Kebanyakan wanita tidak sedar ada fibroid pada rahim mereka. Doktor ini menjelaskan salah satu puncanya ialah obesiti.
Dr Muhammad Izat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan menjelaskan terdapat 8 simptom fibroid pada wanita. Ramai yang tidak perasan kewujudannya.
APAKAH FIBROID?
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan tak berbahaya yang melibatkan dinding rahim. Juga dipanggil sebagai leiomyoma. Ada pelbagai jenis fibroid – merangkumi saiz yang berbeza dan lokasinya pada dinding rahim tu.
Walaupun saya cakap fibroid ini tak berbahaya, pembaca perlu tahu bahawa kurang dari 1% fibroid ni bole bertukar menjadi jenis berbahaya dinamakan leiomyosarcoma.
1 DARI 3 WANITA MEMPUNYAI FIBROID
Fibroid sangat biasa berlaku pada wanita, jadi jangan ler terkejut kalau doktor cakap ada fibroid ternampak masa scan. Tanpa disedari pun boleh ada fibroid. Kekerapanya dalam 3 wanita, seorang akan ada fibroid.
Pelbagai saiz fibroid, dari saiz milimeter hinggalah boleh jadi sebesar lebih 10 cm dan fibroid dinamakan mengikut lokasinya. Perlu tahu fibroid ni lazimnya tak menimbulkan apa-apa masalah sebab kekadang kewujudannya tak disedari pun.
Kalau fibroid menimbulkan masalah – masalah yang biasa adalah period banyak, period sakit ( senggugut ) , terasa ‘benda’ menekan bahagian pundi kencing pada rectum menyebabkan sekejap-sekejap nak kencing, rasa nak berak tapi tak kluar apa apa pun, ada juga yang melaporkan rasa sakit.
Fibroid ni berkaitan dengan hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Jadi bila da menopos atau putus haid, takde dah bekalan hormon-hormon ini menyebabkan saiz fibroid ni mengecut. Tapi, jika da putus haid, saiz fibroid plak tak mengecut sebaliknya makin besar atau bertambah-tambah jumlahnya adalah tanda-tanda tak bagus – fibroid ini adalah jenis yg bahaya ( leiomyosarcoma).
Ads
PUNCA FIBROID TUMBUH
Kenapa berlakunya fibroid?
Tanya la sesapa pun. Semua pakar dan kajian demi kajian mengatakan punca sebenar fibroid ini masih belum diketahui asal usulnya.
Banyak kajian membuktikan bahawa fibroid berkaitan rapat dengan hormon wanita sebagaimana yang saya jelaskan tadi. Sebab tu ada perkaitan obesiti dan fibroid ni.
Kenapa obesiti ? Sebab lemak-lemak degil yang terkumpul dalam badan ni menyimpan hormon wanita. Hormon yg tersimpan dengan banyak ni dikatakan menjadi punca fibroid terjadi. Ha so ape lagi? Jom kuruskan badan!
Ads
GEJALA-GEJALA FIBROID
Semua gejala dinyatakan ni bukan spesifik kepada orang yang ada fibroid. Maksudnya bukan fibroid sahaja penyebab simptom-simptom ini. Jangan melompat terus buat diagnosis sendiri bila dengar orang ada simptom mcm ni ataupun diri sendiri ada masalah mcm ni.
Pendarahan period yang luar biasa banyaknya.
Sakit period yang melampau2 sampai tak boleh pegi kerja atau pegi kolej atau pegi sekolah sehingga guling-guling kat umah dan memerlukan MC.
Perut terasa buncit. Mungkin disangka lemak terkumpul tapi sebenarnya bengkak dari rahim atau ovari. Bila cakap camni, semua orang buncit dah cuak pegang-pegang perut sendiri. Perut buncit saja bukan disebabkan fibroid ya. Tinja penuh dalam usus pun boleh sebabkan perut buncit bukan sekadar lemak tepu.
Terkencing-kencing kerap. Baru kencing tadi rasa nak kencing lagi. Sebab fibroid besar boleh menekan pada pundi kenci menyebabkan rasanya nak kencing. Beriya berlari pegi toilet, tapi ciput je kencing yg kluar, kadang-kadang tak ade langsung.
Sakit bahagian bawah perut – kadang2 tak period pun sakit gak. Disebabkan berlaku perubahan degenerative pada fibroid yang menyebabkan sakit.
Susah nak mengandung. Kalau mengandung pula tak lekat lama. Fibroid pada dinding rahim yang melibatkan penempelan janin boleh menjejaskan penempelan janin dan berakhir dgn keguguran. Haa bukan fibroid je tau boleh sebabkan keguguran, banyakkkk lagi sebab lain.
Untuk mereka yang hamil, fibroid pada bahagian bawah rahim boleh menganggu pemusingan bayi dalam rahim – tetiba baby berada dalam keadaan songsang ke melintang ke sebab fibroid besar menghalang bayi berpusing supaya kepalanya di bawah. Baca betul-betul kat sini, fibroid yang besar. Fibroid ciput atau cenonet takda menyebabkan masalah ini.
Fibroid yg besar jenis tergantung kat luar rahim boleh terpintal (torsion) menyebabkan sakit ( rujuk gambar )
KESAN TUMBUHNYA FIBROID
Apa yang boleh dibuat dengan fibroid ni?
Fibroid yang tidak menimbulkan apa apa masalah atau kecil tak perlu dibuang dan tidak memerlukan apa-apa rawatan. Jangan ler meminta2 untuk buang fibroid yang tak kacau apa pun. Biasanya fibroid akan kecut dan hilang sendiri bila dah menopos.
Ads
Ada pil hormon yang boleh dimulakan sebagai langkah pertama. Boleh berbincang dgn Dr terlebih dahulu.
Operation buang fibroid. Ada 2 jenis – buang fibroid sahaja dan dan biarkan rahim Untuk mereka yang bercadang untuk mengandung. Walaupun begitu still ada risiko pendarahan dan menyebabkan rahim terpaksa dibuang.
Ada kes yg memerlukan rahim dibuang bersama sama dgn fibroid lebih lebih lagi jika Dr berasakan fibroid ni adalah jenis bahaya ataupun saiz fibroid tak kecut2 walaupun sudah menopos. Ada fibroid kecil yg ganggu kesuburan atau sebabkan period banyak boleh dilakukan secara hysteroscopy. Setiap operation ada risiko dan komplikasi yg boleh timbul, bawak berbincang dgn Dr dulu, ikut kesesuaian pesakit.
Operation ni adalah pilihan yang terakhir jika ubat-ubatan yg diberikan tidak mampu merawat fibroid. Org putih cakap LAST RESORT (pilihan terakhir)
Setiap cara rawatan perlukan penilaian klinikal dan pemeriksaan Dr. Bukan boleh pilih pilih ikut suka hati ikut sedap hati.
Satu lagi, fibroid dan cyst tu dua menda yang SANGAT BERBEZA. Jgn jadi makcik bawang dan tuduh fibroid adalah cyst dan cyst adalah fibroid. Baca post saya sebelum ni untuk cyst.
Saya kongsikan beberapa gambar saya ambil dari Google untuk tujuan pembelajaran pesakit seperti di bawah.
“Khalish anak yang kuat semangat. Walaupun sebelum ini doktor dah siap beritahu minta ahli keluarga bersedia namun kuasa Allah sampai hari ini kamu terus bertahan.”
Menurut Nur Hanabilla, ibu kepada adik Muhammad Khalish Affan yang kini berusia 4 tahun, sejak di diagnosis menghidap kanser darah masa umurnya 11 bulan pada tahun 2018, hidupnya terus berubah.
Khalish dah lalui 6 cycle kimo yang dos tinggi-tinggi dulu sebelum masuk fasa maintenance. Fasa maintenance ni dos rendah sikit. Macam-macam komplikasi masa kimo dos tinggi dulu. Kalau nak diceritakan panjang sangat perjalanannya.
Macam-macam komplikasi masa rawatan kimo terapi. Paling saya tak boleh lupa dia kena jangkitan kuman dekat paru-paru, kuman dalam darah dan kuman dekat alat kimo dia (chemoport) masa tu dia nafas laju dan doktor sepakat suruh intubate (bantuan pernafasan) dan masa proses tu jantung dia berhenti selama 30minit.
Doktor dah CPR semua tapi tak ada respons. Doktor panggil kami, katanya kami dah boleh panggil semua ahli keluarga kerana kuman di paru-paru pun teruk sangat. Jantung pun dah berhenti 30 minit.
Masa itu Allahu luruh jantung kami semua. Tapi kuasa Allah, dapat keajaiban. Khalish bagi respons semula selepas 30 minit tu. Dia intubate selama sebulan di ICU. Lepas dari tu jadi lumpuh sebelah kanan.
Sebelum ni dia dah boleh jalan, boleh cakap semua dah. Lepas tu jadi baby newborn balik. Semua kena ajar balik. Mula meniarap, merangkak dan sekarang baru boleh jalan balik tapi tak kuat lagi berjalan, mudah jatuh.
Dia juga bergantung dengan rules tube selama 10 bulan. Jadi tak pandai makan dan minum. Sekarang alhamdulillah dah boleh balik rumah cuma tangan kanan tu masih lemah lagi. Kena fisioterapi secara berkala. Sekarang ni dah masuk fasa maintenance cycle 5 dah. Ada lagi 6 cycle, tempoh lebih kurang 2 tahun lagi. Dari result air tulang belakang, baru je ambil 2 minggu lepas, peratusan sel kanser kurang memuaskan. Dari 1.6 naik ke 3.4 dan sekarang naik lagi ke 3.6. Tapi tidak lebih 5% lagi.
Doa saya sebagai seorang ibu, harap sangat sel kanser dia dah tak aktif dan sihat sepenuhnya nanti.
Walaupun dia baru boleh cakap beberapa patah perkataan, saya yakin akan ada sinar untuk Khalish sihat dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Semua ini dia akan lalui fasa pemulihan dengan fisioterapi pemulihan kerja nanti.
Saya tak akan paksa untuk Khalish cepat, dapat lihat dia depan mata sekarang ni syukur sangat. Bayangkan selama setahun dia terlantar dan tak boleh berjalan, tapi kini perlahan-lahan tunjuk perubahan positif.
Doktor, profesor semua tak sangka dia bertahan sampai hari ini. Mohon doakan Khalish sihat dan dipanjangkan umurnya agar kami dapat terus memberi kasih sayang pada anak sulung kami ni Ya Allah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparent)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pengacara, Syafa Nisa yang telah selamat melahirakan cahaya mata sulungnya pada 18 Disember yang lalu.
Syafa berkongsi berita gembira tentang kelahiran bayi lelakinya yang diberi nama Takwa Idraki di Instagram miliknya semalam.
Menurut Syafa, bayi lelakinya itu dilahirkan dengan sempurna pada jam 5.16 minit petang pada 18 Disember yang lalu.
“Maka tiba lah kurniaan yang kami tunggu selama ini, permata paling bersinar dalam hidup saya dan suami. Seorang anak lelaki, lahirnya Jumaat lalu 18 Disember 2020, 5:16 petang sedamai redup Asar, kami hadiahkan nama Takwa Idraki buatnya, dengan harapan sentiasa berpijaklah dia di jalan yang menuju ke arah Tuhan dan agamaNya,” tulis Syifa
Dalam pada itu, bekas pengacara Motif Viral ini juga turut menitipkan pesan buat cahaya mata sulungnya itu. Ringkas namun cukup bermakna!
“Buat Anak, Jadi lah kamu tenang pada setiap beliung, pintar pada setiap khilaf, sabar pada setiap amarah, taat pada setiap goyah. Yang sayang tak akan bertepi, Mak dan Bak,” tulisnya lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyakit yang berkaitan dengan rahim wanita semakin sering didengan pada hari ini. Malah penyakit kanser serviks atau pangkal rahim merupakan kanser ketiga tetinggi dikalangan wanita Malaysia selepas kanser payudara dan kolorektal.
Biasanya penyakit yang berkaitan dengan rahim sering dikaitkan dengan golongan wanita yang berusia 40-an ke atas namun apa yang didedahkan oleh Dr Hamid Arshat ini perlu diambil berat oleh semua wanita.
Dalam perkongsian terbarunya di Facebook, Dr Hamid Arshat menyarankan semua wanita untuk mengamalkan makanan yang sihat sejak dari awal terutamanya bagi yang sudah berkeluarga untuk mengamalkan amalan pemakanan yang sihat kepada anak-anak sejak usia muda.
DOAKAN PESAKIT SAYA INI SEMBOH SEGERA
SEMAKIN RAMAI WANITA MENGALAMI KEROSAKKAN RAHIM PADA UMUR MUDA.
Penyakit tumbuhan dalam rahim, Fibroids dan adenomyosis, pada suatu ketika dulu menimpa wanita2 umor 40an tahun.
Zaman sekarang dalam umor 20an tuhun pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar tumbuhan tersebut.
Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut, sering ia didahului dengan penyakit endometriosis.
Dalam endometriosis, tisyu2 darah haid (endometrium) tumbuh diluar rahim. Adenomyosis tisyu2 tersebut tumbuh dalam otot rahim.
Tanda2 lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan.
Gejala2 ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.
Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang Hamil dan melahirkankan anak tanpa gangguan.
Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain.
Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan2 kencing dan buang najis.
Kedua2 jenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak2 perempuan ada risiko. Berwaspada.
Jika anak2 gadis mengalami senggugut, gangguan perdarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk kesan masalah peranakkan dan ambil langkah2 awal untuk mengawal dan mencegah.
Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi.
Penting sangat makanan2 yang berzat dan berkhasiat. Paksa makan sayur2 dan buahan. Kawal dan cegah makan fast dan junk food. Ramai ibu2 ambil jalan mudah bila anak2 menangis, merengit atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food.
Kesan buruk ialah kegemokkan anak dan kelemahan immunity anak2 menyebabkan mereka ditimpa berbagai2 penyakit.
MARI KITA AMALKAN TABIAT MAKAN YANG TERBAIK. MULAKAN DARI ANAK2 KECIL.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.