Rambut Iman Dah Gugur Kesan Kimoterapi. Terus Doakan Iman Kuat Ya Semua

Share

Kehidupan adik Muhammad Iman Al Khausar Bin Ismail sejak menjalani kimoterapi selepas disahkan mengalami kanser saraf tahap 4 mengubah kehidupannya dari seorang kanak-kanak yang ceria dan aktif kini hanya mampu tersenyum saja.

Segala pergerakannnya cukup terhad dan tak boleh selincah seperti anak yang sebaya dengannya. Namun semua itu bukan penghalang untuk Iman terus kuat melalui pelbagai rawatan walaupun sesekali dia seolah tak selesa dan merengek.

Perkembangan terbaru Iman selepas disahkan kanser saraf ini, nampaknya rambutnya dah mulai gugut akibat kimoterapi yang dilakukannya serta benjolan di dahi pun jelas kelihatan.

Tiada apa yang diharapkan oleh seorang ibu melainkan terus berdoa dan Allah dapat angkat segala kesakitan untuk Iman terus membesar dengan sihat serta tabah mengharungi ujian Allah walaupun di usia yang masih kecil.

Sebelum ini Pa&Ma pernah menyiarkan kisah adik Iman bagaimana dengan hanya terhantuk di kerusi ketika bermain menjadi asbab untuknya diuji dengan kanser saraf tahap 4.

Menurut ibunya, Nursasabila Kamarulzaman, anak sulungnya ini seorang kanak-kanak yang sangat riang dan petah berkata-kata. Namun ketentuan Allah sudah tertulis, Allah uji kami dengan ujian yang langsung tak pernah pun terlintas di fikiran.

ARTIKEL BERKAITAN: [Tolonglah Doakan! Hanya Terhantuk Di Kerusi, Sekelip Mata Hidup Iman Berubah]

“Hanya dengan terhantuk biasa sahaja di kerusi dan bukanlah jatuh di tempat yang tinggi atau terhantuk yang menyebabkan dia luka, segalanya berubah dalam masa dua minggu,” katanya.

Buat X-Ray Tapi Tiada Kecederaan Serius

Nursasabila berkata, selepas Iman jatuh terus bawa ke hospital dan buat X-ray tapi tiada kesan retak atau kecederaan serius.

“Selepas Iman jatuh demam on off dan bawanya ke klinik swasta untuk rawatan dan diberikan antibiotik. Seminggu makan antibiotik, keadaan Iman masih lagi tak baik. Demamnya masih lagi on off,” kongsinya.

CT Scan nampak ada ketumbuhan

Doktor telah buat CT scan dan hasilnya nampak ketumbuhan di depan kepala dan belakang bola mata Iman.

Selepas dapat tahu keputusan inilah, kehidupan Iman dari sehari ke sehari berubah sejak tahun lepas sehinggalah kini.

Namun apa yang pasti, semangat Iman begitu kuat dan seolah-olah faham keadaan dirinya yang sakit.

Walaupun ujian ini sangat besar, selagi Allah bagi Iman ada depan mata, kami akan usahakan sehabis baik untuk dia terus gembira. Sebolehnya kami tak nak dia tahu kesedihan yang semua ahli keluarga rasai dengan kesakitannya itu.

Jika Allah beri pilihan nak sangat lihat Iman kembali sihat dan ceria seperti sebelum ini.

Sumber: Pura LatifNursasabila Kamarulzaman

Published by
Wan Amy