pada Disember 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Di sebalik segala kisah yang berlaku, mesej yang dibawa oleh Shuhada Shukri cukup jelas anak-anak tidak wajar memikul beban konflik orang dewasa. Membesarkan anak dengan hati yang bersih dan penuh hormat jauh lebih penting daripada menyimpan dendam yang tidak berkesudahan.
Guru sedih, luah rasa kecewa bila ada ibu bapa tak hirau tahap pembelajaran anak. Ibu bapa bukan sahaja bertanggungjawab terhadap kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka, tetapi juga memainkan peranan besar dalam pendidikan.
Terdapat sebilangan ibu bapa yang kurang peka atau menghiraukan tahap pembelajaran dan penguasaan anak-anak mereka di sekolah. Sikap ini boleh mendatangkan kesan negatif terhadap perkembangan intelektual dan emosi anak-anak.
Menerusi satu video di TikTok, seorang guru menzahirkan kekecewaannya dengan sikap ibu bapa yang tidak menghiraukan tahap pembelajaran dan penguasaan anak mereka di sekolah.
Guru berkenaan yang dikenali sebagai Nurul Syafwah, ada ibu bapa yang tidak menghiraukan nasihat guru-guru supaya anak dibawa berjumpa pakar.
“Minggu ini saya sangat sedih dan kecewa dengan ibu bapa seorang murid saya ini sebab dia memang berkeras, tidak bagi respons dengan cadangan kami, guru-guru untuk bawa anaknya berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan diagnosis.
“Cikgu-cikgu ini tidak suka-suka nak suruh anak awak dibawa jumpa doktor kalau melainkan kami merasakan anak itu memang kena jumpa doktor,” katanya.
Jelas Nurul Syafwah lagi, ada ibu bapa anak muridnya itu hanya membuat penafian serta meletakkan harapan bahawa anaknya itu masih boleh belajar dalam aliran perdana.
Sebenarnya keengganan ibu bapa mengikut saranan guru sebenarnya hanya akan menganiaya anak mereka sendiri.
“Kesian dengan anaknya sebab dia memang dah lemas dalam aliran perdana ini, tahu tak.
“Jadi ibu bapa tolong semak buku tulis anak-anak, tengok kerja (sekolah) mereka, kalau dah dapat aduan daripada guru yang mengajar tolong jangan paksa anak terus belajar dalam aliran perdana,” katanya.
Tambah Nurul Syafwah, ibu bapa bertanggungjawab membantu dan memberi sokongan kepada anak itu supaya dia boleh mendapat pendidikan yang sepatutnya diterima.
“Hutang mesti dibayar.” Begitu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju terus memberikan diskaun sehingga 15 peratus bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Tambah beliau lagi ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat semalam, diskaun itu akan bermula hari ini selama lima bulan, iaitu sehingga 2023 sehingga 31 Mac 2024.
Beliau berkata, ia adalah selari dengan usaha kerajaan untuk membina sikap tanggungjawab dalam kalangan pelajar.
“Hutang mesti dibayar. Bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam, Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN,” katanya berkongsi.
Pemberian kadar diskaun adalah seperti berikut: * Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman. * Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran. * Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual
Tambah Perdana Menteri lagi, inisiatif diskaun yang dibahagikan kepada tiga kadar yang berbeza itu bertujuan bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam.
“Pertama, diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman. Kedua, diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
“Ketiga, diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” katanya.
Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut: