Menerusi TV AlHijrah semalam, program Analisis yang dikendalikan oleh Finaz Yunus dengan tajuk Doula Peneman Ibu atau Pengganti Doktor turut menjemput dua panel iaitu Prof. Dr. Imelda Balchin dan Freelance Doula, Hayati Muzaffar untuk membincangkan tajuk hangat ini.

Ramai Yang Keliru Tugas Doula & Bidan. Doula Hanya Sebagai Peneman Ibu Sahaja

Finaz Yunus telah membuka program tersebut dengan penuh berfakta dan menyebut angka statisik tentang kematian ketika kelahiran yang semakin meningkat di negara ini.

“Ketika negara telah mencapai peratusan negara selamat yang diiktiraf oleh pertubuhan WHO, angka kematian tidak selamat pula semakin membimbangkan. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato Dr Nor Hisham Abdullah, sejak 2014 peratusan kelahiran tidak selamat kurang daripada 0.5 peratus bagaimanapun berlaku kelahiran tidak selamat dimana 2 kelahiran dilaporkan pada 2014 dan 2015.

Angka meningkat kepada 6 kelahiran pada 2016 dan 7 kelahiran pada 2017. Akibat kelahiran tidak selamat 3 kematian bayi baru lahir dilaporkan. Ramai mengaitkan kes kematian berisiko tinggi ini dengan Doula?”

Ramai Yang Keliru antara Doula Dan Bidan

Menurut Prof. Imelda, “Doula adalah seorang peneman, kalau gunakan istilah doula ia bukan sahaja seorang peneman seperti suami, ibu atau kakak semasa kelahiran. Kalau kita gunakan istilah doula zaman sekarang ialah seorang yang profesional, bermakna dia mengenakan bayaran untuk perkhidmatan meneman. Perbezaanya doula hanya boleh meneman dan bidan ialah pengamal kesihatan yang terlatih untuk menyambut kelahiran bayi dan untuk menjaga kesihatan ibu sebelum dan selepas kelahiran.

IKLAN

Menurut Akta bidan 1966 hanya bidan bertauliah dan doktor sahaja dibenarkan menyambut kelahiran bayi.”

Menurut Puan Yatt pula, beliau tidak mewakili Doula 1 Malaysia dan mengakui memberi khidmat peneman tanpa bayaran. Bila ditanya oleh hos, berapa jumlah ibu yang beliau temani setakat ini, beliau menjawab “saya tak kira, tapi ramai”

Doula Extreme

Menurut Puan Yatt setelah hampir tiga kali soalan yang sama diajukan, beliau menjawab mungkin salah tanggapan, itu hanya label sahaja.

Di Negara barat

IKLAN

Menurut Prof. Imelda, di negara barat, Doula memberikan kesan kepada ibu, kajian menunjukkan 84% ibu sebenarnya mengalami stress kerana akan menjadi ibu mungkin buat kali yang 1. Doula sangat penting untuk mengurangkan stress ibu disamping bidan dan doktor yang terlatih.

Perbezaan Doula Malaysia VS Negara Maju;

Di negara maju terdapat persatuan  Doula yang memantau kegiatan dan memastikan Doula memberikan kualiti perkhidmatan, menjalani kursus yang diberi pengesahan dan diiktiraf oleh pihak kesihatan.

Apa yang Doula tidak boleh lakukan?

IKLAN
  1. Bagi nasihat perubatan
  2. Tidak boleh bagi birth plan
  3. Doula perlu kerjasama dengan doktor dan ibu

Wujud Doula Extreme di Malaysia?

Doula di Malaysia tidak ada persatuan yang memantau kegiatan Doula, Mereka tidak ada kursus yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika Doula Malaysia ingin mengikut seperti negara maju, mereka perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan, mereka perlu dipantau dan perlu menghadiri kursus yang diiktiraf oleh KKM.

Penutup rancangan Oleh Hos dengan penuh berfakta

Selagi seorang Doula itu menjalankan tanggungjawab dengan hanya memberikan sokongan dari segi emosi, sokongan fizikal tanpa menasihati ibu melahirkan dirumah selagi itu jasa Doula kita perlu hargai.

Pada februari 2018, Mufti Wilayah Persekutuan Dato Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri juga telah menyatakan khidmat Doula tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan terlatih. Melakukan sesuatu yang membahayakan akan mecalarkan kehormatan dan juga melibatkan harta dan nyawa umat islam adalah tindakan kezaliman yang diharamkan Allah.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI