Sesungguhnya semua kehamilan kembar adalah berisiko tinggi dan perlu dipantau oleh doktor pakar O&G. Dr. Muhammad Izzat Bin Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan menerangkan tentang risiko-risiko yang boleh berlaku dalam kehamilan kembar.
Komplikasi yang mempengaruhi kesihatan ibu dan bayi;
Bayi yang lahir pramatang terdedah kepada risiko berkaitan dengan masalah pernafasan, pencernaan dan jangkitan kuman. Lebih awal bayi dilahirkan, lebih kerap masalah ini berlaku. Bayi mungkin perlu dimasukkan ke wad ICU bayi. Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk menyusu susu ibu walaupun bayi berada di wad ICU.
Sindrom twin-to-twin transfusion
Kembar yang berkongsi uri (monochorionic pregnancies) turut berkongsi peredaran darah yang sama. 15 dalam 100 kembar yang berkongsi uri ini, peredaran darahnya mungkin menjadi tidak seimbang. Keadaan ini dinamakan twin-to-twin transfusion syndrome (TTTS).
Salah satu bayi menjadi penderma yakni menerima bekalan darah yang terlalu sedikit dan mempunyai tekanan darah yang rendah. Manakala seorang bayi lagi menjadi penerima yang menerima banyak darah dan mempunyai tekanan darah yang tinggi.
Anda yang mempunyai kehamilan kembar seperti ini akan dipantau dengan teliti dengan pemeriksaan scan yang kerap bagi mengenalpasti tanda-tanda TTTS.
Kadang kala TTTS adalah jenis ringan dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia juga boleh menjadi sangat serius, di mana anda boleh dirujuk ke hospital yang mempunyai kepakaran fetomaternal untuk rawatan selanjutnya.
Kehamilan kembar memerlukan pemerhatian dan rawatan susulan yang lebih daripada biasa. Oleh yang demikian, dalam rawatan berkala yang kerap ini, segala permasalahan atau komplikasi yang timbil dapat dikesan segera dan dirawat.