‘Ramai Yang Excited Belikan Bantal Untuk Newborn’ Kalau Boleh Elakkan! Doktor Kongsi Sebabnya

Share

Biasanya bila nak menyambut kelahiran bayi baru, set tilam dan bantal adalah keperluan utama yang mesti kita beli. 

Ia dikatakan bagus untuk membantu membentuk kepala bayi baru lahir supaya tidak leper kerana kerap mengiring di satu arah sahaja. Benarkah?

Sebenarnya belum ada bukti tentang kesan penggunaan bantal kepada bayi baru lahir. Sebaliknya, para pakar lebih menggalakkan ibu bapa supaya tidak menggunakan apa-apa bantal untuk bayi baru lahir hingga berusia setahun.

National Institute of Child Health and Human Development (NICHD) menyarankan ibu bapa agar tidak menggunakan bantal untuk bayi bawah umur setahun. Jangan guna bantal untuk bayi tidur atau menambah bantal di katilnya sebagai hiasan.

AMERICAN ACADEMY OF PEADIATRIC MENYARANKAN SUPAYA BAYI DIBARINGKAN DI ATAS TILAM YANG RATA, TANPA MENGGUNAKAN BERMACAM KELENGKAPAN TIDUR SEPERTI BANTAL, SELIMUT ATAU PUN BANTAL GOLEK.

Risiko bahaya terletak pada ketebalan selimut atau bantal yang dapat menghalang bayi bernafas, dan membuatkan mereka tidak dapat bernafas dengan sempurna, demikian menurut Carrie Saphiro Mendoza, ketua penyelidik di bahagian Reproduksi Kesihatan di Centers for Disease Control and Prevention (CDC), Atlanta.

Baca: Ada Produk Ini Di Rumah Kena Sorok. Bahaya Untuk Anak Bawah 2 Tahun. Boleh Sawan & Meninggal

Ini antara sebab kenapa bantal berbahaya kepada bayi;

  • Berisiko menyebabkan bayi mengalami sesak nafas atau tersedak.
  • Jika bayi diletakkan di tengah bantal berbentuk U, bayi sukar untuk memusing kepalanya ke salah satu sisi jika dia muntah atau muak. Keadaan ini berisiko membuatkan bayi tersedak oleh muntahnya sendiri.
  • Bantal dikaitkan dengan sindrom kematian bayi secara mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).

Menurut perkongsian daripada doktor pula;

Tolong jangan bagi bayi guna bantal.

Saya perhatikan ramai pasangan yang pertama kali nak sambut orang baru excited sangat beli barangan bayi termasuk set tilam dan bantal. Padahal ia boleh jadi punca mereka akan kehilangan anak tu buat selama-lamanya!

Pernah je ada kes bayi baru lahir terkena Sudden Death Infant Syndrom (SIDS) atau mati mendadak semasa sedang tidur. Rupanya muka bayi malang tu terhalang daripada mendapat oksigen yang cukup apabila berpusing ke kiri atau kanan dan akhirnya lemas disebabkan bantal sendiri.

Mak ayah tak perlu risau nak biarkan anak tidur atas permukaan rata tanpa bantal. Itulah sebenarnya cara yang paling selamat.

Baca: Kek Marble Moist Gebu, 5 Bahan Je Dah Boleh Sediakan Untuk Anak, Padu!

Tolong #sebarkan ilmu ni pada parent yang ada bayi berusia bawah setahun ya sebab banyak kes mati mendadak ni berlaku pada bayi berusia bawah setahun.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Hi Parents!

Jom join E Workshop SSPN x PA&MA – Tip Simpan Duit, A-Z Panduan Pasti Berjaya. Ada perkongsian ilmu yang pastinya membantu dari Perunding Kewangan pilihan Pa&Ma. Selain itu, ada juga sharing dari selebriti popular yang akan bercerita tentang cara mereka membuat simpanan untuk anak-anak. Ada juga sesi cabutan bertuah dan games yang menjanjikan hadiah-hadiah menarik!

Pa&Ma mencari 50 peserta sahaja. Untuk 40 peserta terawal, anda akan menerima 2 tiket masuk ke Farm In The City manakala 10 peserta lagi akan menerima 2 tiket ke Kidzooona. Lebih best lagi, semua yang mendaftar akan mendapat akaun SSPN bernilai RM20!

Tarikh: 10 April 2021
Waktu: 10.00 pagi – 1.00 petang
E Workshop melalui platform SLIDO
Yuran pendaftaran: RM20

Apa tunggu lagi, jom daftar sekarang! Untuk mendaftar, anda boleh klik http://www.wasap.my/60179701167/EworkShopPAMASSPN atau
http://www.wasap.my/60126630426/EworkShopPAMASSPN

 

Published by
NuFa