
Rambutan Asam Boi, Mama Hamil Yang Suka Makan Asam Mesti Suka
Rambutan asam boi sememangnya menjadi kesukaan penggemar asam terutama mama-mama yang sedang berbadan dua. Rasa nak makan makanan yang masam-masam menjadi perkara biasa buat ibu-ibu hamil. Keadaan ini disebabkan perubahan hormon pada tubuh mama.
Sekarang sedang musim buah rambutan, elok sangatlah buat rambutan asam boi ini. Makan sejuk-sejuk memang ‘terpaling’ asyik. Sebenarnya tak susah pun nak buat rambutan asam boi.
Bahan pun tak banyak dan yang paling penting cara nak buat pun alahai senang sangat. Buat banyak-banyak boleh makan berulang-ulang. Nah ini resipi asam boi seperti yang dikongsikan oleh Ani Zam
RAMBUTAN ASAM BOI

Bahan-bahan:
Buah rambutan
Asam boi
Serbuk asam boi
Limau kasturi
Cili padi
Garam dan gula
CARA MEMBUAT:
1. Kupas, basuh bersih dan toskan buah rambutan.

2. Masukkan isi rambutan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan pula asam boi, serbuk asam boi, cili padi, garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut. Gaul sebati.

4. Potong dan buang biji limau kasturi kemudian perahkan jusnya dalam mangkuk berisi buah rambutan.

5. Gaul sebati, dan masukkan ke dalam peti sejuk dalam 1-2 jam.

6. Keluarkan dan sedia untuk dinikmati.
Sumber: Ani Zam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi Kuih Puteri Ayu Cheese, Bentuk Comel Dan Warna Warni

Kuih puteri ayu biasanya berwarna hijau dengan inti kelapa. Menggunakan daun pandan sebagai salah satu bahan utama, harumannya menjadi pembuka selera. Rasa lemak-lemak manis kuih yang dimasak secara kukus ini memang sedap!
Kombinasi rasa pandan dan kelapa muda menjadikan kuih ini cukup sempurna. Bagi mama yang ingin membuat kelainan, mama boleh cuba resipi kuih puteri ayu cheese. Untuk anak-anak tentulah kita perlu buat lain dari yang lain.
Resipi Kuih Puteri Ayu Cheese
RESIPI PUTERI AYU CHEESE

BAHAN-BAHAN KEJU:
250gm krim keju / cream cheese
5 sudu makan gula halus
2 sudu makan tepung gandum – ayak
1 biji telur
2 sudu makan susu cair/full cream
BAHAN LAPISAN PUTERI AYU:
1 cawan gula halus
2 biji telur
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
Pewarna pilihan secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Untuk menyediakan krim keju, campur semua bahan di atas mixer dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan.

2. Untuk adunan puteri ayu, pukul telur bersama gula hingga sebati.
3. Masukkan ovalette dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang putih.
4. Kemudian masukkan susu cair, santan dan tepung. Pukul lagi sekali hingga gebu. 5.
5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna kegemaran dengan secukupnya.
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag untuk memudahkan adunan dimasukkan ke dalam acuan.
7. Ambil acuan dan paipkan lapisan keju dengan secukupnya. Ukus selama 5 minit.

8. Kemudian paipkan adunan puteri ayu. Kukus lagi selama 8 minit menggunakan api sederhana.
9. Angkat dan kuih puteri ayu cheese sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nitaharry
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan Risau Anak Ramas, Baling, Tepuk Makanan. Apa Yang Dia Buat Semuanya Ada Kaitan Dengan Sensori

Geram sungguh bila tengok anak makan bersepah-sepah. Lebih geram bila anak mula main-main dengan makanan yang diberi. Terasa satu pembaziran berlaku. Memang tak dapat ditahan rasa marah bila tengok anak kecil ini berkelakuan seperti itu.

Tapi bila kita mula mengambil alih tugas tangan anak-anak, tanpa kita sedar kita tidak memberikan mereka kebenaran untuk menyuap sendiri makanan, minuman. Kemahiran motor seperti pandai menyuap makanan sendiri, pandai menggunakan sudu, pandai minum menggunakan cawan sangat penting malah sepatutnya boleh dilakukan pada usia 18 bulan seperti dalam buku perkembangan anak-anak.
Kenapa perlu bagi peluang untuk anak menyuap makanan sendiri? Semuanya ada kaitan dengan kemahiran motor anak-anak. Ikuti perkongsian ini
ANAK TAK MAKAN NASI? CUBA 6 LANGKAH INI UNTUK AJAR ANAK MAKAN NASI

Saya faham, ramai sangat ibubapa di luar sana susah hati sangat bila anak tak nak makan nasi. Jom saya terangkan 6 langkah untuk ajar anak makan nasi.
1. Ada TOLERANSI dengan makanan
Kita nak wujudkan dalam diri anak tentang penerimaan pada makanan yang dia nampak. Mula-mula anda boleh letakkan nasi jauh dari pinggan anak, kemudian dekatkan dengan pinggan makan anak. Tak perlu suruh anak pegang nasi tu lagi. Bagi dia tengok je dulu nasi tu. Kita nak biasakan anak nampak dan tahu kewujudan nasi tu dan disamping itu, kita nak bina kepercayaan anak pada nasi yang dia nampak ni.

2. Ada INTERAKSI dengan makanan tanpa menyentuh makanan tu lagi
Anda cuba ajak anak untuk sendukkan nasi ke dalam pinggan atau minta anak agihkan pinggan yang berisi nasi kepada ahli keluarga yang makan bersamanya. Selain daripada itu, anda boleh juga ajak anak lakukan aktiviti seperti menyenduk nasi dari pinggan ke pinggan yang lain. Make it fun! Kanak-kanak ni suka sangat pada perkara yang dapat melibatkan diri mereka. Lama-kelamaan, cara ni dapat bantu anak untuk rasa selesa dengan nasi tu.
3. Dapat menerima BAU makanan
Letakkan nasi di hadapan anak, bila anak nampak selesa, boleh ajak anak bau nasi tu sama-sama. Kemudian puji la bau nasi tu. Masa puji tu kena nampak gembira dan seronok ye! Kita nak tambah keyakinan & kepercayaan anak pada nasi tu.

4. Anak SENTUH makanan
Untuk galakkan dan ajar anak bahawa nasi tu tak bahaya dan boleh dimakan, anda boleh gunakan cara dengan mencalit sedikit nasi tu pada kawasan anggota badan anak yang jauh dari mulutnya. Lama kelamaan, dekatkan calitan nasi tu pada bahagian yang semakin dekat dengan mulut anak. Bagi anak main-main dengan nasi tu dulu. Untuk permulaan, anak mungkin akan ramas, baling, tepuk nasi dipinggan makan mereka. Jangan risau! Ni salah satu cara mereka buat diri mereka rasa selesa dan percaya pada nasi tu.
5. Anak RASA makanan
Anda boleh ajar anak untuk rasa nasi tu. Jangan ambil banyak. Ambil sedikit dahulu. Ajak anak untuk masukkan nasi tu ke dalam mulut dan kemam sekejap. Kemudian luahkan ke dalam bekas yang lain. Untuk permulaan, kalau anak tak kemam nasi dalam mulut lama-lama pun tak apa kerana kita nak ajar supaya bahagian dalam mulutnya terbiasa dengan rasa dan bentuk nasi tu. Kemudian anda boleh ajar anak untuk kunyahkan nasi tu. Boleh ajar anak kunyah sebanyak 2 ke 3 kali. Kalau anak keluarkan semula makanan yang telah dikunyah tu tak apa. Jangan risau. Cuba je lagi. Secara tidak langsung, anak akan belajar untuk telan nasi tu sedikit demi sedikit.

6. Bila anak dah berjaya melalui semua langkah ini, anak pun akan MAKAN nasi yang diberi padanya.
Anda boleh cuba gunakan cara ini pada makanan-makanan lain yang anda baru nak perkenalkan pada anak ye. Tidak terhad untuk nasi je ni. Cuba dulu tau. Saya doakan semua ibubapa dipermudahkan untuk bantu anak mereka makan. STAY POSITIVE YA MOMMY DADDY! YOU CAN DO THIS!
Kredit: Nutritionist Iza, Aishah KassimAcademy
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Moga Allah Mudahkan Rutin Baru ” Jalani Rutin Pantang, Neelofa Doa Dipermudahkan!

Selamat melahirkan bayi sulungnya pada 29 Januari lalu, selebriti dan usahawan berjaya, Neelofa kini sedang menjalani rutin berpantang seperti ibu-ibu lain.
Malah Neelofa yang baru melalui fasa baru dalam hidupnya kini turut mendoakan agar fasa baru bagi wanita yang baru melahirkan anak sepertinya di permudahkan Allah SWT.

Menerusi Insta Storynya, wanita yang kini bergelar ibu ini turut memuat naik sekeping gambar katil bayi pada jam 3.48 pagi yang kini menjalani rutin baru, khusus buat bayinya, Muhammad Bilal.
“Moga Allah mudahkan rutin baru semua para ibu yang baru melahirkan,” tulisnya di Insta Story disusuli dengan emoji berbentuk hati.

Usaha minum banyak air
Meninjau di Insta Story ibu cantik ini lagi, Neelofa kini menjalani rutin barunya dengan menyusukan anaknya dengan pengambilan air yang mencukupi untuk memperbanyakkan susu.

“3 liter done, 1-5 liter to go,” tulisnya lagi.
Semuanya bagi mempersiapkan dirinya untuk membekalkan susu buat putera tersayang, Muhammad Bilal.

Terdahulu, suami Neelofa, PU Riz atau Haris Ismail memaklumkan Neelofa dan anak lelaki mereka kini berada dalam keadaan baik.

Malah Haris turut mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai yang sekian lama mendoakannya dan isteri.
Menarik: 10 Kali Kira Jari Anak Tapi Waktu Tu Dia Tenang Je, Sweetnya Ucapan Aiman Hakim Buat Isteri!
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


